MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, September 19, 2011

KENAPA SUSU SAYA SIKIT WALAUPUN SAYA MASIH DALAM PANTANG


Mama nak bercerita lagi tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu - ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Bagi sesiapa yang mengikuti coretan mama sebelum ni berkenaan dengan penyusuan tentunya anda tahu konsep asas penyusuan. 
Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??

Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Sila baca di siniQaireen dulu tak sampai 1jam sekali nak isap susu. Kadang tu..tiap2 jam..  

2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 

3. Susu dihasilakn daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan. Boleh baca di sini.

Qaireen baru habis pantang..debab!

Selain itu cuba perhatikan juga.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. Maklumat di sini.

pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu. Apa itu FIL? sila klik di sini

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. So jangan risau. Qaireen dulu pun macam tu juga.
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

susu pertama (foremilk) 
kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.

susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



5 comments:

  1. Kadang2 pengaruh dari org sekeliling. Bila org cakap susu xde, si ibu pun fikir susu xde.

    ReplyDelete
  2. Kasih Kita : tulah..setiap ibu atau bakal ibu perlu ada ilmu menyusuan..so bila kita tahu org lain ckp tak betul..kita boleh tahu yg itu benda salah..betul tak?? ^_^

    ReplyDelete
  3. info pasal susu ibu sikit ni sangat bagus..terang lagi bersuluh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...