Assalamualaikum w.b.t,
Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang menjadi pengguna Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee sejak Julai 2010. Produk pertama yang saya cuba ialah trial set B dan ESP. Sebelum mengambil produk ini, hasil perahan susu saya pada masa bekerja ialah 18 oz. Setelah mencuba produk ini, hasil perahan saya meningkat kepada 22-24 oz. Dalam masa 24 jam saya boleh mendapat sehingga 30 – 40 oz.
Semasa bulan puasa, saya telah mengambil Performance Drink semasa sahur dan berbuka. Saya tidak lupa meneruskan puasa dengan pengambilan set B dan ESP. Hasilnya memang memberangsangkan…hasil perahan lebih banyak daripada hari-hari sebelum berpuasa. Saya meneruskan pengambilan Performance Drink walaupun di luar bulan puasa.
Walaupun umur anak dah setahun lebih, saya masih mendapat kuantiti perahan yang sama. Selain daripada pengambilan suplemen Shaklee, saya juga mengamalkan beberapa perkara yang saya ingin kongsi bersama.
Antaranya ialah:
Pengambilan air yang banyak
Dalam sehari saya mengambil sebanyak 2-3 liter air. Pengambilan air yang banyak terutama pada waktu malam amat membantu penghasilan susu yang banyak pada siang hari. Mungkin sebab inilah kuantiti susu yang diperah lebih banyak pada bulan puasa. Pengambilan air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk kerana air suam atau panas membantu ‘letdown’ yang banyak setiap kali perahan. Melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, jika saya banyak minum air sejuk, kuantiti susu perahan akan menjadi kurang sedangkan breast masih lagi ada susu. Jika ini diamalkan susu akan semakin berkurangan kerana tidak diperah habis.
Pemakanan
Dari segi pemakanan, saya akan pastikan pengambilan kalori mencukupi. Sarapan, makan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam semua dipenuhi. Kadang-kadang kalau lepas memerah tengah malam pun saya tetap ambil sedikit makanan atau minuman, biasanya sekeping dua biskut atau roti. Pengambilan sayuran tidak saya abaikan terutama sayuran berdaun hijau kerana sayuran ini kaya dengan ferum. Kecukupan ferum terutama dari sumber asli membantu penghasilan susu. Jika terasa lapar antara waktu makan saya sering mengambil oat dan buah-buahan.
Kekerapan memerah susu
Saya mempunyai jadual yang tetap untuk memerah. Di pejabat saya akan memerah sebanyak 4 kali iaitu pada pukul 7.00 am, 9.30 – 10.00 am, 12.30 – 1.00 pm, dan 3.00 pm. Pada waktu antara 12.00 am – 5.00 am saya membuat tandem nursing (sebelah menyusukan dan sebelah lagi dipam). Secara purata, saya memerah atau mengepam sebanyak 8 kali sehari. Jika terasa susu agak kurang, saya akan melakukan power pumping 1 jam sehari selama 3 hari berturut-turut. Kadang-kadang untuk menambah kuantiti susu yang dipam, saya akan mengepam 10 minit, tunggu 5 hingga 10 minit, kemudian pam lagi selama 10 minit untuk setiap kali sesi perahan. Hasilnya lebih banyak berbanding jika memerah selama 20 atau 30 minit secara berterusan. Mungkin banyak penggunaan dari segi masa tetapi hasilnya lebih lumayan dan production susu akan lebih banyak kerana badan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Akhir kata, untuk menjadi ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya untuk jangkamasa 2 tahun bukanlah perkara yang mudah kerana melibatkan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, bila memikirkan ingin memberi yang terbaik buat anak semuanya tidak menjadi halangan malah ini membuatkan kita lebih tough untuk menempuhi cabaran seterusnya
Salam sayang,
Aida
No comments:
Post a Comment