MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, April 28, 2014

Cara Mudah Kumpul Stok Susu (EBM)

Hari ni saya tergerak nak bercerita tentang EBM (expressed breast milk) pula. Kebetulan saya sekarang tengah mula nak kumpul stok untuk Hasya. Ramai yang mengeluh dekat saya, mereka kata susah nak kumpul stok bila anak sentiasa berada di sisi.

Ok, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan bersama. Sejak saya dah tak bekerja ni, saya memang tak buat stok langsung. Lepas lahirkan Hasya sehingga sekarang saya bagi dia direct je susu ibu. Dah 24jam dengan Hasya kan? tak kuasa nak pam! :P

Kenapa saya nak KUMPUL STOK SUSU (EBM)? InsyaAllah bulan Ogos nanti saya dan suami akan ke US selama 10hari (nak gi trip FREE tajaan SHAKLEE..yabedabedu.......excited tak tentu pasal dah aku ni) >_<

Kembali pada tajuk asal CARA MUDAH KUMPUL STOK SUSU (EBM) heheee..

1) TANDEM NURSING & PUMPING

cara mudah kumpul stok susu (ebm)

Ok lihat gambar di atas betul2..sebelah kita menyusukan baby kita, sebelah lagi kita pam. Kenapa kena buat macam tu? Anda perasan tak bila anda tengah menyusukan bayi anda, payudara sebelah lagi mesti akan mengeluarkan sedikit susu...betul tak? 

i) Daripada susu tu membazir macam tu je, baik anda tadah dan simpan untuk buat stok. Dapat 1 atau 2 oz pun, siapa nak bagi..betul tak?

ii) Hisapan bayi adalah ransangan terbaik..bila bayi anda tengah mengisap susu, secara tidak langsung bayi anda telah meransangan payudara anda. Maka dengan itu, susu lebih mudah dikeluarkan atau lebih mudah untuk menghasilkan "Let Down Reflex (LDR)". 

Apakan itu LDR? LDR terjadi sebabkan oleh hormon. Bila anda menyusukan bayi anda, anda boleh terasa satu denyutan pada payudara anda dan dengan secara tiba2 susu anda akan terkeluar dengan banyaknya. Anda boleh baca berkenaan dengan hormon DISINI <---- SILA KLIK

2) PAM MENGIKUT JADUAL

Sekiranya anda bekerja, anda perlu pam 3 jam sekali. Tapi kalau dah duduk di rumah dengan anak..camne pulak nak pam? anak asyik nak mengempeng je. Jangan risau. Anda masih boleh pam cuma caranya berbeza sedikit.

Saya bagi contoh :
Jam 8am anda beri bayi anda isap susu - Payudara Kanan
Jam 10am anda beri bayi anda susu - Payudara Kanan juga!

Selepas selesai susukan bayi anda, anda pam. Maka dengan itu InsyaAllah anda akan dapat hasil seperti gambar di bawah.

cara mudah kumpul stok susu (ebm)
Sebelah saya dapat tak sampai pun 1oz, dan sebelah lagi saya dapat 5oz.

3) PAM WAKTU MALAM

Jika bayi anda jenis malam memang tidur lama, silalah pam! Jika bayi anda jenis tidurnya..kejap2 nak susu, maka anda perlu menggunakan kaedah No.1 atau No.2 tadi. Anda kena disiplin, jika anda malas memang tak cukuplah stok untuk bayi anda (kan dah keluar bahasa kasar..opssss!)

Lagi satu, kenapa perlu pam waktu malam? Waktu malam kadar hormon prolaktin dalam tubuh kita tinggi. Sebab apa tinggi? Sebab waktu malam kita lebih tenang berbanding waktu siang.

Kena ingat 2 perkara penting dalam penghasilan susu :

i) Anda perlu tenang - ini kerana, apabila anda stress, hormon stress tersebut akan menghalang pengeluaran hormon oksitosin.

ii) Susu anda mengandungi Feedback Inhibitor of Lactation "FIL" (faktor menghalang penyususan) - bila anda tidak pam atau selalu membiarkan payudara anda penuh dengan susu, lama kelamaan FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. So jangan ingat dah penuh, tunggu sampai 4 ke 6 jam baru nak pam. Salah tu ye! Pam 3 jam sekali sekiranya anda tidak bersama bayi atau anda bekerja.

