MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah

Beberapa hari yang lepas, mama bagi Qaireen dan Hasya makan nasi di rumah kenduri. Nasi berlaukkan kari ayam. Ya Allah sangat2 mama tak sangka, rupa2nya anak2 mama suka makan kari! Hasya makan sampai "buncit" perutnye..hahahhaa. Qaireen pulak sampai 4 pinggan hokey! Macam mama tak bagi makan 1 tahun. Punyelah diaorang suka dengan kari. So disebabkan anak2 mama suka kari ayam. Maknanye setiap minggu mama kena masak kari ayam sedap lah kan? huk..huk..

Lepas masak, macam biasa mama pun share dekat IG dan FB. Lepas tu tak sangka ada pulak kawan mama minta resepi. So disebabkan tak nak hampakan harapan kawan mama tu (cehhh harapan lah sangat..hehee). Hari ni siap 1 entry bertajuk Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah. Haaaaa..kena ada sedap, kalau tak sedap tak de sape nak baca. Kena ada mudah pulak sebab kalau susah ramai pulak yang malas nak masak. opssss! :P




Ini dia gambar Kari Ayam Sedap yang dah siap dimasak. Saje je letak gambar tu besar2 sikit. Baru nampak kesedapan Kari Ayam Sedap tu.. ahaks!

Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 biji kentang (potong dadu)
6 ulas bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
4 cm halia (hiris halus)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Daun kari
1 biji santan kelapa
2 paket rempah kari ayam babas yang kecil
Gula sikit
Garam secukup rasa

Bahan A ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis
Bahan B ) Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumbuk


Cara - cara :

Gambar Kari Ayam Sedap tengah ada dalam periuk ;)

1) Tumis Bahan A sehingga separuh garing
2) Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3) Masukkan pula Bahan B bersama - sama dengan serbuk kari. Gaul sehingga naik minyak atau garing. Selepas tu masukkan daun kari. Kalau kering sangat, tabah sedikit air. 
4) Masukkan ayam dan sedikit air. Biar sehingga mendidih selepas tu masukkan kentang pula.
5) Bila kentang dah sedikit empuk, anda boleh masukkan santan.
6) Akhir sekali masukkan garam, kalau pekat sangat tambah air sedikit. Pastu pelankan api sampai naik minyak.
7) Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi putih panas.

Petua nak masak Kari Ayam Sedap ni..
  • tumis rempah dengan api yang pelan dan biar sampai betul2 garing
  • guna banyak bawang merah dan rempah
  • kentang akan pekatkan kuah, so kalau nampak macam pekat sangat..anda boleh tambah air
  • kentang serap air dan garam, pastikan anda letak garam akhir sekali. 
  • jangan terus letak air dengan banyak, letak sedikit demi sedikit. (1/2 cawan)
Kari Ayam ni kalau ikut selera mama, makan dengan nasi..mama suka cair sikit. Macam dalam gambar di atas sekali tu. Kalau makan dengan roti jala bagi pekat sikit..baru terangkat! 

Gambar yang ni kuah kari cair sikit, balance tengah hari punye. So petang mama buat roti jala. Emmm..nyam..nyam..mmg sedapppp!! 

Lepas ni bolehlah korang try Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah mama ni yek. Selamat mencuba!! ^__^



Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451) 

017 – 5657552 (whatsapp /sms) 

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog shaklee) 

COD : KFC Medan Gopeng



Friday, October 31, 2014

5 Cara Tidak Boleh Memukul Anak Cara Islam

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Sebagai ibu dan bapa kita seharusnya bijak untuk mengajar anak kita ilmu di dunia dan akhirat. Kita yang mencorakkan kehidupan mereka, tetapi sebagai manusia biasa. Tentunya kadang2 kita akan diuji dengan cabaran menjaga anak2 kita. Nak buat macam mana kan? Anak2 yang bijak memang aktif dan duduk tak diam ;)



Bila anak2 bijak ni aktif, kita boleh menasihati mereka. Tetapi ingat, jangan melampaui batas untuk memarahi atau memukul mereka. Budak2 ni hatinya bersih, kalau dari kecil dah biasa dipukul atau diherdik. Tak mustahil dah besar nanti akan memberontak pula (nauzubillah). 

