MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, November 29, 2010

KENDURI KHATAN

Hari Sabtu lepas sepupu mama darjah 4 berkhatan. Tapi mama datang lambat coz mama kerja hari tu. Habis kerja pukul 1pm, nak dekat pukul 2.30pm baru mama sampai. Sampai je disana semua acara dah habis. Mama datang makan jelah..kekeke..

Masa makan mama berborak dengan Maktua mama.

Maktua : Qaireen dah berapa bln?
Mama : 6 bulan.
Maktua : Dah start bagi nestumlah ye.
Mama : Saya tak bagi nestum..saya buat sendiri bubur nasi dia.
Maktua : Baguslah..patutlah debab..dia minum susu apa?
Mama : Susu badan.
Maktua : Kerja mcmn??
Mama : Saya pam..lagi pun dkt peti ais banyak stok susu..hehe
Maktua : Ish! maktua tak yakinlah susu simpan lama2 dlm peti ais.
Mama : Hehehe..maktua ni..susu boleh tahan lama kalau kita simpan dgn betul.
Maktua : Cukup ke??Campurlah dgn susu tepung!
Mama : Susu badan kan susu terbaik di dunia mak tua.
Maktua : Maktua tau..maktua dulu pun bagi susu badan, tapi maktua x yakin bila susu simpan dalam peti ais.
Mama : Hahahahaha... (mama ketawa)

Bila dah habis makan mama pun masuklah ke dalam rumah. Tiba2 Qaireen nak menyusu pulak. Ialah..dia pun lapar jugakan. Tak kan mama je yang nak makan.



Masa mama nyusukan Qaireen..ramai makcik2..opah2..tegur mama.

Makcik2 & Opah2 : Bagi susu badan ke??
Mama : A'a..saya menyusukan dia sepenuhnya
Makcik2 & Opah2 : Kalau kerja macam mana??
Mama : Masa dalam pantang dulu, 3 minggu sebelum masuk kerja, saya dah start pam. Dekat pejabat pun saya pam..setiap 3jam sekali saya pam..so dalam sehari saya pam 3 kali.
Makcik2 & Opah2 : Cukup ke??
Mama : Alhamdulillah cukup..lg pun susu boleh disimpan selama 3bln dlm peti ais atas.
Makcik2 & Opah2 : Hanya tersenyum (dgn berkerut muka..mcm tak puas hati)
Mama : Lagi sekali mama hanya tersenyum ^_^

So perasaan mama pada hari tu macam - macam..ada happy, sedih, bangga dll..kesimpulannya masih ramai yang kurang mengetahui cara - cara mudah untuk menyusukan baby sewaktu mula bekerja. Tak pelah..mereka kan orang lama.

Yang bestnye..ramai yang cakap mama dah kurus. Apa lagi mama pun kembanglah..Itulah dia hebatnye brestfeeding!! Mama tak payah diet2 badan tetap kurus ^_^

Friday, November 26, 2010

BUBUR NASI UNTUK BAYI

Mama nak kongsi resepi lagi..mama mmg suka sangat masak untuk baba & Qaireen. Pagi tadi mama buat ni untuk Qaireen


Dalam bekas dadih ni mama bubuh isi ayam (cincang halus) dan daun sup...itu sahaja ^_^
Lepas tu mama masak dengan stok ayam. Barulah sedap!! ish..ish..mama ni mmg perasan tau, suka sangat puji masakan sendiri..kekekeke.....


Ini dia nasi yang sudah di masak..siap untuk di blend


Dah siap..Qaireen dah boleh makan, makan banyak - banyak yang sayang, biar bertambah debab dengan makan yang berkhasiat ^_^

RESEPI STOK AYAM

Bagi ibu - ibu yang bekerja mesti mencari cara mudah untuk menyediakan makanan utk baby 6bln ke atas, betul tak?? So mama nak kongsikan bersama mama punye resepi dengan ibu - ibu semua.

Mula - mula kita buat stok ayam, cara yang sangat mudah dan berkhasiat untuk anak kita. Actually baba yang bagi cadangan dekat mama. Bagus juga baba selalu tgk channel AFC dkt Astro ye, so macam - macam idea baba boleh bagi..tapi mama juga yang kena masak..hehehe. Tak pe, makanan di rumah mmg berkhasiat.


