Jom baca...........
____________________________________________________________________________
Kenal MLM bukan sehari dua. Dari zaman kanak2 dah biasa dengan katalog2 barang MLM bersepah kat rumah. Join mak ikut ‘party’ MLM di rumah-rumah tu memang dah biasa. MLM, at orang panggil ‘direct selling’ ni memang dah sebati rasanya dalam diari mana2 umat manusia yang kenal perkataan MLM ni.
Saya mula sign up sebagai ‘entrepreneur’ MLM semasa di zaman universiti. Kenapa? Sebab ia MUDAH je… kau cari beberapa orang je. Lepas tu kau jadi kaya raya. Beberapa kali saya cuba. 4-5 jenis MLM cuba. Tapi kenapa ntah. Blur.
Jumpa upline, dia suruh senaraikan nama2 kawan2 kita yg boleh jadi prospek. Lepas tu sama2 buat business presentation. Tapi aku sendiri pun blur, macamana nak present kat orang?
Baca buku Rich Dad Poor Dad, tapi tak dapat nak relate dengan apa yang dibuat masa tu.
Lagi best bawa balik member kit ke rumah. Ayah jumpa kit tu. Dia tanya “Apabenda kau buat ni?” Dengan tak bersalahnya menjawab “Bisnes, ayah”. Lalu dia kata “Ayah cabar Along jadi kaya-raya dengan benda ni”
Hehehe. Malangnya cabaran ayah tak tersahut. Mana taknya, upline masa tu jauh di utara. Dan orang tu kita tak kenal pun. Lagipun saya ni pemalu. Nak jual barang tak reti, apa lagi cari downline. Lepas berkurun2 akhirnya expired camtu je.
Banyaklah lagi kalau nak story. Tengok kawan2 pun.. kata MLM tip top tapi apsal sengkek macam aku jugak
Fed up dengan MLM. Lagi2 bila keluar macam2 pendapat. MLM haram. Belum masuk yang haram jadah. Kena tipu dengan upline dan sebagainya.
Akhirnya bila saya menceburkan diri dalam bisnes online.. (bukan MLM) barula nampak terang bisnes tu sebenarnya macamana. Selama ni aku tercari2 dalam MLM-MLM yang pernah disertai… yakni makna BISNES tu.
Mungkin juga Allah nak tunjuk, akhirnya terjebak dalam MLM yang saya ceburi sampai hari ni. Mula2 taktau pun ia adalah sejenis bisnes MLM. Maklumlah, dah banyak sangat pengalaman pahit dengan MLM ni. Cari prospek, buat presentation, sudahnya barang dimakan sendiri. Tapi yang ni takde pun suruh cari prospek ke apa. Jual barang je. Taknak jual pun takpe. Tapi kau sendiri tanggunglah. Jual dapat untung, tak jual, tadek untung.
Masa tu pula saya sibuk setup benda2 lain. Yela konon2 nak jadi bisneswoman berjaya try semua benda. Tapi rasa macam tak larat nak pegang banyak sangat. Ditambah masih lagi makan gaji berkhidmat untuk negara… Jadi saya pilih satu untuk difokuskan. Dan mungkin sebab saya ni pemalas, saya pilih untuk fokus pada sesuatu yang saya tak payah nak keluar2, tak payah nak jumpa2 orang, tak payah nak hadapi karenah orang
Dan itulah dia MLM yang saya ceburi hingga kini.
Apa istimewanya MLM yang ni? Apakah ia berbeza dengan MLM yang biasanya memfobiakan orang?
Sebenarnya, MLM adalah satu sistem pemasaran utk memasarkan barang… nak meluaskan pasaran. Samalah macam Makcik Peah buat nasi lemak lepas tu suruah anak dia yang 7 orang tu hantar ke kedai sana, kantin sini dan sebagainya. Dah buat kerja tu haruslah Makcik Peah bagi upah sedikit sebanyak. Atau Ah Chong tukang baiki paip masukkan pamplet dia dalam suratkhabar yang Maniam hantar hari2. Semuanya kaedah untuk PEMASARAN.
