Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..
Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro dan mama dapat dari Mama Irfan ini mama akan ringkaskan untuk anda semua.
Sebab-sebab bayi tersedak susu
- Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
- lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
- Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
- Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
- Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
- dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
- tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
- Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
- Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.
No comments:
Post a Comment