4) KUMPUL EBM

Ada sesetangah orang sedih bila pam, dapat 2 oz je. Saya nak tanye sikit....2 oz tu kira banyaklah juga tau. Syukur dengan apa yang kita dapat. Kalau Allah langsung tak bagi apa - apa, lagi kita sedih kan? (emmmm...laser lagi mulut aku ni -__-" )

Kita pam dari pagi sampai malam, so EBM seharian tu kita boleh campurkan. Tapi pastikan suhu EBM yang pagi dengan malam sama baru campurkan sekali tau. Nanti rosak EBM anda. Sebab, EBM yang baru dipam, sedikit panas. EBM yang pagi tu dah lama dalam peti ais, so suhu EBM tersebut sudah sejuk.

5) DISIPLIN & BERHATI KENTAL

Apa sahaja yang anda buat, anda kena disiplin. Ikut jadual pam susu. Hati pun kena kental gak. Peduli apa yang orang nak cakap. Set dalam kepala tu "SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU!"

Boleh baca entry saya yang terdahulu MENAMBAH STOK EBM, ada jadual saya pam di pejabat dan di umah sewaktu bekerja dahulu.

Tak susah sebenarnya nak kumpul stok susu (EBM) kan? Nak atau tak je sekarang ni.


cara mudah kumpul stok susu (ebm)
Ni Stok Susu (EBM) saya yang terkini, yang dalam botol tu saya MARMET yang lain ada 3oz setiap satu breastfeeding storage bag. 

Sekarang ni saya tengah buat MISI 1 HARI 6oz. Hehee..cukuplah banyak tu. Lagi pun nanti Hasya dah nak masuk 1 tahun, So dia dah mula kurang isap susu. Dia pun dah boleh makan. InsyaAllah CUKUP! (kena berfikiran positif je sekarang ni ^_^)

Lain - lain info berkenaan dengan EBM..cara nak simpan, cara nak panaskan, cara nak simpan bila blackout atau apa saja berkenaan dengan Stok Susu (EBM) boleh KLIK DISINI.

Ramai ibu mula rasa down bila stok susu tak banyak. Pastu tengok plak orang lain punye stok berlambak2. Ada yang sampai kena beli deep fridge. Mulalah moral bertambah down..betul tak?

Jangan down..jangan sedih. Saya pun tak de beli fridge baru. Jangan samakan rezeki anak kita dengan rezeki orang lain. Banyakkan berdoa kepadaNya. Allah yang akan beri rezeki kepada kita semua. Kalau penat asyik nak kena pam je..cuba amalkan makanan yang seimbanga, ambil suplemen yang secukupnye dan dapatkan rehat yang cukup. Nak tahu apa rahsia saya kumpul stok masa mula2 menyusukan Qaireen?

Saksikan Video ni ;)




So..camne? heheee..Doa saya semoga anda semua berjaya kumpul stok untuk anak anda. Kalau berminat nak dapatkan Shaklee, boleh hubungi saya DILLA JALIL 017-5657552. 

Cepat, jangan buang masa..sms/whatsapp sekarang juga!

Selamat MENGUMPUL STOK SUSU (EBM)..bye ^__^







Saturday, April 12, 2014

Resepi Puri Keledek Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas.



Pejam celik..pejam celik..Hasya dah 7 bulan. Bila dah 7 bulan, maka Hasya pun dah boleh mula dengan solid food.

Tapi untuk anak saya yang no 2 ni, saya mula solid food lambat sikit. Bukan apa..mama malas malas!hahahaha...

Ok..berbalik semua berkenaan dengan solid food. Biasanye mula2 saya akan buat bubur nasi kosong. Nak biasakan dia dengan solid food.


Lepas tu saya buatkan puri keledek purple. Sedap tau keledek ni, susah sangat nak dapat. Kadang tu sampai ke Cameron cari keledek purple.

Masa nak buat puri Hasya ni, berapa banyak gak saya makan, sambil - sambil...hehee.


