MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, May 30, 2012

Tips mudah memilih set penyusuan


Ramai ibu menyusu tidak tahu set mana yang sesuai untuk mereka ambil dan apa fungsi mereka ambil vitamin tersebut? Macam ni lah..vitamin ni lebih kurang macam "water pump" tau. Kalau kita dah tahu, water flow rumah kita tu slow dan kita juga memang berkemampuan untuk membeli "water pump" untuk naikkan pressure air, so baik kita beli je "water pump tu kan? Untuk kesenangan di kemudian hari. 


"Set mana yang sesuai dengan saya ya?"


 

Set 3M*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
 
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



Set E*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.


Set B*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


Set Eu Four Pack*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Untuk Set B dan Set Eu Four Pack, anda juga boleh add on dengan ESP. 

Ada apa dengan ESP?? dan kenapa pula ibu menyusu perlu ambil ESP?? Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. 


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, May 29, 2012

Amalan sepanjang bulan Rejab

Assalammualaikum..dah lama sangat mama tak up date blogkan... Ok, hari ni mama nak share bersama anda amalan yang baik di bulan Rejab. Bulan Rejab ni bulan menyucikan diri.. bulan taubat. Mari kita sama2 perbanyakkan amal soleh seperti istigfar dan puasa sunat...Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”


Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

AMALAN SEPANJANG REJAB
1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
  1. diampunkan dosanya yang lalu.
  2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

4. Bertasbih:

5. Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.

8. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.

9. Membaca Al-Quran.
Istigfar : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

10. Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda ialah Penghulu Istighfar:
Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
______________
Semoga apa yg dikongsikan bermanafaat buat diri mama dan semua yg membacanya.
Sekian terima kasih kepada Family Shaklee kerana sentiasa mengingati..



GLA Complex Shaklee ~ Penawar kepada masalah Ekzema kudis tebal, Kulit kepala bersisik/berkeruping & Kesuburan


Hari ini nak kongsi tentang GLA Complex Shaklee~ Produk of the Month of May ni...Apa yang fantas-the-best tentang GLA Complex Shaklee ni adalah ia mengandungi bukan 1 tapi 3 sumber utama yang BEST sebab punya banyak kegunaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki  iaitu... 
  1. GLA (daripada Borage Oil) ~ yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. 
  2. Vitamin E yang asli
  3. Sunflower Seed Oil

Antara fungsi GLA adalah 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Membaiki sel rosak,
  •  Membina sel baru,  
  • melembabkan kulit, 
  • Mencegah asma 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • dll...

Bawah dialog antara nani dan customernya yg mengidap eczema.. yg kulitnya dulu kudis tebal... 
sumber: Blog Nani
"Azmi : Salam pn. nani, i azmi, i ada terbaca blog u ttg penyakit eczema. i nk tahu ttg shaklee lbh lnjut bole ke? i ada eczema di sekitar badan. nk mintak opinion u, based on ur experience. tq
Amani : wsalam. before that i nk tanya u, apa ubat n cream yg u sedang pakai yer?
Azmi : Doctor bg ubat mkn n krim sapu (steroid). hampir 1 bdn kena, kepala dan muka baru naik. i nk tanya berapa harga utk set shaklee tu & berapa lama u pakai baru nampak hasil? Actually i kena inject steroid every 2 month. tapi since dh kerap sgt inject, doctor suggest stop injection...."
Setelah berpanjang lebar sms, Nani pun suggest set yang perlu diambil, tetapi kerana khuatir mengenai keserasian beliau dgn supplement yg dicadangkan, beliau hanya memilih untuk mencuba GLA. Hanya GLA..... Setelah seminggu, ini fedback from Azmi ....
"Amani : Salam Azmi, mcm mna dgn eczema n kulit u? Ada perubahan tak?
Azmi : wsalan nani. br 1 week. gatal dh kurang sikit. kulit pun nmpak surut sikit laa. tp i masih mkn ubat lg. tp lepas i mkn GLA ni kan, i mkn ubt 1 kali sehari jer. tu pun sbb i mkn seafood."
And, after 2 weeks........ ini jawapan en.azmi mengenai eczemanya.... 
"Azmi : salam nani. after 2 weeks consume GLA, +ve kulit dh 70% recovered. Gatal2 bdn dh kurang 80%. nani, I nk cuba ESP pasni. bintik2 parut dh kurang. Confirm nani, i memang serius nk try ESP nie...."

