* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Mama nak share kisah Kak Waty berpantang dengan Set Berpantang (Set C) Shaklee, bukan main seronok lagi dia, tapi malangnya mama tak faham apa yg kak waty ni ckp..sbb dia ckp bahasa Sarawak..kekekeke..
Thx babe (mama panggil Azrin babe je..heheee) sebab sudi share testimoni menarik ni.
____________________________________________________________________
Happy!!! Itu yang saya dapat gambarkan bila terima komen dari Kak Waty… Untuk pengetahuan semua, ini adalah kelahiran yang ketiga melalui pembedahan.. Kali ketiga! Saya yang melaluinya sekali ni pun masih terasa ngilu. Apalagi Kak Waty yang tiga kali melalui pembedahan. Oleh kerana itulah Kak Waty telah memilih supplement Shaklee. Kata beliau, dia mahu cepat recover!
Kata Kak Waty lagi, selepas pembedahan dia nampak sangat cergas sehingga ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan yang lain pun rasa pelik.. Seronok saya mendengarnya…
Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya? Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu:
- Vitalea with iron formula
- Vitamin C 500mg sustained release.
- B complex with Folic Acid
- Zinc
Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.
Boleh baca di sini tentang Set Bersalin (Set C) Shaklee
Masih berfikir-fikir mahu set bersalin yang mana? Anda boleh hubungi mama untuk ketahui lebih lanjut tentang Set Bersalin ini. Harganya? Tentulah setanding dengan hasilnya.
Hubungi mama :
1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.
No comments:
Post a Comment