MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, March 31, 2012

Apa akan jadi bila berhenti makan vitamin?


Menerima soalan dari seorang customer baru saya....

"Alhamdulillah selepas mengambil ESP dan set skin care, saya dapati kulit saya ada perubahan. Itupun bila minum banyak air. Namun saya suka sebab kini lebih energetic dan no more moody macam dulu2 cepat sangat stress. Soalan saya, jika saya stop vitamin ini apa akan jadi? Adakah kulit saya bermasalah semula?"

Untuk memberi jawapan yang lebih mudah, saya menyediakan satu anologi.

Apabila seseorang itu hanya mendapat zat vitamin dari makanan hariannya, ia ibarat sebuah rumah dengan perabot biasa. Namun apabila individu itu mendapatkan makanan tambahan seperti vitamin dan supplement, ia ibarat sebuah rumah dengan perabot yang mewah sedikit.

Namun apabila kita sudah biasa dan selesa duduk dan berehat di atas sofa ini....



Dan satu hari kita tukarkan kepada kerusi ini ....


Pasti kita boleh menilai keselesaan duduk di atas sofa empuk dengan kerusi rotan kan?
Mungkin ada orang tak kisah pun duduk di atas kerusi rotan namun, saya yakin ramai yang bekerja cari duit untuk keselesaan hidup. Bak kata orang, apa guna ada duit tetapi sakit? Hakikatnya nikmat kesihatan itu tidak dapat dibeli dengan duit. Maka beringatlah kita semasa sihat sebelum sakit.

Oleh kerana faktor inilah ramai yang dah biasa amalkan makan vitamin, tak kisahlah apa brand sekalipun, mereka akan rasa beza bila tak makan vitamin. Oleh kerana sebab inilah setiap hari orang akan masuk farmasi beli vitamin, atau paling-paling kurang pun minta di klinik panel atau klinik kerajaan.

Vitamin membantu menutupi mana-mana ruang kosong dalam badan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian kita terutama vitamin E, beta carotene,vitamin B dan vitamin C, protien lengkap dan banyak lagi.

Maka tiada la istilah bergantung dengan vitamin ....sebab balik pada diri individu tersebut. Jika mahu keselesaan, dapatkan tambahan dengan supplement dan vitamin. Malah lebih baik dari amalkan ubat yang mengandungi bahan yang boleh merosakkan buah pinggang dan hati dalam jangka panjang.

Maka jadilah pengguna yang bijak, dapatkan vitamin yang tiada perasa tambahan, pewarna tambahan, pengawet , asli....dan paling bagus untuk kenali vitamin asli, tiada silika gel di dalam botol vitamin tersebut.
Supaya anda dapat rasa berbaloi belanja yang dikeluarkan dengan hasil kesihatan yang anda perolehi.



Kata2 Pengasas Euphoria : Alhamdulillah selepas mengamalkan vitamin, tiada lagi panadol atau ubat tahan sakit dalam kamus hidup saya. Selama 13 tahun ini, sakit kepala saya cuma amalkan makan B com dan Kalsium@ Ostematrix dan ia buat saya lebih baik!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Thursday, March 29, 2012

5 Tips : Petua Kurus Untuk Wanita


Info di bawah mama ambil dari tips yg dikongsi oleh Pn Iffah di FBnya..Jom baca, best!!
_________________________________________________

Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.

"Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka"

Jangan terperanjat dengan fakta tersebut.

Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki. 

Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun. 

Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini. 

Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi. 

Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).

1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat

Petua Makan


Waktu makan: 
  • Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
  • Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan:
  • Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.
  • Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.
  • Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
  • Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.
  • Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
  • Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.
  • Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
  • Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
  • Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.
  • Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.
  • Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.
Petua Minum


  • Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
  • Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh
  • Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.
Petua Senaman


  • Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.
  • Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.
  • Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.
  • Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.
  • Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.

