MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama. Di bawah merupakan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Ini adalah entry melekat..sila stroll ke bawah..terima kasih ^_^

Jom sertai 1st GA MAMA


Untuk keterangan lanjut sila klik di sini


Tuesday, June 28, 2011

CARA MERANSANG MINDA ANAK




Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan
-          Dapat memusatkan perhatian
-          Lebih suka kepada warna-warna terang
-          Belajar memalingkan muka
-          Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara
-          Mula belajar mengacah
“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”
Bentuk-bentuk Rangsangan
Mengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.
Menggantungkan alat-alat permainan ataupun barang yang berbunyi dan bergerak (mobile rattle) pada kot tidur dan kereta sorong. Selok-eloknya digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi.
  1. Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.
  2. Membawa ataupun mendukung bayi melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan serta memberitahu pelbagai benda yang ada di dalam dan di luar rumah. Ibu ataupun ayah boleh menyebut benda yang dilihat secara menyanyikannya.
  3. Sentiasa bercakap dengan bayi dengan memperkenalkan asas bahasa.  Nada suara perlu ditukar mengikut suasana ataupun aktiviti yang dilakukan. Percakapan dengan bayi elok dibuat semasa mandi, member minum, menukar lampin ataupun menidurkannya. Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya “Sayang ibu sudah basah, mari ibu salinkan lampin.”
  4. Member reaksi kepada usaha bayi bagi berkomunikasi dengan anda. Semasa berkomunikasi, pastikan anda menggunakan bahsa yang lembut dan pandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.
  5. Apabila bayi sudah dapat mengacah, lihat dan dengar dengan penuh minat. Apabila dia berhenti. Ibu dapat membalas dan ajak dia terus berkomunikasi sama ada bertanya kepada nya atau meniru bunyi yang dikeluarkannya.
  6. Membaringkan bayi di atas pelbagai jenis permukaan seperti permukaan yang berbuku, di atas tikar, di atas karpet dan sebagainya.
  7. Bermain sambil merangsang pancainderanya seperti mengusapkan jari kaki ataupun tangannya pada barang-barang seperti ais, air suam kuku, plastic, kain bulu, kertas dan sebagainya.
  8. Bermain-main dengan tangannya sambil menyentuh tangannya pada hidung, mulut, mata ataupun telinga anda atupun menyentuh pacainderanya sendiri.
  9. Mengajar bayi mengira dengan memegang jari-jarinya dan hitung ataupun semasa mendukungnya menaiki tangga kira bilangan anak tangga dengan kuat.
  10. Meletakkan bayi pada tempat yang dia dapat melihat ibu, ayah ataupun ahli keluarga melakukan aktiviti harian seperti solat, berkebuh, atau memasak.
  11. Merangsang deria baunya dengan menghidukannya pelbagai jenis bauan seperti bau yang manis, wangi, bau bunga dan sebagainya. Contohnya seperti membawa bayi mengelilingi taman bunga ataupun tepi laut.
  12. Bagi orang islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan quran, zikir, dan suara ibu ayah membaca alquran. Boleh juga memperdengarkan bunyi-bunyi semulajadi seperti deruan ombak, deruan angin, bunyi binatang dan sebagainya.
“Bunyi dapat dirakamkan dan diperdengarkan kepada bayi dengan kekerapan yang munasabah”
sumber : anakkusayang 



Monday, June 27, 2011

HORMON - HORMON PENYUSUAN



Mari kita lihat apakah hormon-hormon yang berkaitan dengan penyusuan
Selama ini kita hanya mendengar, tapi kita tahu tak fungsi -fungsinya

1. ESTROGEN
menyebabkan perkembangan saliran dan tisu-tisu penghubung di dalam payudara, semasa mengandung, hormon ini menyebabkan sistem saliran ini digandakan

2. PROGESTERONE
membantu dalam perkembangan sel2 susu bersama-sama estrogen yang menyebakan sistem saliran digandakan semasa mengandung

