Bagi kebanyakan ibu baru yang menyusukan anak mereka, hari hari dan minggu minggu awal merupakan ‘stresful day’ dan penuh cabaran. Mana nak kejar masa berehat, mana nk tunggu sakit luka perineum atau c-sec stictch sembuh. Mana nak mandikan anak, susukan anak. Belum campur tolak anak menangis tak tentu pasal lagi. Namun, sepanjang 4-6 minggu berlalu, anda makin boleh ‘cope’ dgn jadual baru anda. dan biasanya selepas 2 bulan, anda melalui tempoh penyusuan dgn rasa gembira dan mudah.
Perlu diingat bukan semua baby serupa. Anak saya tidak sama dgn anak puan2 sekalian. Ini diperakui oleh mama yang sudah biasa menyusu anak lebih dr seorang. Ya, tidak sama! Sesetengah baby kelihatan menyusu dgn sedikit tetapi kerap, manakala setengah baby hisap dgn gelojoh dan betul2 tumpu perhatian pd hidangan mereka setiap feeding time. setengah baby pula fussy baby, setengah pula perhatian menyusu mudah terganggu dgn perkara lain. Tapi mama, jika anak anda seorg yang fussy feeder/cerewet, anda jgn terus jump into conclusion yang baby anda nak bercerai susu dgn anda. This kind of situation selalu berlaku. Ingatlah, ialah hanya sekadar membawa maksud si kecil ini mempunyai a healthy interest terhadap benda lain, tetapi masih gembira memperoleh khasiat daripada ibunya.
SEMAKIN CEKAP =)
Apabila bulan2 berlalu, anda dapati bahawa breast anda yang dahulunya penuh dan engorged sebelum setiap penyusuan namun kini kurang penuh dan meleleh seperti tempoh berpantang. Jgn panik, mama. Keadaan ni tak bermaksud susu yang anda hasilkan semakin kurang atau sudah “kering”, tetapi ia membawa maksud penghasilan susu anda semakin CEKAP dan tubuh mama sedang menghasilkan kuantiti susu yang bertepatan dengan permintaan/keperluan baby anda. Disini lah konsep supply and demand mengambil tempat. Jadi, jika anda kerap menyusukan baby ‘on demand’ atau bila2 masa baby perlu, tidak akan ada istilah susu kering atau tak cukup susu.
Pada satu kes:
“Semalam adik? happy sgt, suka main & ketawa. Hari ini, dia hendak menyusu sepanjang hari dan berdakap je. Kenapa ni? Susu mama tak cukup ke? adik nak makan nestum ke? Perut adik kembung ke? Adik kena sampuk ke?”
Tahukah mama baby sedang mengalami “Growth Spurt” ataupun “Pecutan Pertumbuhan” atau macik2 ckp “beralih haribulan”. Time ini selalunya takde angin takde ribut baby meragam sepanjang hari. Kdg2 baba pun boleh tension and gelabah, betul tak? Jgn panik mama. Baby bukan kena sampuk. Kalau check perut baby x kembung jgn pulak susah hati fikir benda lain. Memang inilah perkara biasa anak2 kecil esp yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ). Tubuh baby memerlukan lebih bnyk susu dan baby perlu sampaikan hakikat ini pada breast mamanya. Dia sdg menghantar signal dgn menghisap lebih bnyk dr biasa, atau cerewet dr biasa dan sedang memberitahu tubuh mama supaya hasilkan lebih susu utk perkembangan tumbesarannya. Dan tubuh anda akan hasilkan lebih bnyk susu pd hari-hari berikutnya (jika anda menyusu baby lebih kerap pd hari ‘mengamuk’ nya).
Mama jgnlah runsing. Tubuh anda pasti dpt menyediakan bekalan secukupnya. Anda hanya perlu beri peluang, perhatikan tanda-tandanya ~ maksud saya disini bila anda lihat baby hendak menghisap dgn lebih kerap, pastikan anda memberi baby peluang itu. PLEASE mama, dont offer any nestum/food (For baby below 6 months) formula milk or pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast si mama. Ini akan menyebabkan gangguan kitaran supply & demand anda and menyebabkan baby akan semakin lapar dan susu mama mula kering/kurang.
Penting disini utk mama tidak panik unless baby ada menunjukkan ciri2 yang tidak normal dr kebiasaannya seperti menangis sehingga biru kehitaman atau apa2 yang dianggap “bukan dlm kes growth spurt”. Ya-lah mama, u know ur baby better than others =)
~sara kids~
No comments:
Post a Comment