MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

RESEPI AYAM RENDANG KASIM

Resepi turun temurun arwah mak mama.


Kitorg satu family kalau makan ayam ni mmg tak ingat dunia! Sekejap je habis. Dulu dekat kawasan rumah mama di klang..kami satu taman mmg rajin buat kenduri. Ada sahaja aktiviti kaum2 ibu di sana nak buat..buat bacaan Yaasin lah, doa selamat lah, kenduri arwah lah, birthday party anak lah dan macam2 lagi.


So bila tiba giliran rumah mama, arwah mak mama suka masak nasi putih dan lauknye pula mesti ada ayam masak rendang kasim.


Rumah mama je yang ada tau!! ^_^


Mama ambil gambar ni dkt blog lama mama. Blog tu dah tak aktif.
Tarikh dalam gambar ni pun tahun 2009.hehee

BAHAN - BAHAN :

1/2 Ekor Ayam (digoreng terlebih dahulu)
8 Biji Bawang Merah (dihiris nipis - nipis)
1 Labu Bwang Putih (dihiris nipis - nipis)
3 Inci Halia (dihiris nipis - nipis)
1 Genggam Cili Kering (dikisar)
6 Tangkai Daun Kari
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau.
2. Kemudiaan masukkan cili kering yang telah dikisar tadi dan biarkan masak sehingga betul - betul garing.
3. Masukkan pula daun kari, sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air dan biarkan seketika supaya daun kari tersebut menjadi lembik/masak.
4. Setelah itu bolahlah masukkan ayam yang telah digoreng terdahulu tadi.
5. Akhir sekali masukkan garam dan kicap, gaul sehingga rata dan sebati.
6. Siap untuk dihidang.



Sape yang suka ayam mamak..mesti suka ayam ni. ^_^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...