So hari ni saya akan share serba sedikit 5 Cara Tidak Boleh Menghukum Anak Cara Islam.

1. Memukul Pada Wajah 
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Kemarahan Melampau
Menampakkan kemarahan yang ketara Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.” 

3. Memukul Di Dalam Keadaan Sangat Marah 
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). 

Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.” 

4. Bersikap Terlalu Keras & Kasar 
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.” 

5. Memukul dengan benda keras 
Sekiranya anda memukul anak anda dengan benda keras atau tajam sehingga berbekas. Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak. 

Sumber: Detik Islam 


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

mamaqaireen.com (blog shaklee)

COD : KFC Medan Gopeng



Wednesday, October 29, 2014

Resepi Homemade Burger Bakar Sedap Dan Mudah


Hari ni saya akan share Resepi Homemade Burger Bakar Sedap dan Mudah. Apa yang bestnye tentang Homemade Burger Bakar ni? Tentunya lebih puas dan kenyang daripada beli di kedai. Untuk makan sendiri, tentunye kita nak makan dengan puas kan? Nak burger yang besar dan tebal kan? Jadi...dari beli dekat kedai, baik kita buat sendiri :)




Actually resepi ni saya ambil dari resepi Zamir Masterchef (kalau tak silap). Tapi saya ada buat penambahan sikit mengikut selera saya..heee.




Tapi serius sedap Resepi Homemade Burger Bakar Sedap dan Mudah ni (perasan puji diri sendiri). Cuba lah try buat..korang pasti puas hati. Anak2 pun dapat makan burger yang lebih berkhasiat. Sebab kita masak sendiri..betul tak? Kalau rajin boleh buat kecil2 macam begedil, untuk memudahkan anak kecil makan. Nak lagi senang, dah siap buat kecil2..letak dalam freezer..so bila2 rasa nak masak, kita boleh masak. Makan dengan nasi pun boleh.


Bahan - Bahan Homemade Burger Bakar (4 orang makan) :

Daging Lembu - 400gm (beli daging kisar Ramli pun boleh)
Serbuk Jintan Putih - 1 sudu kecil
Serbuk Kayu Manis - 1 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam - 1 sudu kecil
Bawang Putih - 3 ulas
Garam - Secubit
Serbuk Lada Putih - Secubit (secubit untuk daging, secubit lagi letakkan di kuning telur)
Kuning Telur - 2 biji
Serbuk Roti - 5 sudu besar (warna putih)
4 Keping Chesdale
Salat (potong halus)
Roti Burger


Cara - Cara Homemade Burger Bakar (4 orang makan) :

1) Kisarkan Daging Lembu, Serbuk Lada Putih, Serbuk Jintan Putih, Serbuk Lada Hitam, Serbuk Kayu Manis dan Bawang Putih di dalam pengisar sehingga halus dan serata. 

2) Ambil Kuning Telur dan Serbuk Lada Putih, gaul sehingga rata.

3) Bentukkan adunan menjadi ‘Patty’ burger, celupkan dengan Kuning Telur dan salutkan bahagian atas dan bawah burger dengan Serbuk Roti.

4) Masak burger selama 6 minit setiap bahagian atau sehingga masak.

5)1 minit sebelum angkat burger, letakkan chesdale dan tutup burger tersebut dengan menutup periuk. Bila cheese sedikit cair baru tutup api.


*P/S :  Masak dengan api yang pelan dan jangan terlalu lama. Kalau api kuat nanti isi luar hitam..isi dalam mentah. Kalau masak terlalu lama, daging akan menjadi kering.



