MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Friday, October 15, 2010

MENGIDAM

Setiap ibu yang mengandung mesti ada mengidamkan sesuatu makanan. Semasa mama mengandung dahulu, mula - mula mama teringin nak makan buah delima. Nasib baik ada  Pakngah Qaireen, dia tolong belikan buah delima utntuk mama. Tapi malangnya mama pulak tak berapa  suka, sebabnya delima yang Pakngah beli tak berapa merah. Hai, macam - macam kerenah orang mengandung ni ye. 


Bukan sahaja delima, mama juga teringin sangat - sangat kacang pistachio Mekah. Ya Allah, mama pun tak tahu kenapa. Kacang ni memang mama teringin sangat - sangat sampai terbayang - bayang kacang tu sebelum tidur. Disebabkan mama mengidam sangat, baba pun belilah kacang pistachio tong garden. Masalahnya mama tetap tak puas hati, sebab bagi mama rasa kacang tersebut tidak sama dengan Mekah punya. 


Ialah bak kata orang, kalau ada rezeki tidak kemana. Alhamdulillah rezeki daripada Allah, kawan baba punya ibu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Selepas dia habis mengerjakan haji, beliau telah memberi kacang pistachio dekat mama. Malah dia juga telah memberi buah delima Mekah dekat mama. Merah betul warna buah delima tu. Ya Allah, punyalah gembira. Syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...