Saya pernah menulis tentang MLM haram VS MLM haram jadah di sini. MLM haram itu jelas. Skim cepat kaya entah apa-apa, itu satu bentuk MLM. Bagi duit, barang takde, pelaburan kononnya. Tapi sudahnya masuk ke poket orang paling atas.
MLM haram jadah, ia bermula dari syarikat MLM yang halal biasanya. Tapi penggiat2 MLM haram jadah ni yang buat sedikit kedajalan. Banyak mungkin. Misalnya cari downline beramai2, janji macam2, bayar banyak2… lepas tu lesap. Yang kawan ni siap pinjam duit AhLong bagai lah kononnya lepas ni boleh dapat berganda2… sudahnya membayar hutang berganda2 (kena interest maa… hehe).
Itu belum lagi yang hilang kawan, hilang saudara sebab MLM.
Jadi bila saya dah mula bisnes MLM kali ni, dah nampak jalan yang sebenarnya macamana.. ya.. MLM (selain yang haram) tu tak salah langsung. Malah ia satu sistem marketing yang sangat bagus dan low cost. Kos utk pengiklanan yang berjuta2 dijimatkan. Berkenaan dakwaan barang murah dijual mahal, itu dah termasuk dalam masalah syarikat tersebut secara khusus, bukan MLM itu sendiri.
Hakikatnya, boleh dikatakan sebenarnya hampir 90% orang yang register masuk MLM dengan niat nak jana pendapatan, tapi akhirnya balik dengan poket berlubang. Ada juga yang rasa ditipu.
MLM yang sebenar adalah satu sistem -jamaie. Yang mana timbal-balik antara upline dengan downline. Upline tugasnya membimbing downline, dan bukan memperalatkan downline untuk kepentingan dirinya, seperti amalan MLM haram jadah. Manakala downline pula kenalah ikut apa yang upline tunjukkan. Barulah faham apa yang diperjuangkan.
Ya, ada orang yang register MLM lepas tu mengharapkan duit masuk ke poket tiap2 bulan tanpa berbuat apa2. Jangan macam tu… nak untung kenalah buat kerja.
Macamana pun, berhati2 bila nak merealisasikan niat menjadi KAYA… orang kaya tanggungjawabnya banyak. Sebab tu orang kaya lambat masuk syurga. Jangan dikaburi biji mata dengan ketamakan dan janji2 kereta besar rumah besar, sampai sanggup buat apa saja tanpa fikirkan halal-haram.
Yang pertama sekali, elakkan dari terjebak dalam MLM haram. Yang kedua, elakkan dari MLM haram jadah.
Inilah antara sebab kenapa saya di sini. Membetulkan persepsi tentang MLM dan membetulkan pelakuan MLM yang haram jadah. Oleh sebab itu saya berkongsi segala kaedah pemasaran online yang saya praktikkan selama ni agar sistem MLM yang kita buat ni benar2 multi-level marketing, bukan multi-level mampusthing. Di mana ia cuma dilaksanakan di rumah saja…
_____________________________________________________________
So anda di MLM mana? Kalau berminat untuk berniaga dan manjana pendapatan secara halal..boleh hubungi saya:
Dilla Jalil | SMS / WhatsApp : 017-5657552 | www.mamaqaireen.com | ID Shaklee : 852451
thank u mama, for the sharing.. sgt bagus la n3 nih!! i loike...
ReplyDeleteKaya kaya pun blog cmtu gak. Lol
ReplyDeletesetuju sangat \.zaman blajar kat u ada satu fenomena MLM ni..mls nak sebut nama apa.tapi mmg
ReplyDeletegtu lah sistemnya..jgn risau..bli ja barang starter kit dlm 450++, pastu ko cari kawan, so dia bt benda sama..bla..bla..hehee..tapi sbb masa tu pun malu gila, last2 xjln MLM saya.siap kol kakak suh tumpangkan rumah sewa dia utk bag briefing.adeh...
setuju sangat. Masa zaman belajar kat u dl, ada satu fenomena MLM.malas nak sebut nama apa.kena bayar 450++ untuk starter kit, then cari kawan bt benda yang sama..bla..bla..hehee..tapi tak jalan pun MLM saya sebab malu gila.Siap suh kakak tumpangkan rumah sewa dia untuk briefg.adeh..
ReplyDelete