Senang je kan? Jom cuma sendiri Resepi Homemade Burger Bakar Sedap Dan Mudah ^__^

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil
NoHP : 017-5657552 (WhatsApp / SMS)
COD : Medan Gopeng, Ipoh Perak

Friday, October 24, 2014

3 Tips Mudah Untuk Murah Rezeki

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami kesempitan wang atau yang menjalankan perniagaan tetapi tiada "sale" untuk tempoh beberapa hari. Pelbagai cara dah dibuat, tapi masih belum mendapat apa yang diingini. So hari ni saya nak share sedikit 3 Tips Mudah Untuk Murah Rezeki. Saya dapat dari blog AkuIslam dan saya share serba sedikit apa yang saya amalkan. Apa yang penting, kita kena sentiasa ingat bahawa Rezeki Kita, Allah Yang Pegang. Yakin dengan Rezeki dari Allah.


3 Tips Mudah Untuk Murah Rezeki

1. Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? ;)

Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

2. Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”


3. Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Doa Solat Dhuha :




Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”


Selain dari 3 Tips Mudah Untuk Murah Rezeki yang saya share di atas. Saya nak share lagi sedikit. Cuba anda amalkan membaca surah al-waqiah setiap malam. InsyaAllah, Murah Rezeki anda. Surah ni adalah surah yang paling saya suka sangat. Ingat lagi dulu arwah mak saya selalu pesan, kalau nak murah rezeki amalkan surah ni setiap hari. 

Alhamdulillah jika saya membaca surah ni selepas solat Isyak, keesokkan harinya saya mesti akan dapat "sale" atau rezeki lain yang tidak diduga. Hebat sungguh rezeki dari Allah. 

Sebelum mengakhiri, ingin saya nyatakan bahawa diatas adalah apa yang saya telah lalui.. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dicatatkan dibahagian komen dibawah.

Sharing Is Caring ^__^


** Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian bersama**


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Wednesday, October 22, 2014

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga

Saya nak tanye, korang selalu tak bergambar bersama keluarga? Bestkan bergambar bersama keluarga. Tapi rasa2nye senang ke tidak nak bergambar bersama keluarga? hahahha..mesti macam2 bermain difikirankan? Hebat tak cabaran nak bergambar bersama keluarga? kekeke...


Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
Jangan ambil gambar saya.

Bila tengok gambar orang lain bukan main cantik lagi kan? So kita bersama suami dan anak2 nak lah juga bergambar bersama. Kadang tu bila mak ayah dah ok..anak2 pula tak ok. Bila anak2 ok..mak ayah pulak gambar tak berapa nak cun dan hensem..ahaks!

So banyak kali jugalah tangkap untuk dapatkan hasil yang mantop ala2 gambar model gitu. Tapi disebalik gambar yang cantik tu..cabarannya bukan main hebat lagi. Kalau anak sorang, kita melayan sorang anak tu jelah..kalau dah 2..3..4 orang. Rasa2nye?? hahaaaa....sape yang ada anak lebih dari sorang je faham kan? Saya yang baru 2 ni pun, kekeke...nak tangkap gambor pun dah macam berperang.

Bukan apa, kadang anak ni penat..so diorg malaslah nak layan mak ayah yang nak bergambar ni. Kalau yang kecil tu biasalah, habis2 pun menangis je. Yang besar lagi hebat cabarannya. Siap tak mo pandang camera atau buat muka bikin hati mak panas..hahahaha..alahai anak2 bijak ni.

Tengoklah dunia sebenar disebalik bergambar bersama keluarga seperti gambar dibawah ni ;)

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
 Qaireen tak nak tangkap gambar..tak nak..tak nak..tak nak........
(Muka mak ayah dah menten lawa sambil menahan kesabaran)


Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga
Qaireen tak nak kawan baba, mama dengan Hasya!
(mak cuba pujuk tapi anak tak makan saman)

Haaaa tu dia..lakonan anak bijak ku. Lepas je habis bergambar..terus mood ok. Allahuakbar sabor jelah..hehee. Budak2 yang umur sebaya dengan Qaireen ni tengah fasa Tantrum. So kami layankan ajer, cara terbaik kami lebih banyak mendiamkan diri. Kalau dilayan lagi hebat aktifnya..hahaha.

