MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, April 8, 2014

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

Dah lama saya tak bercerita tentang susuibu. Mulai bulan ni, saya nak cuba update blog dengan lebih kerap lagi. So bolehlah saya teruskan lagi berkongsi pelbagai info tentang penyusuan susuibu kan? Harap2 berjaya! kekeke....

Hari ni saya nak bercerita tentang Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet.


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 
Sejak dan ada anak dua ni, nak pula sekarang ni duduk di rumah. Saya memang dah lama tak pam susu. Dah ada anak depan mata, so saya lebih senang bagi direct je. Malas nak pam.

Tetapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa pam balik susu utk kali ni. Maka dengan itu, bermula bulan April ni, saya dah nak start pam susu untuk kumpul EBM. Minggu lepas...percubaan pertama saya setelah lama berpencen..hehee.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet 

Ok lah..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan, dengan hanya menggunakan tangan iaitu menggunakan kaedah "TEKNIK MARMET " saya dapat 4oz!! saya buat marmet tak sampai 10 minit tau. Ok lah kan? Ok sangat kan? Tak kiralah banyak mana pun..rezeki ni Allah yang bagi.


***************************************************


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi


3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara



Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu


sumber:pa&ma


Apa yang penting anda jangan sesekali stress atau paksa susu anda untuk keluar. Sekiranya anda berada di hospital, minta tolong dengan nurse. Suruh nurse ajarkan cara Perah Susu Guna Tangan dengan betul. Pastikan anda juga jaga menjaga kesihatan dan makan makanan berkhasiat. Ambil apa2 suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan. Minum banyak air masak.

Seperti kisah seorang ibu ni yang menyusukan anak pramatang. Nak tahu apa yang dia buat, saksikan sehingga habis.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Hebatkan cabaran menyusukan anak ni. Apa yang penting kita sebagai ibu kena banyakkkkkkkk bersabar. Kuatkan semangat!

Kalau anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552. Saya salah seorang Peer Counselor di Ipoh Perak. Kalau duduk di Ipoh saya boleh datang ke rumah dan ajar anda menyusukan baby dengan betul. Saya pun boleh ajar anda Teknik Marmet dengan betul. FOC je ;)


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017-5657552 (whatsapp / sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog bisnes shaklee saya)

COD Shaklee : KFC Medan Gopeng


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...