Petua Tidur





  • Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi
  • Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.
  • Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.
  • Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.
Petua Solat 

  • Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki saikologi diri serta jatidiri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita. 
  • Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”. 
  • Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.
InsyaAllah ^_^

Kesimpulannya :

#Petua kurus untuk wanita#

Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga. 

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita. 

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan. 

Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda. 

Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.


Wednesday, March 28, 2012

Anda ibu menyusu? Perlu produk tambah susu?Jom baca rahsia susu banyak. Apa Pn Zab buat semasa mengandung, berpantang dan sampai sekarang baby 8 bulan"

Majoriti customer mama terdiri daripada golongan ibu menyusu..sekarang ni ramai betul ibu menyusu mencari milk booster. Bagi mama Set 3M adalah set yang terbaik untuk anda dan diri mama sendiri. Ok mama nak share rahsia Pn Zabrina berkongsi bagaimana susu beliau banyak!!Jom baca..Sumber asal kredit ke blog Pn Zabrina
__________________________________
"Banyak PM serta SMS yang saya terima nak tau apa rahsia saya banyak susu..Meh saya nak kongsi dengan anda semua...


Semasa mengandung...

  • Niat ' Aku nak fully breastfeed' anak ni..
  • Baca surah Al Hujarat selalu..
  • Doa berpanjangan hingga sekarang
  • Sembahyang Hajat.
  • cuci nipple hari2
  • buat persediaan awal-google psl bf
Sejurus selepas bersalin..
  • Minta nurse bagi anak secepat mungkin utk bf (Breastfeed)
  • Dalam wad susukan sejam sekali
Berpantang
  • Minum air 3 liter atau lebih
  • Minum susu Anmum Lacta
  • Ambil vitamin Shaklee set berpantang
  • Mula mengepam 2 minggu dalam pantang..
  • Jadual pam yang konsistem (jika tak dapat pam saya akan bagi baby df)
  • rehat secukupnya-walaupun memang tak cukup sebenarnya..
  • susukan anak sekerap mungkin
  • Train anak guna botol umur 1 bulan (nak kerja kan..)
Sekarang
  • Pam 2 kali di tempat kerja
  • Balik pam sebelum tido
  • df anak bila balik kerja (df=Direct Feeding)
  • kat rumah df je tak bagi botol..
  • suruh anak doa susu kita banyak..
  • sokongan suami n keluarga..juga pengasuh..
  • kongsi pengalaman dengan ibu2 menyusu lain (InsyaAllah rezeki anakbertambah)
  • minum air 3 liter atau lebih..(ni air suam je tau..air manis tak kira ye)
  • jaga makan
  • Ambil vitamin shaklee jugak..set 3M +pd
  • kurang minum kafein
  • minum milo, soya, esp, pd, mealshake (zara punye)..saya tak minum ais..
  • sentiasa positif n tenang walaupun banyak keje...huhu...
  • senyum..sambil pam baca doa ibu menyusu n selawat banyak2...
Ha tu le rahsia saya..bukan ape pun saya buat..saya cuma pegang konsep SUPPLY vs DEMAND...susu kalau di keluarkan makin banyak dihasilkan..pokok pangkalnya kita ibu2 ni kena rajin..kena korban masa n tenaga sikit le..penat memang lah kalau ikutkan..tapi kita akan rasa puas hati bila tgk anak membesar dgn susu kita sendiri..Alhamdulillah..Zawir hampir 8 bulan lebih saya susukan..

____________________________________________________________
Wahhhh teruja mama baca!! rasa macam nak mengandung n beranak lagi..kekeke..tunggu dulu lah ye.. :P


Alhamdulillah berkat sabar, tabah dan berusaha berjaya juga! Apa yang penting kerapkan sesi penyusuan, bila baby tak de dengan kita pam setiap 2-3jam sekali, lepas tu konsisten, disiplin, sabar dan setia mengambil set 3M.. mengandungi ESP, vitalea, bcomplex, vita C Alfalfa dan Ostematrix..yang bestnye ada customer mama "takut" ambil ESP sebab takut Bengkak Susu..heheee, senyum sorang2 mama.. Set 3M Terbaikkk!! Alhamdulillah...
Anda bagaimana?