3. HUMAN PLACENTAL LACTOGEN
dikeluarkan oleh placenta semasa mengandung dan mempengaruhi perkembangan areolar dan puting

4. PROLAKTIN
menyebabkan saliran dan alveoli menjadi matang. Selepas melahirkan badan akan menghasilkan amaun prolaktin yang tinggi di mana merupakan titik permulaan penghasilan susu, menyebabkan ibu berasa letih dan mahu memegang dan menyusukan bayi. Penghasilan susu dibawah pengaruh hormon prolaktin ini dipanggil kawalan 'endokrin'

5. OXYTOCIN
memberitahu otot2 uterus untuk mngecut dan myoepithelial cell turut mengecut, menyebabkan pengeluaran susu, meredakan tekanan semasa hormon prolaktin dihasilkan, rangsangan saraf di dalam payudara akan menyampaikan maklumat kepada otak untuk merembeskan oxytocin. Milk ejection reflex juga berlaku tanpa penyusuan terus sperti contoh semasa ibu mendengar tangisan bayi

6. FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION
mengurangkan kadar penghasilan susu apabila payudara penuh. Memerah susu dari payudara membantu menghasilkan lebih banyak susu. Payudara yang penuh menyebabkan penghasilan susu menjadi perlahan, payudara yang dikosongkan merangsang penghasilan susu yang lebih cpeat.

7. AUTOCRINE CONTROL OF MILK PRODUCTION
Penghasilan susu bagi setiap payudara dipengaruhi oleh amaun pengeluaran susu dari mana-mana belah payudara.
Maknanya pengeluaran susu bersifat automatik, apabila susu dikeluarkan maka penambahan susu akan berjalan.
Ini menjawab epada persoalan 'payudara besar sebelah'

Bagaimana hormon penyusuan menjejaskan kesuburan?
a) Hormon penyusuan melambatkan seseorang ibu untuk subur selepas kelahiran.
b) hisapan bayi yang kerap, siang dan malam adalah memberi kesan kepada kelambatan keusburan terhadap ibu.
c) Lactation Amenorrhea Method (LAM) adalah perancang keluarga yang efektif semasa 6 bulan pertama sekiranya ibu menjawab "tidak" untuk soalan2 di bawah:
- Adakah anda telah didatangi haid?
- Adakah anda membenarkan tempoh penyusuan semasa siang lebih dari 4 jam dan malam leibh dari 6 jam?
- Adakah bayi anda berumur lebih dari 6 bulan?

Sekiranya jawpaan anda "ya" untuk soalan di atas, LAM tidak berfungsi kepada anda lagi.

Terjemahan dari: Nota MBFPC
mama share dari PC hana



Thursday, June 23, 2011

CYST TAK JADI DIBEDAH SELEPAS MAKAN SHAKLEE

Dah baca entry lepas tentang INGIN CANTIK DAN KELIHATAN AWET MUDA?? Anda dah tahu kenapa GLA Shaklee lagi bagus dari mana-mana EPO yang ada di pasaran? Jum baca pengalaman Dilla.
______________________________________________________

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...
Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...
so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...
Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
scan_cyst_01_800x613
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...
Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.
Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
scan_cyst_02_800x613
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut
Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
scan_cyst_03_800x613
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:

      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....

Wednesday, June 22, 2011

DENGAN PERFOMANCE DRINK BADAN TAK LETIH, KAKI TAK KEJANG..PADAHAL DAH BERKAYUH 90KM!!

Performance Drink or PD..mama memang suka minum PD!! Bila minum, badan bertenaga..rasanya pun sedap. Mama suka minum PD especially waktu puasa. Tambahan pula mama tengah ganti puasa sekarang ni.


Ni tips ganti puasa yang mama selalu amalkan. Klik di sini : Tips ganti puasa 


Tapi hari ni mama bukan nak bercerita tentang ibu menyusu yang tengah ganti puasa. Hari ni mama bercerita tentang kaum bapa pula ^_^

Jom baca testimonial suami Tuty.

_____________________________________________________



Incik N (suami saya) bekerja sendiri dan berada di jalan raya hampir sepanjang hari. Perjalanan memakan hampir 200km setiap hari. Sudah tentulah badan jadi letih. Jadinya, saya akan bancuhkan PD dalam 1botol air untuk bekalan semasa berkerja. Setelah beberapa hari, Incik N memberitahu badannya sudah tidak berapa letih. Saya pun lihat muka suami saya kurang letih dan lebih ceria.

