MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, October 11, 2014

Hari 6 ~ Kedai Kegemaran Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh | Cabaran 7 Hari Entry

Hari ni kebetulan saya nak renew road tax. So sebelum renew road tax pagi tadi, saya cakap dengan adik saya. "Apa kata kita breakfast dulu dekat Stadium". Apa yang menariknya di Medan Selera Stadium ni ialah Nasi Kerabu makcik Kelantan yang mulut bising tu..hehee. Dalam banyak2 tempat Nasi Kerabu yang pernah saya makan, kedai makcik ni paling terbaiklah. Kalau nak cari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh, try makan di kedai makcik ni No 59 Medan Selera Stadium Ipoh.. Kedai makcik ni tepi sekali. Betul2 dekat dengan bahagian selekoh..kiranya dah nak dekat penghujung Medan Selera.

Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh
Gambar daripada www.ipohecho.com.my

Biasanya saya kalau pergi kedai makcik ni, saya suka ambil lauk Rendang Daging atau Kuah Kari Ikan untuk Nasi Dagang tu..ikan ape entah? Ikan kayu kot..ke ikan tongkol? ishhhh entah lah..tak reti sangat pasal ikan ni..bila gi pasar saya tengok semua ikan macam sama je..hahahaha..tapi ada ikan saya reti gak lah..(dah 5 tahun kawin..tak reti pilih ikan mmg saje jelah kan?)

Selain Nasi Kerabu, ada juga Nasi Dagang dan Nasi Lemak.


Nasi Kerabu Lauk Rendang Daging
Banyakkan? Makan memang kenyang sampai ke tengah hari ;)

Kalau ada sape2 yang teringin nak makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh..boleh lah datang di Stadium Ipoh Perak. Berdekatan dengan Pak Tam Place (saya pun tak pernah gi Pak Tam Place ni..kekekeke). Cumanye Kedai Nasi Kerabu Sedap ni belah hujung Kiri berhadapan dengan parking kereta Kompleks Renang..Kedai Pak Tam ni hujung Kanan berhampiran Bomba.

Ni saya sertakan Google Maps untuk mempermudahkan anda mencari Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh Perak. 






Kalau nak lagi senang..guna je WAZE ;)



Ni muka puas dapat makan Nasi Kerabu Sedap Di Ipoh ^__^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

7 comments:

  1. Gambar last tu elok je tak nampak hasya dan muka penuh nasi lemak hehe

    ReplyDelete
  2. Banjir nya nasi kerabu tu. Yummyy!!

    ReplyDelete
  3. Khadeejah : orang kuta makan mmg mcm tu..kekeke

    ReplyDelete
  4. Dap tu. Xpenah lagi dgr pasal kedai nasi kerabu ni. Nanti leh try..

    ReplyDelete
  5. Atifah Radzi :try..try...wajib try!hehee

    ReplyDelete
  6. Hi..dia bkk pagi jeke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...