MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, January 3, 2012

Alhamdulillah 6.5oz untuk anak yg dah berusia 1tahun 8bulan.




Assalammualaikum semua. Rasanya dah lebih dari 1 minggu mama tak update blog. Mama agak sibuk dengan urusan di pejabat, pas tu tak tahu kenapa tiba2 mood untuk berceloteh "hilang". Mungkin sebab stress kot!
Hari ni macam biasa, di pejabat mama akan pam sebanyak 3x sehari. Sesi pertama pukul 11.30am tadi.

Bila anak dah nak masuk 1tahun 8bulan ni..hasil tenusu mama tak berapa nak meriah macam setahun yang lalu..tapi tak pe, mama percaya dan yakin bahawa rezeki Qaireen tetap ada..bulan Disembar 2011 susu mama drop sgt2!! Max sekali pam boleh lah dapat dalam 3.5oz..biasa 1.5oz - 2oz je. 

So cuti 3hari baru - baru ni mama ambil keputusan untuk rehatkan badan dan fikiran..mama ajak baba pergi jalan - jalan. Hari Sabtu kami satu family pergi ke Lumut dan hari Ahad mandi manda di Sungai Klah Hot Sping. Semalam pula, satu hari duduk rumah tengok tv. Tak fikir langsung pasal kerja dan business shaklee.

Yang paling penting mama dapat kerapkan penyusuan dengan cara "direct feeding". Ini adalah salah satu cara terbaik untuk meransang lagi pengeluaran susu mama.(mmg letih sbb anak dah besar..bukan nak minum sangat,main je lebih).

Alhamdulillah hari ni pam pukul 11.30am tadi..rezeki Qaireen, mama dpt 6.5oz!! Tambahan pula hari ni mama tengah period!! Bukan senang nak dapat banyak tu bila anak dah mula meningkat umurnya dan pada masa yang sama kita tengah period. Sebab mereka dah kurang isap susu. Mereka hanya nak bermanja sahaja dengan kita.

Apa rahsia mama?? Apa yang mama lakukan?? Yang penting ialah..ibu - ibu kena sabar dan jangan sesekali tamak atau tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, rezeki yang kita perolehi ni adalah rezeki dari Allah..yg penting jgn sesekali putus asa! Dapat sikit pun tak pe..kumpul2 nanti jadi banyak juga..betul tak??

Ambil vitamin setiap hari supaya kita lebih cergas dan lebih bersemangat..paling bagus ambil Tripple M (set lengkap penyusuan). Macam mana nak mkn?? Jika anda adalah customer mama sila hubungi mama, InsyaAllah mama akan bantu dan bagi jadual untuk anda.


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...