----
Dan bukan sekadar masaalah eczema... GLA Complex Shaklee juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerik, berkuping, bersisik.. Mari baca testimoni dibawah 
Sumber: blog Ida


------
Ini pula pengguna yang mengambil GLA untuk kesuburan ternyata mendapat hasil positif. Tahniah kepada 2 rakan kita yang telah berjaya mengandung! Tumpang gembira dan syukur tidak terhingga! Kita hanya berusaha, Dia yang menentukan,tidak salah mencuba bukan. sumber : Fatihanum 


Alhamdulillah banyak khasiat GLA Complex shaklee ni... ianya boleh diambil oleh lelaki dan wanita.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Tuesday, May 22, 2012

Cegah dan Rawat Jerawat dengan Supplement


Jerawat?Memang masalah besar bagi sesetengah orang.Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.
Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.
Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous. Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.
Cara mencegah jerawat:
1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2.Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak
Dapatkan set kecantikan ini sekarang.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, May 18, 2012

Fake About Kimie Rabudzi


Salam Jumaat semua..hari ni mama tak nak celoteh panjang..perasaan sedih mama masih belum hilang lagi. Cuma, mama nak sharekan bersama anda semua kisah sebenar apa yang terjadi kepada Arwah. Arwah Kimie sahabat kepada baba Qaireen. Baba Qaireen dulu satu batch dengan arwah di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Mama tak kenal Kimie, cuma mama pernah jumpa dia sekali je, sewaktu mama mengandungkan Qaireen (Qaireen berusia 4bulan dlm perut mama). Masa tu mama menghadiri majlis perkahwinan sepupu mama. Sepupu mama tu pun ex student Bainun juga.

Jom kita baca kisah SEBENAR! thx Jonny, Dilla Copy dari blog ye. 

_____________________________________________________

As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad endingsecara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul... 

Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalahSALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam... 

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat  sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka".. 

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81..

Wednesday, May 16, 2012

Kelebihan Ahli Shaklee




Ramai customer MamaQaireen Shoppe yang bertanya kepada mama tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee. Maklumlah dah jadi pengguna setia nak juga tahu apa faedah jadi member kan.


Jadi ahli Shaklee kalau untuk kegunaan sendiri sepertinya memiliki kad2 keahlian Jusco, BonusLink dan sebagainya. Antara keistimewaannya:
  1. Pembelian produk dengan harga ahli.
  2. Nikmati offer bulanan Shaklee.
  3. Kumpul points dan tunggu cek/cash anda tiba!
Menarik kan? Yang bestnya tak payah nak ada minimum purchase untuk maintain membership... Kecuali lah kalau dah 2-3 tahun tak beli apa2.. itu kemungkinan membership pun dah tak valid. Tapi saya percaya bila dah kenal & yakin dengan Shaklee memang tak berpaling dah pada produk lain especially yang kat kedai2, sebab:
  • Shaklee tiada bahan kimia yang berbahaya.
  • Shaklee adalah biodegradable.
  • Shaklee dibuat dari bahan2 semulajadi & diproses secara semulajadi.
  • Shaklee BUKAN SINTETIK!
  • Shaklee halal dah diyakini.
  • Shaklee natural.
Yang penting ia sangat menjaga standard dan very2 strict. Shaklee follows rules yang paling stringent, misalnya policy Shaklee lebih ketat dari USDA... dan FDA. Walaupun Shaklee adalah supplement tapi ia mengikuti garis panduan FDA... bukan sekadar DSHEA. DSHEA tak requires ujian klinikal tapi Shaklee buat ujian klinikal tau!


OK lah cukup setakat itu.


Berbaloi sangat.. sebab.. kalau anda jadi ahli, bukan makan sorang2 tapi kongsikan dengan kawan2, sedara2... dan kumpul order mereka.. jadi korang pun boleh kumpul points :) best kan.


So, fikir pendek2 sudahlah, hehee jom daftar dengan KLIK DI SINI!



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit






Selamat Hari Guru.



Mama ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru.

Tanpa guru siapalah mama, terima kasih kerana sudi mengajar kami dengan sepenuh hati (walaupun dulu mama budak nakal..heheeee).

Istimewa hari guru, dapatkan set istimewa UNTUK CIKGU2, termasuklah cikgu tak formal ^_^

Cikgu2 sila hubungi mama untuk hadiah hari guru yang istimewa dari MamaQaireen Shoppe!




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, May 12, 2012

The Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan

Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis..

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah.. 

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.

Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.

Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:
  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Vitaminsemulajadi
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...