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Tuesday, March 27, 2012

Testimoni ~ Pembakaran lemak dengan Omega* lebih best!

Gemuk! Debab! Bulat! tak suka dengan perkataan itu kan? Nafsu makan semakin membuak2..macam mana pula nak diet? Semuanya sedap..TETAPI mahukah anda biarkan badan anda berterusan menjadi seperti ini....





atau seperti ini..

Macam - macam penyakit boleh datang tau..Darah Tinggi, Jantung, Kencing Manis......minta jauhlah kan. Apa kata kita mula dari sekarang. Kawal permakanan kita, kurangkan makan berlemak, kurangkan tidur, kurangkan makan makanan segera dll.

Selain itu, mama juga galakan anda membuat sedikit senaman. Senaman paling mudah ialah berjalan. Cara ni..mama dapat dari baba, dia tidak akan sesekali parking kereta betul - betul depan kedai yang kita nak pergi. Katanya biar kita berjalan dan bersenam. Mula - mula dulu mama tension gak!Ialah nak kena jalan jauh kan, heheee..tapi sekarang mama pula yang tiru cara baba ^_^

Disamping kita buat senaman, untuk dapatkan kesan yang lebih lagi, anda bolehlah mencuba supplement dari Shaklee. Ni kisah Kak N pagi tadi di facebooknya.


testimoni dari Kak N: (klik gambar untuk gambaran lebih jelas)


"Utk kurus ke? Saya amal Omega as fat emulsifier, alfalfa as fiber, herb lax for colone detox. Alhamdulilah mmg dpt slimkan tpt yg diingini.
Kos sebulan dlm RM120 sbb omega nk beli setiap bulan.
Kos lain? Beli buah2 utk lg cepat kesannya!"

Alhamdulillah..mama pun tumpang happy ^_^

Jom baca kisah Kak N :
____________________________________________________________

Maka pengambilan makanan dan cara hidup kita perlu seimbang.... walaupun banyak pusat kecantikan yang boleh membantu namun kosnya pastilah tinggi. 

Namun bagi saya, Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.

Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.

Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.

So jika anda mahu mencuba Omega, Alfalfa dan Herb Lax boleh mendapatkan dari saya dengan konsultasi penuh serta harga yang berpatutan.


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 26, 2012

Bagaimana Nak Kuruskan Lengan

Bagaimana nak kuruskan lengan? Mungkin ramai yang mencari cara nak kuruskan dengan cepat. Maklumlah lengan yang flabby mungkin tak disukai oleh empunya badannya sendiri >__<



Saya sendiri pernah mengalaminya. Lengan yang besar dan flabby.. walaupun tak tunjuk kat orang, tapi diri sendiri yang nak kecilkan lengan. Kepuasan diri orang kata.
Jadi bagaimana? Adakah suplemen Shaklee untuk kuruskan lengan?

Sebelum itu jom kita tengok apa penyebab flabby arm ni:

(1) Lambakan lemak badan 

(2) Atropi iaitu otot yang tidak digunakan secara aktif menjadikan tisu2 di sekelilingnya lembik dan berlemak

(3) Kulit yang pernah meregang

Kata kuncinya ialah dengan membuang lemak dan membina otot.

Jadi, cara-cara nak menguruskan lengan termasuk:

- melakukan angkat berat pada lengan. Guna dumbell yang kecil tu je. Kalau tak ada boleh guna seterika lama yang berat giler tu (saya guna seterika je)
- kurangkan makanan berlemak
- dari segi suplemen Shaklee, boleh ambil Cinch Shake mix atau ESP untuk membina otot.