Dunia Sebenar Disebalik Bergambar Bersama Keluarga

Kan best kalau dapat bergambar bersama keluar macam ni. Actually gambar ni pun entah gambar yang ke berapa pun tak tahu lah :P


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Sunday, October 19, 2014

Tanam Pokok Bunga Terapi Minda Paling Bagus

Setiap orang dalam dunia ni tak sama, ada yang perangai macam tu..ada yang perangai macam ni. Macam tu juga minat atau hobi seseorang. Ada orang suka buat gitu..dan ada pula yang suka buat gini..hehee. Biasanya korang kalau bosan2 dekat rumah buat apa yek? Atau pun kalau nak rehatkan minda, kot2 tengah stress ke? Saya ni sejak dah ada anak..cara nak rehatkan badan dengan tidur jelah..muahahaha.. (jujur tak?). Tapi masa dulu, masa sekolah n zaman anak dara..saya ni suka tanam pokok bunga. Suka sangat menanam tau. Mungkin dah biasa, sebab arwah mak ayah pun "kaki taman pokok bunga" gak.


Best tau kalau kita dapat tanam pokok bunga ni, rasa tenangggg je. At the same time kita dapat keluarkan peluh gak. Dulu masa sekolah2 kan..masa tu kami duduk di Klang..so dekat rumah memang banyak pokok bunga. Kitorg selalu beli dekat Sungai Buloh, dekat Hospital Kusta Sungai Buloh. Tak tahu lah ada lagi ke idak sekarang ni? Last gi sana tahun 1997. 

Kalau dekat depan rumah bersepah dengan daun2 kering, saya rajin sangat tolong arwah ayah kemaskan halaman rumah. Pastu tolong cangkul, buang rumput2, belakang rumah pula ada tanam sayur2 n ulam2. Waktu petang balik sekolah saya sibuklah gi belakang rumah sebab nak petik sayur atau ulam. (Ok rajin gak aku ni sebenarnya)

Tapi sejak dah kawin ni..kenapalah jadi bertambah "rajin". 1 jenis pokok bunga pun tak de dekat rumah. Harapkan pasu bunga je yang ada..hahahaha. Tapi tak pe, saya dah nekad ni..nanti tahun depan pindah rumah baru saya nak mula menanam. Mula2 sekali nak tanam daun kari, daun pandan, cili api, dan lain2 benda yg kecil2 lah..senang! Tak payah nak beli..ambil dekat luar rumah je.

Kenapa saya suka tanam pokok bunga? Pernah dengar tak kalau berjasa dengan tanah akan membuahkan hasil. Selain itu kalau korang nak tahu gak, tanam pokok bunga ni adalah salah satu terapi minda yang paling bagus.Nak..nak....tangan saya ni "sejuk" so InsyaAllah kalau tanam apa2 menjadi.



Bayangkan kita ni stress dengan kerja..bila stress kita kena tengok benda2 hijau kan? Pastu kita keluar rumah tengok hijau penuh dihalaman rumah kita. Sambil minum petang bersama family, pastu anak2 main2 dihalaman rumah. Rasa nyaman je kan? Rasa tenang je kan? (tengah terbanyang taman yang indah sekarang ni)




Tak perlu susah payah nak keluar gi mana2. Nak pula kalau tanam pokok bunga, dari benih yang tak de apa2..lepas tu dah tumbuh jadi bunga yang cantik sangat. Idak pun taman pokok2 yang banyak dauh hijau..tu best gak..ala2 mini garden gitu....bestnye rasa!!! Pokok2 ni benda hidup, so kalau kita rajin bersembang dengan "dia". Nanti pokok2 ni mesti cepat "gemuk" dan berkembang mekar.. 

