MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, March 21, 2012

Kepentingan Makanan Berkhasiat Untuk Kanak - Kanak



Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang  'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery).

Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:-

- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif
- memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul
- pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
- menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit

Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat.

Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat.

Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.

Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup.

Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak

1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan.

2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: (1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan (2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya.

3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel.

4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya.

**jangan keliru antara probiotik dan prebiotik. probiotik adalah bakteria, prebiotik adalah sejenis fiber.



NAK dapatkan Mealshake & Omega Guard untuk anak 3 tahun ke bawah.
NAK dapatkan Mealshake, Omega Guard, VitaLea For Children & Vita-C Chewable untuk anak 4-12 tahun.
 



credit


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.



1 comment:

  1. satu post yang bermanfaat.Makanan berkhasiat penting untuk anak kita sebab mereka memerlukan nutrisi yang lebih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...