Selamat mencuba! 




credit



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sunday, March 25, 2012

Status HALAL Shaklee


Soalan yang sering saya dapat dari customer ialah “Halalkah Shaklee?“. Alhamdulillah kita prihatin. Iya, Shaklee merupakan produk keluaran US. Bila dipasarkan di Malaysia sudah tentu status HALAL menjadi perkara utama.

Shaklee adalah worldwide dan mempunyai pelbagai jenis produk. Namun jika anda ‘meninjau’ Shaklee di US atau Australia hatta Singapura sekalipun, anda akan dapati sesetengah produknya tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Kenapa ya? Ini kerana tidak semua produk worlwide Shaklee itu halal (ya tidak dapat disahkan status halalnya). Senang cerita, yang dijual di Malaysia telah diperakui status Halalnya. So, jangan risau ya.

Sijil HALAL terbaru bagi tahun 2012Dikeluarkan pada 6 February 2012.
 shaklee halal

Islamic Services of America (ISA)
 adalah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.
Boleh lihat di laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.



Thursday, March 22, 2012

Testimoni ~ Supplement HOT Untuk Isteri..Shhhhh…(bertambah mantop!!)



Rata-rata selepas melahirkan anak, wanita sering merasa rendah diri, tidak cantik di mata suami. Betul kan? Tetapi tidak kepada ibu-ibu ini yang konsisten mengambil supplement..Supplement apa ya? Ha…ini dia supplement HOT…
                
salam semua..saya nak share pengalaman customer saya..pasal Alfalfa danESP..ehehe..
belom seminggu makan alfalfa dah kena puji tinggi melangit oleh en suami..ehehe..bg saya tak salah kan sbb utk kerukunan rumah tangga gak..ahakss..ye laa..sebabkan entry perkongsian cik Ciput Bob tu, ramai berkobar2 ambik alfalfa sebotol terus..nyata tak sia2 katanya..saya tumpang gembira ..
dan sorg lagi customer saya yg ambik ESP (ade ambik lain2 gak) en suami dia puji perubahan pada Breast dan punggung xxxx..tak yah g cucuk2 kan..ehhee..tu belom sebulan tu…kalau dah lama agak2 ape lg ye perubahan mereka2 yg lain kan..so, ape lg..cantikkan diri utk suami dpt pahala..utk kebahagiaan rumah tangga gak kan..bila kita sihat, cergas, ceria, kita pon leh uruskan rumahtangga, kerja dan lain2 tugas dgn hepi dan sepenuh ati ..to all wonder mommies, super ladies, u all are wonderful!
happy sharing all!
Ini pula pendedahan Pn Ifa (nama FB Ciput BOb,pelanggan Pn Iffah Anuar) mengenai kehebatan Alfalfa yg dikongsi di group ekslusif customer kami ,Shaklee Golden LOunge. (sebenarnya panjang lebar ,tapi dah dipotong atas2 sebab Panasssss.. nak detail kena lah contact saya… )
” ………………………………………… Itu lah rahsia ifa skrg nih. Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini. Nak tahu rahsianya………….ALFALFA LAH…… betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka… selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya…. pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby..

Perghhhhh..siapa tak nak melawan mantop dan meletop untuk suami weh??? Mama dengan Baba pun suka Alfalfa tau! awwwwwww..... :P

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Wednesday, March 21, 2012

Kepentingan Makanan Berkhasiat Untuk Kanak - Kanak



Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang  'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery).

Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:-

- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif
- memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul
- pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
- menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit

Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat.

Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat.

Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.

Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup.

Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak

1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan.

2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: (1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan (2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya.

3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel.

4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya.

**jangan keliru antara probiotik dan prebiotik. probiotik adalah bakteria, prebiotik adalah sejenis fiber.



NAK dapatkan Mealshake & Omega Guard untuk anak 3 tahun ke bawah.
NAK dapatkan Mealshake, Omega Guard, VitaLea For Children & Vita-C Chewable untuk anak 4-12 tahun.
 



credit


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...