Rebus RANGKA AYAM + BAWANG MERAH + CELERY selama 20 minit..lagi lama lagi bagus. Biar kuah tu pekat.


Ok..bila dah sejuk masukkan air rebuasan tadi ke dalam mana - mana bekas & bekukan. Macam mama, mama masukkan dalam bekas dadih. Senang bila nak masak ambil 1. 

Bila kita pakai stok ayam ni, makanan tersebut akan menjadi lebih sedap. Tak payah letak garam atau gula. Ialah baby mana boleh makan garam lagi..betul tak?? 

Sunday, November 21, 2010

GROWTH SPURT/PECUTAN PERTUMBUHAN

Bagi kebanyakan ibu baru yang menyusukan anak mereka, hari hari dan minggu minggu awal merupakan ‘stresful day’ dan penuh cabaran. Mana nak kejar masa berehat, mana nk tunggu sakit luka perineum atau c-sec stictch sembuh. Mana nak mandikan anak, susukan anak. Belum campur tolak anak menangis tak tentu pasal lagi. Namun, sepanjang 4-6 minggu berlalu, anda makin boleh ‘cope’ dgn jadual baru anda. dan biasanya selepas 2 bulan, anda melalui tempoh penyusuan dgn rasa gembira dan mudah.
Perlu diingat bukan semua baby serupa. Anak saya tidak sama dgn anak puan2 sekalian. Ini diperakui oleh mama yang sudah biasa menyusu anak lebih dr seorang. Ya, tidak sama! Sesetengah baby kelihatan menyusu dgn sedikit tetapi kerap, manakala setengah baby hisap dgn gelojoh dan betul2 tumpu perhatian pd hidangan mereka setiap feeding time. setengah baby pula fussy baby, setengah pula perhatian menyusu mudah terganggu dgn perkara lain. Tapi mama, jika anak anda seorg yang fussy feeder/cerewet, anda jgn terus jump into conclusion yang baby anda nak bercerai susu dgn anda. This kind of situation selalu berlaku. Ingatlah, ialah hanya sekadar membawa maksud si kecil ini mempunyai a healthy interest terhadap benda lain, tetapi masih gembira memperoleh khasiat daripada ibunya.
SEMAKIN CEKAP =)
Apabila bulan2 berlalu, anda dapati bahawa breast anda yang dahulunya penuh dan engorged sebelum setiap penyusuan namun kini kurang penuh dan meleleh seperti tempoh berpantang. Jgn panik, mama. Keadaan ni tak bermaksud susu yang anda hasilkan semakin kurang atau sudah “kering”, tetapi ia membawa maksud penghasilan susu anda semakin CEKAP dan tubuh mama sedang menghasilkan kuantiti susu yang bertepatan dengan permintaan/keperluan baby anda. Disini lah konsep supply and demand mengambil tempat. Jadi, jika anda kerap menyusukan baby ‘on demand’ atau bila2 masa baby perlu, tidak akan ada istilah susu kering atau tak cukup susu.
Pada satu kes:
“Semalam adik? happy sgt, suka main & ketawa. Hari ini, dia hendak menyusu sepanjang hari dan berdakap je. Kenapa ni? Susu mama tak cukup ke? adik nak makan nestum ke? Perut adik kembung ke? Adik kena sampuk ke?”
Tahukah mama baby sedang mengalami “Growth Spurt” ataupun “Pecutan Pertumbuhan” atau macik2 ckp “beralih haribulan”. Time ini selalunya takde angin takde ribut baby meragam sepanjang hari. Kdg2 baba pun boleh tension and gelabah, betul tak? Jgn panik mama. Baby bukan kena sampuk. Kalau check perut baby x kembung jgn pulak susah hati fikir benda lain. Memang inilah perkara biasa anak2 kecil esp yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ). Tubuh baby memerlukan lebih bnyk susu dan baby perlu sampaikan hakikat ini pada breast mamanya. Dia sdg menghantar signal dgn menghisap lebih bnyk dr biasa, atau cerewet dr biasa dan sedang memberitahu tubuh mama supaya hasilkan lebih susu utk perkembangan tumbesarannya. Dan tubuh anda akan hasilkan lebih bnyk susu pd hari-hari berikutnya (jika anda menyusu baby lebih kerap pd hari ‘mengamuk’ nya).
Mama jgnlah runsing. Tubuh anda pasti dpt menyediakan bekalan secukupnya. Anda hanya perlu beri peluang, perhatikan tanda-tandanya ~ maksud saya disini bila anda lihat baby hendak menghisap dgn lebih kerap, pastikan anda memberi baby peluang itu. PLEASE mama, dont offer any nestum/food (For baby below 6 months) formula milk or pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast si mama. Ini akan menyebabkan gangguan kitaran supply & demand anda and menyebabkan baby akan semakin lapar dan susu mama mula kering/kurang.
Penting disini utk mama tidak panik unless baby ada menunjukkan ciri2 yang tidak normal dr kebiasaannya seperti menangis sehingga biru kehitaman atau apa2 yang dianggap “bukan dlm kes growth spurt”. Ya-lah mama, u know ur baby better than others =)