OK, Resepinye....



1) Buang kulit dan potong kecil - kecil. Lepas tu kukus. 



2) Saya ni malas nak pakai periuk kukus..so saya buat macam tu je. Isi air..lepas tu letak penapis. biar sehingga mendidih. 




3) Lepas dah mendidih biarkan keledek tu dalam 5 minit. bergantung pada kita juga. Besar mana kita potong keledek tu. Sebabnya, keledek tu agak keras juga. Kalau nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu pastu cuba cucuk.




4) Akhir sekali kita kisarlah semua keledek tu..kalau rasa blander tu macam malu - malu je nak bergerak, tambah air masak sikit.




5) Dah siap puri keledek..bolehlah letak dalam bekas makanan bayi. Lepas tu letak dalam freezer. boleh tahan untuk 1 minggu, tak lah penat nak masak setiap hari. 

Nak makan, panas kan sahaja. Senang kan? 

Selamat mencuba ^_^

Tuesday, April 8, 2014

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

Dah lama saya tak bercerita tentang susuibu. Mulai bulan ni, saya nak cuba update blog dengan lebih kerap lagi. So bolehlah saya teruskan lagi berkongsi pelbagai info tentang penyusuan susuibu kan? Harap2 berjaya! kekeke....

Hari ni saya nak bercerita tentang Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet.


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 
Sejak dan ada anak dua ni, nak pula sekarang ni duduk di rumah. Saya memang dah lama tak pam susu. Dah ada anak depan mata, so saya lebih senang bagi direct je. Malas nak pam.

Tetapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa pam balik susu utk kali ni. Maka dengan itu, bermula bulan April ni, saya dah nak start pam susu untuk kumpul EBM. Minggu lepas...percubaan pertama saya setelah lama berpencen..hehee.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 

Ok lah..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan, dengan hanya menggunakan tangan iaitu menggunakan kaedah "TEKNIK MARMET " saya dapat 4oz!! saya buat marmet tak sampai 10 minit tau. Ok lah kan? Ok sangat kan? Tak kiralah banyak mana pun..rezeki ni Allah yang bagi.


***************************************************


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi


3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara



Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu


sumber:pa&ma


Apa yang penting anda jangan sesekali stress atau paksa susu anda untuk keluar. Sekiranya anda berada di hospital, minta tolong dengan nurse. Suruh nurse ajarkan cara Perah Susu Guna Tangan dengan betul. Pastikan anda juga jaga menjaga kesihatan dan makan makanan berkhasiat. Ambil apa2 suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan. Minum banyak air masak.

Seperti kisah seorang ibu ni yang menyusukan anak pramatang. Nak tahu apa yang dia buat, saksikan sehingga habis.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Hebatkan cabaran menyusukan anak ni. Apa yang penting kita sebagai ibu kena banyakkkkkkkk bersabar. Kuatkan semangat!

Kalau anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552. Saya salah seorang Peer Counselor di Ipoh Perak. Kalau duduk di Ipoh saya boleh datang ke rumah dan ajar anda menyusukan baby dengan betul. Saya pun boleh ajar anda Teknik Marmet dengan betul. FOC je ;)


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017-5657552 (whatsapp / sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog bisnes shaklee saya)

COD Shaklee : KFC Medan Gopeng


Tuesday, April 1, 2014

Ahli Shaklee | Macam Mana Nak Daftar Ahli Shaklee?

Alhamdulillah sekarang ni semakin ramai yang mengetahui kehebatan Shaklee. Seperti saya sendiri, bermula dengan makan sendiri dan merasa kehebatannya, kini telah menjadi distributor tegar Shaklee. Lagipun memang banyak kelebihan DAFTAR AHLI SHAKLEE. Tidak kisahlah sama ada nak makan sendiri atau pun ingin berniaga. Ikut suka hati kita sendiri, kan?
Macam Mana Nak Daftar Ahli Shaklee?
Daftar ahli shaklee
Daftar ahli shaklee
Terdapat 2 cara untuk DAFTAR AHLI SHAKLEE.
1)  Yuran pendaftaran sebanyak RM75 (WM) dan RM85 (EM) termasuk postage. Dengan membayar yuran tersebut, anda akan memperolehi BUSINESS KIT SHAKLEE yang mengandungi katalog, resit, product guide, sistem bisnes shaklee dan lain – lain.
ATAU
2)  Anda juga boleh mendapat keahlian PERCUMA dengan setiap pembelian sebanyak 200UV (Unit Value). Ini bersamaan dengan pembelian barang RM650 (harga ahli) dan secara automatic akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Malah anda juga akan mendapat CASH BONUS (bernilai RM30++)
Sekiranya anda berminat untuk jadi ahli, anda boleh hubungi saya
DILLA JALIL | 017-5657552 | admin@mamaqaireen.com

