MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Sunday, July 3, 2011

KENAPA SUSU SAYA KURANG??


PUNCA :

·         Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari.  Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit hingga 2jam sekali baby nak susu.
Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil! 

·         Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Masalah kekeliruan putting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila baby dah di biasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan. Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar.
Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila baby isap dengan cara salah, tentunya susu kurang keluar, dan nipple ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan ibu mula putus asa. Pastikan baby isap dia areola dan bukannya di puting.

·         Emosi ibu kurang stabil
Bila kita dalam pantang, kita akan rasa letih, stress dan macam – macam lagi. Pastikan ibu - ibu dapat rehat denagn secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa baby tidurlah ibu dapat berehat! Sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

·         Bayi beralih bulan (growth spurt)
Growth spurt ni, lain baby..lain keranahnya. Ada baby bila growth spurt mereka kerap menyusu, seperti tak cukup – cukup atau seperti kita dah “tak ada susu”. Ada pula tak mahu susu dan asyik menangis je. Biasa baby yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt.

·         Kurang menyusu waktu malam
Bagi baby awal 2bulan, mereka agak kerap menyusu. Malah pada waktu malam juga kita harus menyusukan mereka. Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.

·         Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan.

·         Ibu datang bulan (period)
Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu – ibu yang menyusu.

·         Pengambilan ubat / kafin
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafin yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.

·         Memperkenalkan terlalu awal Solid Food / FM / Pacifier

Jangan offer any nestum / food (untuk baby below 6 months) / formula milk / pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast. Bila dah start dengan solid food baby akan kenyang dan kurang menyusu.

·         Ibu merokok / alcoholic
Tentu sekali akan mengurangkan susu..betul tak??



CARA ATASI:

ü  Kerapkan meyusu bayi / pam
ü  Massage breast / tuam
ü  Makan makanan seimbang / ambil supplement
ü  Minum air secukupnya
ü  Berfikiran positif
ü  Memilih pam susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul – cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pam waktu malam, tandem nursing.
ü  Skin to skin
ü  Offer both breast.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...