MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, April 7, 2011

TIDAK SEMUA IBU MAMPU MENYUSUKAN BAYINYA...JANGAN KECEWA

Mama tak nafikan..tak semua ibu dapat menyusukan bayi mereka dengan jayanya..Ada beberapa kes yang mana penyusuan susu ibu gagal..atau ada yang hanya bertahan beberapa hari atau beberapa bulan sahaja...Jangan kecewa..anda dah lakukan yang terbaik.. tetapi apa kata kita baca faktor2 yang mempengaruhinya dan apa yang boleh anda lakukan..org kata usaha dahulu kemudian berdoa dan bertawakal..Jika sudah usaha sebaik mungkin..masih tiada susu ibu.....itu yg dinamakan tiada rezeki...

Sumber asal : Di sini..Thanks to MommyLyna..Jom baca...

Secara lumrahnya, setiap wanita mampu menyusukan bayinya dengan susu ibu, namun tetap terdapat kes yang mana si ibu tidak dapat menyusukan anaknya:
FAKTOR IBU:
  • Menghidap PCOS
  • Mempunyai masalah tiroid
  • Terlalu obes
  • Terlalu stress
  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)
  • Pernah menjalani pembedahan payudara
  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)
  • Mengambil ubat-ubatan berasaskan estrogen
  • Menghadapi masalah kecelaruan hormon
FAKTOR BAYI:
  • Tidak pandai melekap (latch) dengan betul
  • Mempunyai masalah tounge-tie
  • Terlalu lemah untuk menyusu
IBU YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK TAPI SEBENARNYA BOLEH:
  • Mempunyai inverted nipple
  • Tidak mengeluarkan susu pada awal kelahiran
  • Puting buta
  • Bayi tidak mahu menghisap di payudara
Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah di atas mempunyai penyelesaian, dan ramai ibu yang menghidapi PCOS, tiroid, malah hypoplastic breast berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, yakni susu mereka sendiri.
Malah kebanyakan ibu yang menghadapi masalah ini sebenarnya bukan bermasalah dari segi penghasilan, tetapi pengeluaran. Maksudnya ibu itu menghasilkan susu yang banyak, tetapi cara untuk mengeluarkan susu yang tidak berkesan, menyebabkan susu tidak dapat keluar banya, sekaligus ibu merasakan dirinya tidak cukup susu. Apa yang menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan efektif?

  • Bayi yang tidak dapat menghidap dengan betul – mengalami masalah latching,.
  • Teknik mengepam yang tidak betul – tak kiralah berapa mahal atau hospital grade-nya sesebuah pam susu itu, teknik mengepam yang salah menjadikan susu ibu tidak dapat keluar dengan sempurna sekaligus mengosongkan payudara.
  • Ibu tidak mengalami let down – kemungkinan disebabkan kekurangan hormon oxytocin akibat stress. Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan stress : stress sebab sakit bersalin, stress dalam pantang,postnatal depression, stress mahu menyusukan bayi dan sebagainya.
  • Ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap – bayi tidur terlalu lama menyebabkan ibu membiarkan payudaranya tanpa rangsangan.
Apa yang perlu dibuat sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu?
  1. Kenali masalah diri. Setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian. Misalnya ibu tidak dapat menyusukan anak kerana masalah stress, maka penyelesaiannya ialah ibu perlu lebih bertenang. Jika stress adalah kerana kekurangan B-Complex maka ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan B-complex atau supplement. Jika ibu tidak dapat menyusu kerana tiada duktus susu, kemungkinan untuk ibu menyusukan bayi dengan susunya sendiri adalah amat tipis.
  2. Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susu ibu. Adalah lebih baik jika seseorang ibu mendapatkan khidmat nasihat dari Kaunselor Laktasi bertauliah, diikuti sokongan daripada rakan-rakan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Di dalam kumpulan ini biasanya terdapat ibu yang mengalami masalah seperti PCOS, tiroid, exclusive pumper, malah mempunyai masalah yang kita rasa tak logik untuk berjaya menyusukan anak.
  3. Kembali kepada Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya. Apabila Allah menyuruh seseorang ibu menyusukan bayinya (disebut beberapa kali dalam al-Quran), namun apabila terdapat halangan, mengadulah kepada-Nya dengan seikhlas hati. Menyusukan anak bukan suatu ego yang mesti dipertahankan, malah menganggapnya satu ibadah dan lakukannya dengan rendah hati demi memberi makanan terbaik untuk bayi kita.
  4. Mendapatkan ibu susuan (jika mahu). Mengikut urutan, susu yang terbaik adalah susu ibu (direct feeding), diikuti susu ibu yang diperah dan susu ibu lain (ibu susuan).
Semoga apa yang dikongsikan disini dapat memberi sedikit sebanyak semangat dan inspirasi buat ibu2 di luar sana dalam mengharungi cabaran dan perjuangan penyusuan susu ibu... InsyaAllah...
credit * kak cery

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...