~sara kids~

Friday, November 19, 2010

CARA NAK SIMPAN EBM BILA BLACKOUT

Mama ingin berkongsi serba sedikit cara - cara yang perlu dilakukan bila rumah kita blackout. Mama pun pernah terjadi juga. 

Ok..kalau boleh jangan buka pintu peti ais kita, selagi kita belum betul - betul bersedia untuk menyimpan stok ebm ke tampat lain.. Ini kerana, sekiranya kita membuka pintu tersebut. Suhu akan naik dan stok ebm boleh cepat cair. 

Cara - cara penyimpanan seperti berikut :


1) Ambil kesemua stok ebm dan masukkan ke dalam beg plastik.


2) Ikat beg plastik tersebut dengan rapat dan kuat.


3) Masukkan stok ebm, air batu dan garam ke dalam bekas.



4) Tutup rapat - rapat.

InsyaAllah dengan cara ini, stok ebm boleh bertahan selama 8 jam.

Tuesday, November 16, 2010

KEBAIKAN SUSU IBU


Susu ibu adalah makanan semula jadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan illahi ini sememangnya memenuhi khasiat semula jadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan – kelebihan terbatu yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi.
Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi. Antara kebaikan yang dapat dinikmati oleh bayi, ibu, keluarga dan masyarakat jika ibu menyusukan anak ialah :-

Kebaikan Untuk Ibu :
 * Membantu mengecutkan Rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
 * Menjarakkan kehamilan secara semula jadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
Mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan uterine.
 * Mengurangkan risijo penyakit asteoperosis.
 * Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi.
 * Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan Untuk Bayi :
 * Kandungan kolostrum dalam susu ibu awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi.
 * Mengurangkan masalah alergi.
Mengurangkan masalah system penghadaman.
Membekalkan zat – zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum.
Mengurangkan risiko obesity dan juga untuk bayi.
Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebik baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 poin berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

Kebaikan Untuk Keluarga:
Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula.
 * Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit.
 * Merapatkan hubungan kekeluargaan.

Kebaikan Untuk Masyarakat:
Mesra alam sekitar – mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembukusan dan pemasaran.
 Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kapada bayi dan kanak – kanak.
 * Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

RINGKASAN TENTANG SUSU IBU



Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mengandugi kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis permakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk memcuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuan

Monday, November 15, 2010

APA ITU KOLOSTRUM?

Mama copy & paste dari susuibu.com :-


 Ikuti hasil nukilan Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci. dan Kaunselor Laktasi bertajuk Kolostrum: Cecair Bernilai Emas

“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini. 

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:
"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA. 

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran. 

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2) 

Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu. 

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14). 

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri? 

Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.

Oleh: 
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

BERAPA BANYAK BAYI MINUM SUSU



Senarai kadar keperluan baby sewaktu 5 hari pertama dilahirkan. Mama dapat dari Dr. Nadrah sewaktu mama pergi ke SGM di Padang Polo semalam.



