MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Friday, December 6, 2013

Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

pedih ulu hati semasa mengandung

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami masalah ini buat pertama kali. Terasa pedih sangat ulu hati. Sebenarnya ia masalah biasa dan tidak memudaratkan tetapi kurang menyelesakan.

Pedih ulu hati merupakan rasa angin yang berlarutan dari tulang di bawah dada hingga ke bawah kerongkong.

Ia disebabkan oleh sesetengah perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda. Terdapat banyak punca berlakunya masalah pedih ulu hati.

Plasenta mengeluarkan hormon progesteron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim. Hormon itu juga mengendurkan injap yang memisahkan esofagus dari perut, membenarkan asid gastrik untuk naik ke atas, di mana menyebabkan rasa yang kurang menyenangkan.

Progesteron juga mengurangkan gelombang kontraksi esofagus dan usus perut, menjadikan penghadaman menjadi lembap. Bayi yang semakin membesar memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus, membuatkan rasa pedih di dada.

Tip mengatasinya

* Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati, elakkan daripada makan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan pedas dan bergoreng. Sebaliknya makan sedikit demi sedikit sepanjang hari.

* Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul. Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan. Cuba kunyah gula-gula getah sebaik selepas menikmati makan.

* Jangan membongkok atau baring selepas makan.

* Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung yang ketat.

* Sekiranya kerap berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Sebaiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (letakkan bantal di bahagian belakang).

Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil (852451)
017-6767552

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...