Sambil tanam, sambil keluarkan peluh, sambil merehatkan minda untuk dijadikan terapi. ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng


Friday, October 17, 2014

2 Tips Mudah Untuk Ibu Malas Nak Mengemas Rumah

Bacaan ini khas untuk ibu yang busy, yang merasakan dirinya ada 20jam sahaja sehari. ha..ha.... Lagi sesuai untuk ibu - ibu yang malas nak mengemas rumah. Nak pula anak makin membesar. Sel - sel otak anak kita tengah berhubung dengan hebat dan aktifnya. So kita sebagai ibu kalau boleh, jangan keluarkan perkataan 'JANGAN' dekat anak - anak. Biasanya kalau kita cakap jangan..lagi dia buat. So kita cakap yang baik - baik je..heee

nak makan sendiri, tak nak orang suapkan

23hb ni Hasya akan berusia 1 tahun 2 bulan. Haaaa kecil lagi Hasya ni. Tapi semua nak buat sendiri. Pastu gigi pun dah penuh. Atas dah ada 8 batang gigi, bawah pun dah ada 8 batang gigi. Termasuk gigi geraham 4 batang. Tu dia...anak - anak saya memenag jenis cepat tumbuh gigi. Tapi lambat nak berjalan. Hasya ni lagi lah lambat, sebab terlebih manja dan mengada kuasa 2..hehee..Hasya seorang yang gayat sebenarnye. Nak bawa jalan - jalan naik motor pun dia takut. Emmmm..mama redha jelah.

Bila tengok Hasya makan memang seronok sangat. Sebab dia tak memilih, semua yang kita bagi dia bedal je. Pastu nak makan sendiri. Tak kiranlah dekat mana sekali pun. Pegi kedai pun nak makan sendiri gak. Saya ni setiap kali balik dari kedai  makan, saya mesti minta maaf dekat tokey kedai tu. Sebab tempat kami paling hebat "kemas"nye..hahahaha.

Kalau dekat rumah memamg letih gak. Nak pula lepas makan Hasya merangkak satu rumah. Nasi dah melekat - lekat dekat lantai. Alahai bercintanyeeeeeeee.......

So apa yang saya buat?

1) Sediakan mangkuk atau bekas untuk kutip nasi yang bertaburan.

Bila ada nasi bertabur, ibu - ibu kutip nasi tu dan masukkan ke dalam bekas. Kalau ada sampah pun boleh kutip gak. Senang kerja..2 dalam 1. Bak kata suami saya, orang malas memang banyak idea. Kita akan cari idea paling hebat untuk memudahkan kerja kita..betul tak? 

Memang taklah setiap kali anak makan, kita nak sapu, nak mop satu rumah..ohhhh banyak lagi kerja lain nak buat dek non..kekeke.


2) Sediakan Kain Lap dan Basic H (Spray) 

Saya guna 2 ni je untuk lap lantai yang dah melekit, lantai yang dah berminyak dan sewaktu dengannye. Tingkap berhabuk ke, dapur berminyak, lantai berkerak..semua saya guna Basic H (klik disini). Ni cara paling hebat untuk ibu malas nak mengemas rumah..(macam saya..hikhik)

debabnye jari jemari ku


 i) Langkah Petama - Spray Basic H dekat tempat yang berminyak atau melekit
ii) Langkah Kedua - Lap je dengan kain
iii) Siap! hilang minyak dan melekit ;)

Kalau anda tak percaya, cuba try. Serius best! Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal Basic H boleh layari blog Shaklee saya mamaqaireen.com atau KLIK DISINI.

So itu sajelah 2 Tips Mudah Untuk Ibu Malas Nak Mengemas Rumah ^__^

Berminat unutk membeli barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya ,


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Bila Anak Demam dan Bapa Demam, Ibu Pula?