Oh, Incik N juga mempunyai hobi berbasikal. Sebelum saya bersalin, hampir setiap minggu Incik N akan berkayuh bersama-sama rakan seangkatan. Bukan berkayuh keliling taman ya. Mereka berkayuh jarak jauh. Antaranya daripada Puncak Alam ke Pantai Jeram sejauh 45km pergi dan balik. Menaiki bukit ke kampus UiTM Puncak Alam. Jalan ke kampus itu boleh dikatakan seperti mini genting highland yang memerlukan pendakian mencabar. Naik kereta pun terasa tinggi sungguh bukit itu.

Selama saya cuti bersalin, Incik N memang bercuti terus daripada berkayuh basikal. Hampir 2 bulan lebih. Semalam, Incik N ikuti satu ekspedisi berbasikal daripada UKM ke Bagan Lalang sejauh 90km pergi dan balik bermula daripada pukul 8 pagi.Perjalanan sehala sahaja memakan masa 4 jam lebih. Saya berasa risau kerana Incik N sudah lama tidak berlatih dan sebelum ini, Incik N akan mengadu keletihan apabaila pulang berbasikal. Paling teruk apabila kadangkala kakinya kejang semasa berkayuh.

Saya bancuhkan 3 liter air PD untuk bekalannya dan berdoa segalanya berjalan lancar. Mestilah risaukan sebab berkayuh dalam cuaca yang panas terik. Kita naik kereta dengan penghawa dingin pun rasa letih dan haus bila tengah hari.

Nak tahu apa reaksi Incik N selepas kembali daripada ekspedisi?

Saya      : Abang Ok tak? Kaki kejang tak?
Incik N   : Abang Ok je..Badan pun tak letih sangat. Yang best tu, kaki tak kejang.
Saya      : Alhamdulillah.
Incik N    : Abg N**r dengan Abg F***i pun hairan yang abang boleh kejar. 
               Abang bagitahu la yang Abang ambil air PD.
_____________________________________________________



Apakah Performance Drink?





Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)

Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

·  OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
·  Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan*
·  Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Sumber : Shaklee Malaysia

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?
·  Anda yang berkerja di bawah matahari terik
·  Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
·  Ibu mengandung atau menyusu
·  Anda yang demam dan selesema.
·  Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
·  Anda yang mengidap penyakit kencing manis

Berapakah harganya?
Hanya RM76 di Semenanjung dan RM90 di Sabah/Sarawak. Harga termasuk kos penghantaran.


Tuesday, June 21, 2011

INGIN CANTIK DAN SENTIASA KELIHATAN AWET MUDA??

Ramai kaum wanita tertanya - tanya tentang supplement EPO (Evening Primrose Oil). Ini kerana ada yang mengamalkannya sejak berusia awal 20an lagi. Malah ada juga yang mengamalkan bila dah berusia 40 tahun ke atas, terutama apabila hampir-hampir menopause dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga untuk menstabilkan hormon kewanitaan.

Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Malah GLA Complex ini juga turut ada kandungan Vitamin E dan Minyak biji matahari.

Kenapa kami konfiden yang GLA Complex
 Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid. Sedikit petikan daripada NCCAM.



* Evening primrose oil is extracted from the seeds of the evening primrose. *
Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

GLA adalah antara kandungan di dalam EPO.

Fungsi GLA Complex ini kepada kaum wanita :-



  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid



  • Membantu meningkatkan kesuburan



  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)



  • Membantu dalam menangani menopus



  • Menguatkan kuku dan rambut



  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri



  • Membantu menangai ekzema



  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid



  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri



  • Menguatkan imuniti tubuh



  • Memperlahankan proses penuaan



  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung



  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi



  • Mengawal kolesterol



  • Untuk fungsi saraf


  • *Source : Shaklee Malaysia


    Pastikan anda mendapakan konsultasi secukupnya sebelum memulakan pengambilan, terutama bagi yang mengambil GLA Complex untuk kecantikan dan kesuburan!
    Kalau anda adalah return customer mama, ada special offer untuk anda.


    Jom berikan yang terbaik untuk diri anda! ^_^
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...