Hari ahad lepas mama masak bubur lambuk. Hari terakhir mama makan bubur lambuk Ramadhan 2006 sebelum arwah opah Qaireen iaitu mama kepada mama meninggal dunia. Dulu masa mama kecil..masa duduk di Klang arwah atuk Qaireen iaitu baba kepada mama selalu sangat ambil bubur lambuk di Masjid India di Klang. Selepas kami berpindah ke Ipoh..arwah opah Qaireen pula yang masak bubur lambuk untuk mama dan adik2 mama, sekurang2nya sekali dalam sebulan. Bubur lambuk ni dah jadi macam makanan wajib kami sekeluarga di bulan Ramadhan.
Mama dulu tak pernah ambil tahu pun pasal resepi bubur lambuk ni. Mama selalu tolong menyebuk je!heheeee.
Mama masak bubur lambuk ni pun..main agak2 je..tapi Alhamdulillah jadi. Sebab mama teringat dulu mama selalu tergigit lada hitam lah..lepas tu mama tak suka halba n mama selalu ckp ish kacau betullah "sampah2 ni".
"sampah2 ni" = rempah ratus dan serai.
Sekarang dah menyusukan Qaireen sibuk cari halba.. ^_^
Ini dia bubur lambuk resepi arwah opah Qaireen
Bahan - Bahan :
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
2 cm halia (hiris)
2 batang serai (di ketuk)
1 keping kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sedikit udang kering (tumbuk)
Sedikit isi ayam dan daging ( potong kecil2)
Sedikit lobak masin
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil halba
Santan
Beras 2 genggam (basuh siap2)
Garam secukup rasa
Cara - Cara :
1) Tumis bahan2 yg telah dihiris tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. Selepas itu masukkan pula udang kering, lobak masin, isi ayam dan daging. Tumis sehingga betul2 masak.
2) Masukkan pula serai, lada hitam dan halba..gaul seketika, dan masukkan air 1/2 periuk serta beras.
3) Setelah nasi sudah kelihatan seperti bubur, masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang.
Senang je kan?? Yang bestnye..bubur lambuk ni ada halba..ibu menyusu mesti suka halba kan??
selamat mencuba ^_^
waaaaaaaaa sedapnya... terus rasa lapar dah ni..huaaa...
ReplyDeletekekekekeke...hujung minggu bolehlah masak..bubur lambuk ni masaknye senang je..cuma ambil masa sikit le..biasalah masak bubur nasi kan lambat.. ^_^
ReplyDelete