Apa Faedah Daftar Ahli Shaklee?  <—— Boleh Klik & Baca
Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee <—— Boleh Klik & Baca

Kelebihan Ahli Shaklee
Kelebihan Ahli Shaklee

Apa Yang Anda Boleh Buat Selepas Daftar Ahli Shaklee?
Bila anda sudah mendaftar, terpulanglah kepada anda sama ada anda ingin menjadi distributor untuk menjual (berniaga) atau makan sendiri. Yang bestnya jadi ahli shaklee ni, kita tak perlu maintain point atau membuat sebarang pembelian setiap bulan.
Ikut suka hati kita, bila kita nak beli dan pada masa bila nak beli. Lagi pun sekarang ni dah guna Shaklee Online, so lagi senang lah kan? Semuanya dihujung jari sahaja.
Kadang – kadang orang tak faham, kenapa kena jadi AHLI SHAKLEE? Ok, jom saya ceritakan serba ringkas.
Contoh :
Anda pergi ke Jusco, anda daftar keahlian J Card. So setiap kali anda beli barang, anda akan dapat point kan? Kumpul selama 1 tahun, lepas tu anda boleh tebus point tersebut.
Bila ada J Card Day, ada akan dapat harga lagi murah dari apa yang mereka tawarkan (dengan syarat kena jadi ahli J Card dulu). Bila dah beli barang, kadang tu anda akan dapat vaucer .
Lepas tu pula, suka hati andalah kan bila masa nak pergi Jusco. Suka hatilah bila nak beli. Tiada siapa pun yang paksa. Betul tak? ^_^
Maka disini, konsep yang sama juga Shaklee buat. Andai kata anda jadi ahli, setiap kali anda beli barang anda akan dapat point, bila dah cukup point anda akan dapat cash dari shaklee dalam tempoh sebulan dan bukannya setahun. Lepas tu, suka hatilah bila nak beli. Rasa nak makan, anda beli. Rasa tak nak makan, tidak perlu beli. Senang kan? Tiada terikat dengan sesiapa pun.
Daftar Ahli Shaklee
Daftar Ahli Shaklee
Ni gambar kaum suami termasuk suami saya dua dari kanan bergambar bersama Amin Idris. Group kami ni, kaum suami pun turut sama join. Seronok kan? Nantikan next entry “Seronoknya Jadi Ahli Shaklee Bawah Group OB Dilla Jalil”
So apa tunggu lagi? Sekiranya anda NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE sekarang, anda boleh terus hubungi saya. 
Layari Blog Shaklee saya : mamaqaireen.com 
DILLA JALIL | 017 – 5657552 | admin@mamaqaireen.com

Friday, March 28, 2014

Harga Ahli Shaklee dan Harga Pasaran Shaklee

Saya baru mendapat arahan daripada pihak SHAKLEE MALAYSIA berkaitan dengan HARGA AHLI SHAKLEE dan HARGA PASARAN SHAKLEE.
Sebelum ni ramai yang keliru dengan harga shaklee. Ada yang jual harga ahli dan ada juga yang jual harga pasaran. Oleh yang demikian, bermula pada hari ini.
Harga Ahli Shaklee dan Harga Pasaran Shaklee
Harga Ahli Shaklee dan Harga Pasaran Shaklee