Ibu dan bapa mana yang tak risau kalau anak demam betul tak? Ok kisah seharian hari ni..tapi bermula dari semalam 15hb Oktober (sekarang dah 2am 17hb). Lepas ambil Qaireen dari school, saya bawa anak2 pergi ke JJ. Nak beli barang sikit..barang - barang dekat rumah banyak dah habis. So dah alang2 keluar, kami pun pergilah lunch. Masa lunch tu Qaireen memang tak aktif macam biasa. Dia kata penat, so saya suruh dia tidur jelah dekat stroller (tak larat woooo nak dukung dia)



Nak dipendekkan cerita, rupa2nya Qaireen demam. Sampai je dekat rumah check suhu badan dah 39.5. Qaireen ni kalau demam mmg selalu tinggi. Mungkin bakteria yang menyerang dia jenis super dooper kuat kot. So antibodi pun kenalah naikkan suhu sampai macam tu punye tinggi..sebab nak lawan kan? Sebab dah tinggi sangat saya pun bagilah ubat demam. Sebelum makan ubat demam bagi dia fresh milk + Mealshake Shaklee (boleh klik disini) Pastu dia pun tidur sampai ke petang.

Bila baba Qaireen balik, check suhu makin naik pula..dah sampai 40.1....apa lagi..melompatah kami. Tepaksa juga ambil ubat ponggong tu. Pastu terus mandikan dia dan basahkan kepala dia dengan ais. Alhamdulillah pelan2 suhu turun..sehingga 38.8..

Yang bestnye..malam tu saya punyelah sakit kepala. So baba Qaireen yang jaga anak2. Sampailah dia pun terkena tempias anak. Subuh tadi 16hb Oktober..tiba2 pula Qaireen cirit. (cirit pulakkkk kann?) Seharian dalam 4x juga.

Qaireen tak bagi mama ambil gambar dia, dia tak nak makan Vitamin C doktor bagi..
katenye tak sedap..Chew Vitamin C Shaklee nak pulak makan..sekali 2 biji masuk dalam mulut.

Petang lepas baba Qaireen balik kerja, kami pun siap2lah untuk ke klinik. Tapi dsebabkan baba demam,  kami pun keluar rumah lepas Maghrib. Baba Qaireen tak larat sangat nak drive. Sian baba. Tapi baba Qaireen ni "degil" suruh makan ubat tak nak..last2 dia ambil 1 sachet Nutriferon (klik disini) dengan 2 biji Garlic (klik disini). Oklah, dah jual Shaklee mestilah ambil Shaklee kan?? ;)

Sekarang ni dekat rumah..Hasya Alhmadulillah sihat..mama Qaireen pula dah mula rasa macam ting tonggggg..hahahaha...macam ni lah kalau anak demam, nak pula sekarang ni Qaireen siap sakit perut dengan cirit lagi. Biasanya Mama dengan baba mesti akan demam sekali. Tapi selalunye jadi orang yang terakhir dekat dalam rumah lah..hehee. Tapi kalau boleh tak nak lah demam sekali. Segala suplemen saya dah ambil. Orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau dah sakit..kenalah ambil ubat..nanti lain pula jadinya.

Tapi dalam dok ting tong ni..masih sempat update blog, kekekeke..actually tengah tunggu kul 2.30am ni. Nak bagi Qaireen makan ubat. So dari tak buat apa, baik update.

Esok pagi nak bagi Qaireen minum Nutriferon. Nasib dia suka dengan Nutriferon ni. Ubat teh katenye...hehee.

Harap2 mereka berdua cepat sembuh, hari Sabtu ada kenduri akad nikah di Kedah..alahaiiii....susah hati tau..hukhuk..

Klah..itu saje coretan subuh ni..bila anak demam dan bapa demam.

