MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, December 19, 2011

RESEPI WANTAN HOR

Malam semalam kami sekeluarga makan Chinese Food..Wantan Hor.
Senang je masak Wantan Hor ni..kuah dia ala2 macam masak sayur campur je..cuma last sekali letak telur.

Gambar tak berapa jelas..mama guna camera hp je.

Bahan - Bahan : (4orang makan)
Kuey Teow
Kuey teow 1 paket
1 Sudu besar kicap pekat
2 Sudu besar kicap manis
1 Sudu besar sos tiram
2 Ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit lada sulah

Kuah 
3 Ulas bawang putih (kisar)
1 Ulas bawang merah (kisar)
1/2 Inci halia (kisar)
Isi ayam (kalau nak letak udang dan sotong pun boleh.)
Carrot, kobis bunga dan lain2 ikut selera masing2.
Fish ball dan fish kek.
1 Sudu besar sos tiram
1 Sudu besar sos ikan
1 Susu besar tepung jagung (bancuh dengan air 1 cawan)
1 Biji telur
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Kuey Teow
1) Panaskan minyak, lepas tu masukkan bawang putih. Bila dah sedikit kuning, masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
2) Bubuh dalam 4 pinggan yang berasingan.

Kuah
1) Panaskan minyak, tumis bahan2 yang di kisar sehingga naik bau. 
2) Masukkan ayam. Setelah separuh masak, masukkan pula fish ball dan fish kek. Jika terlalu kering tambah sedikit air dalam satu mangkuk.
3) Masukkan pula sayur, bila sayur dah masak separuh atau hampir masak. Bolehlah masukkan pula air.
4) Selepas mendidih bolehlah masukkan tepung jagung, sos tiram, sos ikan dan garam. Biar seketika untuk memekatkan sedikit kuah tersebut.
5) Akhir sekali pecahkan telur dan gaul telur tersebut. Buat bulatan di dalam kuali.
6) Siap untuk di hidang. Ambil kuah dan masukkan ke dalam 4 mangkuk yg mengandungi kuey teow tadi.

Selamat mencuba ^_^


1 comment:

  1. Nant nak cuba buat sebab fav ni cuma tak pernah masak order je tau :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...