MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, April 12, 2014

Resepi Puri Keledek Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas.



Pejam celik..pejam celik..Hasya dah 7 bulan. Bila dah 7 bulan, maka Hasya pun dah boleh mula dengan solid food.

Tapi untuk anak saya yang no 2 ni, saya mula solid food lambat sikit. Bukan apa..mama malas malas!hahahaha...

Ok..berbalik semua berkenaan dengan solid food. Biasanye mula2 saya akan buat bubur nasi kosong. Nak biasakan dia dengan solid food.


Lepas tu saya buatkan puri keledek purple. Sedap tau keledek ni, susah sangat nak dapat. Kadang tu sampai ke Cameron cari keledek purple.

Masa nak buat puri Hasya ni, berapa banyak gak saya makan, sambil - sambil...hehee.


OK, Resepinye....



1) Buang kulit dan potong kecil - kecil. Lepas tu kukus. 



2) Saya ni malas nak pakai periuk kukus..so saya buat macam tu je. Isi air..lepas tu letak penapis. biar sehingga mendidih. 




3) Lepas dah mendidih biarkan keledek tu dalam 5 minit. bergantung pada kita juga. Besar mana kita potong keledek tu. Sebabnya, keledek tu agak keras juga. Kalau nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu pastu cuba cucuk.




4) Akhir sekali kita kisarlah semua keledek tu..kalau rasa blander tu macam malu - malu je nak bergerak, tambah air masak sikit.




5) Dah siap puri keledek..bolehlah letak dalam bekas makanan bayi. Lepas tu letak dalam freezer. boleh tahan untuk 1 minggu, tak lah penat nak masak setiap hari. 

Nak makan, panas kan sahaja. Senang kan? 

Selamat mencuba ^_^

1 comment:

  1. info best..boleh buat koleksi..hihi
    jemput singgah blog saya..
    www.nutriemom.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...