Bai....  ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Wednesday, October 15, 2014

Bila Anak Bijak Dah Pandai Bercakap

Setiap ibubapa mesti inginkan anak yang sihat dan bijak betul tak? Daripada mengandung lagi kita akan berdoa dengan Allah semoga anak yang kita kandungkan tu menjadi anak yang soleh / solehah, sihat dan bijak. Masa mengandung pelbagai surah yang kita boleh amalkan. Macam saya dulu, saya amalkan membaca buku arwah nenek Qaireen. Anda boleh KLIK DISINI untuk melihat beberapa surah yang elok anda amalkan ketika mengandung.


Apa yang saya nak cerita hari ni..pasal anak saya yang sulung tu Qaireen. Sekarang ni dia dah 4 tahun. Ingat lagi blog ni mula dibuat masa tu umur dia baru 4 bulan rasanya..hehee. Cepatnyelah hai masa berlalau. Sekarang Qaireen dah sekolah. Memag nak dia sekolah umur 4 tahun pun. Duduk rumah pun bukan buat apa. Sekurang2nya dia pergi ke sekolah, dia dapat berkawan dengan ramai orang. So dia tak lah bosan sangat kan?

Tengok Qaireen pakai tudung? aduyaiii......hahhahaha

Si Qaireen ni dia memang suka kacau adik dia tau. So 2 hari lepas..lepas dia tengok Hi5 masa tu Hi5 tengah nyanyi lagi Dinosaur. Lepas je habis lagu tu..dia menyakat adik dia. Siap buat gaya ala2 macam Dinosaur siap dengan suara garau lagi. (bertuah betul tau..nak marah, tapi nak tergelak pun ada). 

Masa tu saya ada dekat bilik belakang nak iron baju. Sampai ke belakang adik dia merangkak sebab takut dekat kakak..hehee. Pastu dengan muka tak bersalah Qaireen cakap.......

Qaireen : Mama, Qaireen jadi Dinosaur..warghhhhh!!!

Mama : Kakak, adik takut..kesian dekat adik..taknak lah buat macam tu.

Qaireen : Warghhhhhhh! Warghhhhhhh!

Mama : Ok kalau kakak jadi Dinosaur, mama jadi Giant!

Qaireen : Kalau mama jadi Giant..mama tak boleh masuk dalam rumah. (dengan bangganye nak bagi tahu dia lagi berkuasa)

Mama : * terdiam sambil ada bunyi dekat belakang telinga krik..krik..krik..krik....
Mama : Tak pelah mama tak boleh masuk rumah, mama duduk luar rumah..pastu mama intai kakak dekat tingkap..pastu mama cakap "hai kakak, tengah buat apa tu?"

Qaireen : *terus menangis..TAK NAK!!!!!!

Mama : hhahahahahaha...

Tengoklah si Qaireen tu..bukan main lagi dia menjawab kan? Camne pulaklah dia boleh dapat idea nak cakap macam tu? Saborrrr jelah..hahahha

Last2 kita sebagai mak, apa yang boleh cakap..... "anak bijak memang macam tu" ;)

Ok ni saya kongsikan bersama 20 Tips Mendidik Anak Bijak Cemerlang

Lepas ni giliran Hasya pula, sekarang ni umur baru nak masuk 1 tahun 2 bulan pun..dah nampak hebatnye..jalan pun belum lagi. Alamakkk lagi lambat jalan, lagi panjanggggggg akalnye!kekekeke...

Pengsan~~~~ ^_^


Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng

Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Semua Bayi Dilahirkan Kena Bagi Susuibu?

Tahukah anda kenapa kita sebagai ibu perlu menyusukan bayi kita selepas dilahiran dengan susuibu? Susuibu adalah hadiah yang terbaik untuk bayi anda. Lepas mereka dilahirkan, anda tak perlu untuk belanja banyak wang untuk mendapakan susu. Semuanya telah tersedia..dah ada dekat badan kita.