DAY OF LIFE   INFANT AGE STOMACH      CAPACITY/FEEDING
Day 1                   Birth - 24 hours                   5 - 7 cc (approx 1 teaspoon)
Day 2                   24 - 48 hours                      10 - 13 cc (approx 2 teaspoon)
Day 3                   48 - 72 hours                      22 - 27 cc (almost 1oz)
Day 4                   72 - 96 hours                      36 - 46 cc (almost 1.5oz)
Day 5                   96 - 120 hours                    43 - 57 cc (almost 2 oz)


Kesimpulannya mama - mama diluar sana janganlah mengeluh, putus asa dan mengatakan bahawa anda tiada susu sewaktu minggu pertama kelahiran bayi. Kita sudah mempunyai susu! Baby kita pun hanya memerlukan sedikit sahaja susu dari badn kita, betul tak?? ^_^







Thursday, November 11, 2010

MENAMBAHKAN SUSU BADAN

Ada pelbagai jenis petua yang boleh diamalkan untuk menambah susu badan. Salah satunya ialah dengan mengamalkan minum air rebusan halba. Dekat dapur mama bukan sahaja ada rempah - rempah untuk memasak. Tetapi mama juga gunakan rempah tersebut untuk menambah susu mama ^ _ ^



Inilah halba / fenugreek
Rendam dengan air panas seketika, sehingga air bertukar menjadi kekuningan.

Taraaaa .... mama dah minum. Tapi halba tersebut kenalah bunag ye. Nanti tak pasal - pasal kena appendix pulak. 

Monday, November 8, 2010

BREASTFEEDING SUPPORT GROUP GATHERING

Our BREASTFEEDING SUPPORT GROUP GATHERING for November will be organised at the following date and venue: (Theme : PINK+WHITE)

DATE : 13 NOV 2010
TIME : 9.00 a.m.
VENUE : MARINA WING PLAYGROUND, LUMUT
BRING POTLUCK
TOPIC : LOW MILK SUPPLY

DATE : 14 NOV 2010
TIME : 9.00 a.m.
VENUE : PADANG POLO, IPOH
BRING POTLUCK
TOPIC : (i will post it later)

~Dr. Nadrah

Thursday, November 4, 2010

SUSU SEDIKIT MAINAN PSIKOLOGI

Satu fakta penting yang perlu anda semat dalam minda ialah konsep utama penyusuan susu ibu adalah berasaskan kepada konsep PERMINTAAN & PENGHASILAN. Jadi, semakin kerap bayi menyusu maka semakin galak penghasilan susu. Hal sebaliknya berlaku sekiranya bayi anda tidak memperolehi susu ibu mencukupi. Secara langsung, ia akan mengganggu penghasilan susu ibu yang sekali gus menyebabkan kurang dan perlahan - lahan menjadi sedikit.


Tubuh anda juga mengetahui bahawa ada permintaan untuk penyusuan apabila bayi kerap menyusu (dianggarkan 8 - 12kali sehari). Inilah cara secara fisiologi bagi memastikan penghasilan susuibu berterusan. Selain daripada hormon prolaktin (berfungsi menghasilkan susu) & oksotosin (berperanan mengeluarkan susu dari payu dara), terdapat satu lagi bahan penting iaitu feedback inhibitor of lactation (FIL). Ia merupakan sejenis protein di dalam susu yang terkumpul di payu dara ibu. Fungsinya memberi maklumat balas kepada proses penghasilan susu.


Jika susu ibu tidak dikeluarkan dari payu dara kesan daripada kurang penyusuan terus dari bayi atau kurang diperah, maka banyak FIL berkumpul dalam payu dara. Tahap FIL yang tinggi akan memeberi petunjuk supaya susu kurang dihasilkan. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, lama-kelamaan penghasilan susu akan berkurangan. Namun, sekiranya susu ibu sentiasa dikeluarkan dari payu dara sama ada penyusuan terus bayi atau kerap diperah, maka FIL kurang berada di dalam pau dara. Apabila tahap FIL rendah, ia akan memberi petunjuk agar lebih banyak susu dihasilkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...