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee pada HARGA AHLI, anda hendaklah berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE. Terpulang kepada anda, anda ingin makan sendiri atau berniaga.
Sekiranya anda tidak berdaftar secara sah sebagai AHLI SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan HARGA AHLI dari produk SHAKLEE, anda harus membayar pada HARGA PASARAN.
Bagi hormati hak PENGEDAR SAH SHAKLEE, maka dengan itu tiada lagi sebarang TAWARAN HARGA yang akan dilakukan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah daripada HARGA PASARAN.
Syarat ini telah ditetapkan oleh SHAKLEE (M) SDN BHD dan berkuatkuasa serta merta.
Maka dengan itu, apa yang boleh anda lakukan? CEPAT BERTINDAK! Daftar sekarang sebagai AHLI SHAKLEE.
** Pendaftaran keahlian hanya RM 75 (WM) dan RM 85 (EM) dan ia adalah KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
ATAU
** Dengan pembelian produk bernilai 200UV anda layak mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA!
Anda boleh KLIK DISINI untuk membaca pelbagai info berkenaan dengan KEAHLIAN SHAKLEE
Jika berminat boleh hubungi saya,
Dilla Jalil |0175657552 |admin@mamaqaireen.com 

Monday, March 10, 2014

Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga

Dalam banyak2 produk sahklee, ada satu lagi produk yang saya belum cerita iaitu CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE. Apa hebatnya Cinch Energy Tea Miz Shaklee ni?

CINCH ENERGY TEA MIX adalah adunan Propretari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang hebat dan istimewa. Malah Cinch Energy Tea Mix juga dapat Menambah Tenaga secara semulajadi dan bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Cinch Energy Tea Mix Shaklee



* Selamat, Istimewa dan MENAMBAH TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Ekstrak Utama CINCH ENERGY TEA MIX 

Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee 
Bahan2 Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :
  • Taurina
    * menggalakkan metabolisme
    * lebih bertenaga
    * larutkan lemak
    * membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
    * antioksida yang sangat tinggi
    * energy booster
    * metabolisme booster
    * bakar kalori up to 4x

  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
    * membakar lemak-lemak berlebihan
    * menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    * meningkatkan metabolisme
    * juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
    * melarutkan lemak
    * meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    * agen detox yang kuat

  • Red Tea Extract
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


PELBAGAI KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX 

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. So kesimpulannya sangat2 bagus untuk mereka yang nak Menambah Tenaga. Selain daripada itu, sesiapa yang kurang bersenam juga digalakkan mengambil CINCH ENERGY TEA MIX ini untuk membantu boostkan lagi metabolisma kita serta bagus untuk sesiapa yang ingin Mengurangkan Berat Badan.

Satu paket mengandungi 28 sticks, harganya RM131. Memang mahal, tapi berbaloi-baloi! Ia bagus dan bertindak sebagai energy booster juga.

Saya dah cuba, anda bila lagi? ^__^


Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga
Cinch Energy Tea Mix Shaklee - Teh Istimewa Menambah Tenaga 
(Nak sedap tambah LEMON & MADU)
Boleh minum Panas, Suam atau Sejuk.

Berminat? 

Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.

Sunday, March 9, 2014

Pesawat MAS MH370 Hilang

pesawat mas mh370 hilang

Satu berita yang agak mengejutkan penduduk di dunia, kehilangan Pesawat MAS MH370. Sehingga kini masih belum dijumpai.

Berita selanjutnya, dari Sinar Harian :

KUALA LUMPUR - Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza.

Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia.

Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh.
Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.

Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.

MAS berkata hari ini penerbangan MH370, perkongsian kod bersama China Southern Airlines, yang terputus hubungan komunikasi di Laut China Selatan, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.

Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Boeing dalam satu kenyataan dari Seattle berkata ia menubuhkan satu pasukan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat kehilangan pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS.
Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya.
Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000. - Bernama

Selanjutnya boleh baca DISINI

Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berdoa semoga kesemua mangsa selamat. Paling penting, kita jangan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak ada kepastian dan kesahihan tentang kejadian tersebut. Jangan pandai2 nak buat spekulasi!

Sama2 kita doakan untuk mereka. T_T


Hubungi saya :
Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-5657552
Kawasan COD Shaklee Ipoh : KFC Medan Gopeng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...