MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Friday, September 9, 2011

TAK NAK GEMUK BALIK DI BULAN SYAWAL NI!!


Bila dah habis bulan puasa..ramai betul yang mengeluh berat naik, baju raya yang di pakai masa raya pertama.."yang longgar tu" dah jadi ketat balik..wah cepat betul ketatnye??baru 11 syawal...so takut badan naik mendadak??takut dah tak muat nak pakai kebaya??emmmm..tak boleh nak vogue de vass waktu pergi rumah terbuka le..heheee..

Tapi tak pe, InsyaAllah masih belum terlambat..jom kita nyahkan lemak2 dalam badan kita ni.

___________________________________________

Dalam Wanita Hari Ini ada membicarakan tentang Gemuk Selepas Raya (kalau saya tak silap). Tetamu jemputan adalah Kevin Azhari, Ieda Moin dan Juliza Adlizan . Saya sempat catat sikit panduan untuk kongsi bersama.

  • Makan dulu di rumah sebelum menghadiri rumah terbuka
  • Jika ada banyak rumah yang ingin dikunjungi, makan sedikit di setiap rumah
  • Jika dihidangkan minuman manis dan tiada pilihan air masak, cukup sekadar minum setengah cawan air manis
  • 1 hiris lemang bersamaan 80 kalori, cukup jika makan sehiris lemang dan makan rendang tanpa kuah.
  • Bagi penganjur rumah terbuka, kalau boleh hidangkan sekali buah dan salad sebab ia akan menyeimbangkan pengambilan makanan
Paling menarik, ada cara yang diberi untuk 'takutkan' kita. Ehek! pada sayalah! iaitu Cuba kira kalori. Begini, untuk mengurangkan 1kg berat badan, anda kena buang 7700 kalori - Emmm jadi kesimpulannya kena beragak-agaklah bila nk makan

______________________________________________

Bagi yang mahu mencuba Lechitin adalah amat berbaloi untuk 'menghadapi' rumah terbuka di sana sini. Tetapi walaupun mengambil suplemen, langkah berjaga-jaga yang lain juga amat perlu, sebab namapun Hari Raya dan segala makanan dah dilonggokkan depan mata, siapa yang tahan kan !?




  • Membantu memecahkan lemak dalam salur darah.
  • Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak.
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
  • Membantu proses penghadaman kerana Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung


Serat/fiber diperlukan faktor majlis hari raya yang biasa dihidangkan minuman manis, berkarbohidrat, berlemak dan sedikit sayuran dan buah-buahan. Fiber juga memberi kita rasa kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan rasa lapar yang membantu mengelakkan kecenderungan untuk makan berlebihan. Ia berfungsi dengan menyerap dan bawa keluar bahan-bahan tak berkenaan dari dalam tubuh.


Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

* Cinch Shake ni ibu menyusu tak boleh minumlah ye..yang lain boleh ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...