MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, April 11, 2011

MAKANAN TAK SEIMBANG PUNCA LEMAH DALAM PELAJARAN?

Tahukah anda bahawa selain dari fokus dalam pelajaran, belajar secara ‘smart’, nutrisi adalah penting dalam perkembangan otak sekaligus kecemerlangan akademik?
Selain dari memberi otak ‘makan’ dari segi ‘aktiviti belajar’ otak juga memerlukan makanan bagi membolehkannya ‘hidup’ dan bekerja dengan baik.
Setiap aktiviti kita – belajar, bekerja, malah menguruskan rumahtangga adalah tugas mental dan fizikal. Sebagaimana mental kita berfikiran “Mesti boleh!”, fizikal kita juga harus diberikan suapan agar ia “boleh” bekerja. Cara untuk menjamin kesihatan fizikal ialah – MBRB – Makan, Bersenam, Rehat, Bermain.
Konsep Sebenar MBRB
Makan – Makan sihat, bukan makan banyak atau makan sedap. Adakah anda pasti anda makan sihat? Biasa kan kita suka makan banyak2, dan sedap2.. tapi adakah sihat?
makanan sihat
Bersenam – aktiviti fizikal yang biasa pun boleh dikira bersenam seperti berjalan, naik turun tangga…
Rehat – Rehat tu satu kemestian untuk recharge kembali tubuh kita. Tapi bukan rehat melampau yaaaa
Bermain – Bermain bukan lah bersukan semata… ia termasuk aktiviti leisure yang membuatkan kita relaks, misalnya main games di FaceBook bersama2 kawan2.. boleh bersosial sekali. Cuma jgn ketagih sudah
Jadi, apakah pemakanan yang disyorkan untuk otak sekaligus membantu kecemerlangan dalam peperiksaan?
  • PROTEIN – untuk tenaga (supaya boleh belajar dengan lebih tekun) dan membina sel2 terutama sel dalam otak
  • VITA-LEA – bekalan vitamin dan mineral lengkap
  • VITA C – badan yang sihat, imuniti tinggi supaya tak mudah sakit. Bila sakit kan susah nak belajar
  • B COMPLEX – menukarkan makanan kepada tenaga (takde penat2 nak study), kurangkan stress, tingkatkan kosentrasi belajar, hantar oksigen ke otak..
  • LECITHIN – penting untuk penghantaran isyarat ke otak
Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah anak2 yang lemah dalam pelajaran, cuba perhatikan diet anak2… apakah anak2 lebih suka makan junk food dari makanan sihat? Adakah anak anda mendapat makanan seimbang?
Sekiranya anda pelajar kolej/universiti yang menghadapi masalah untuk belajar, cuba tengok semula pemakanan harian anda.
Dapatkan nutrisi yang tepat dan selamat berjaya dengan cemerlang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...