Tiba2 rasa macam nak luahkan perasaan pula. Untuk di kongsikan bersama anda dan untuk diri sendiri.
Sebenarnya apa yang kita buat bukan semuanya mudah dan akan datang bergolek. Lainlah kalau mmg dah dilahirkan sebagai anak org kaya..keluar2 semua dah ada. Mama bukan tergolong diantara itu ye..mama kena berusaha utk berjaya.
Kita ni kalau nak berjaya, tak kira samaada dalam pelajaran ke, perniagaan ke..Kenalah banyak bersabar. Bercakap pasal dugaan yang datang, mmg tidak henti2. Kalau ikutkan hati..kalah dah!!
So kita kena kuat! kena banyak bersabar dan kadang2 tu kita mmg kena jadi "kering". Bak kata kawan mama, "Ada Aku Kisah..Mak Ok Je!!" (AAK MOJ). Mama mmg dah guna ayat tu sekarang ni..lantak apa org nak cakap! Selagi mama buat kerja dan berniaga secara halal dan tidak kacau org lain..mama akan teruskan.
Baby pun mana ada lahir2 terus berlari, betul tak?..mesti kena meniarap, merangkak, duduk, berjalan dan baru boleh berlari.
Sama juga dalam penyusuan..kadang2 ada masa banyak sangat kita dapat..kadang tu sikit je. Janganlah sedih2..teruskan usaha, jangan cepat mengalah!
Begitu juga dgn pemakanan supplement. Supplement bukan ubat dan tidak mengandungi dadah. Selain itu, vitamin shaklee adalah vitamin semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, dan perisa. Vitamin shaklee bukannye vitamin sintetik (yang mengandungi gel silika di dlaam botol)
Ok..mama nak kongsi sikit coretan mama di Group Tertutup Shaklee GBS.
_____________________________________________________________
Dugaan dan Rintangan:
Ada sesetengah org nak keputusan yg cepat. Kalau boleh makan hari ni..hari juga nak nampak kesannye.
Ada sesetengah org pula menyalahkan apa yg di makan. Lepas makan shaklee tiba2 je anak saya sakit..tiba2 badan saya jadi tak best.
Setiap manusia yang Allah jadikan tidak sama. Pengalaman saya sendiri. Walaupun saya dah kenal shaklee 9tahun yg lepas, terus terang saya cakap..mmg dulu saya tak ambil pun. Makcik saya tak henti2 bercerita pasal shaklee..saya malas je nak dengar.
Tapi lepas tgk makcik saya yang berusia dah 40thn++ tapi tenaganya mengalahkan org yg berusia 20thn..so saya mula kagum! Muka pula berseri2, keempat2 anaknya diberi susuibu sepenuhnya. Boleh pula dia cerita sekali pam dapat 10oz..mak ai!!lagi terkejut!
So saya mula berfikir. Adakah disebabkan Shaklee dia jadi macam tu?? (dengan izin dari Allah lah kan). So saya pun nekad untuk mencuba!
Kali pertama ambil shaklee, masa tu anak saya berusia 8bulan. 2 hari selepas ambil shaklee ANAK SAYA DEMAM & BATUK!!. Dari lahir tak pernah demam, tiba2 demam. Siapa tak risau? Tapi Alhamdulillah nasib saya tidak cepat melatah dan menyalahkan shaklee.
Kali pertama saya mula berjinak2 dgn PERNIAGAAN SHAKLEE. Saya pula DEMAM, SAKIT TEKAK & BATUK!. Saya siap kena perli dgn kawan opis. Tak pe..saya teruskan pengambilan supplement. Alhamdulillah dari awal March 2011 - KINI saya belum lagi kena DEMAM, SELESEMA DAN BATUK! (dengan izin dari Allah..tak baik ckp besar, nnt esok demam pula saya..heheee) walaupun opis saya "diserang virus selesema n batuk"
Kesimpulannya..Apa yang boleh saya katakan ialah..SABAR! Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Bagi ibu yang menyusukan anak pula..cuba fahami sedalam2nya konsep asas penyusuan dan tolong jangan salahkan supplement sekiranya hasil yang anda dapat tidak meriah. Di mana silap?? Cuba cari dahulu.
Semoga kita sama2 jadi SuperMak & SuperIsteri
Sekian,
Dilla Jalil ♥
_____________________________________________________________
Salam Sayang dari Mama ^_^
No comments:
Post a Comment