Ok secara fitrahnya bayi masa dalam perut, mereka akan mendengar  denyutan jantung dari ibu, so mereka akan rasa tenang.  Lepas tu mereka akan rasa nyaman sangat seperti dipeluk dengan penuh kasih sayang. Malah setiap bayi juga diberikan kebolehan membuka mulut dan menghisap jari daripada dalam kandungan lagi.


Lihatlah betapa tenangnya bahagianya mereka berdua

Oleh yang demikian, setelah bayi dilahirkan (sekiranya bayi tersebut sihat dan cukup matang) mereka dah boleh terus menyusu tanpa sebarang masalah. Cuba anda letak bayi tersebut di atas badan anda, selepas bersalin. Secara automatiknya bayi anda dengan sendirinya akan mencari payudaya anda untuk hisap susu. Hebatkan? ;)

Maka disebabkan itulah semua bayi yang telah dilahikan kena beri susuibu. Cuba banyangkan selepas bayi anda dilahirkan, anda biarkan saje bayi anda tanpa dipeluk, tanpa disusu, tanpa didakap, tanpa diusap..kesian bayi anda. Betul tak? Selama 9 bulan mereka "dah terbiasa" dengan keadaan yang nyaman, gelap dan tenang di dalam rahim. Tiba2 bila lahir semuanya berubah. Bising, cerah, sejuk, panas dan macam2 lagi. Maka belailan bayi anda dan susuilah bayi anda.

Cumanya, kadang2 tu bila bayi baru lahir sentiasa menangis, mereka bukannya mahukan minum susu sahaja. Tetapi mereka inginkan belaian dari seorang ibu. Maka, ibu dalam pantang jangan cepat susah hati k. Apa yang penting! Dalam masa 1jam bayi dilahirkan..cepat2 susuikan bayi anda. Beri bayi anda kolstrum (klik sini)Terlalu banyak khasiat di dalam kolostrum susuibu.

Tahukan Anda?
Artifak2 yang dijumpai semasa zaman Babylon menunjukkan, penyusuan ibu dipandang tinggi oleh masyarakat itu. Dewi2 suci digambarkan sedang menyusukan anak menyusukan anak mereka.

Mamalia Dan Penyusuan

Manusia antara mamalia paling primitif semasa dilahirkan. Bayi manusia tidak perlu terus berjalan ataupun menjaga diri sendiri. Mereka juga memerlukan susu tinggi lemak dan protein bagi mengimbangkan suhu badan dan memperkuatkan otot, kerana bayi manusia dijaga dengan baik slepas lahir.

Perkara yang lebih penting adalah pembentukan otak. Dua tahum pertama selepas kelahiran adalah tempoh kritikal bagi perkembangan otak yang optimum. Susu ibu mengandungi asid lemak dan laktosa yang sangat penting demi pertumbuhan otak bayi.

Info Mamalia Dan Penyusuan




Fitrah semua 5000 spesies mamalia menyusukan anaknya sendiri. Contohnya, protein tinggi yang terkandung dalam penting bagi membentuk otot anak lembu yang terus berjalan selepas dilahirkan.



Ikan paus menyusukan anaknya di dasar laut. Kelenjar susunya tersorok di dalam lapisan lemak yang tebal dan kandungan susunya sangat tinggi dengan lemak yang pekat seperti ubat gigi.



Platipus ialah sejenis mamalia yang menyerupai itik dan tidak mempunyai payudara ataupun puting susu. Anak Platipus menyusu dengan menjilat susu daripada kelnjar susu yang terletak di bawah kulit dan bulu ibunya.

Maka dengan ini, anda faham kan..kenapa semua bayi dilahirkan kena bagi susuibu? Sebagai seorang ibu, secara fitrahnya wajiblah kita menyusukan bayi kita selepas dilahirkan dan sekurang2nya 6 bulan pertama selepas itu diteruskan sehingga 2 tahun.





Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
mamaqaireen.com (blog shaklee)
COD : KFC Medan Gopeng


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...