Mama kongsikan kisah ni bersama anda semua :
_______________________________________________________

Kaok Roka: Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah.
Foto : Tha Sophat menyusu susu lembu (AP)
Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.
Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.
Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak
di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.

Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.
Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria. -GB
sedihnya..
ReplyDeletekadang, pd usia tu, anak menyusu bukan sebab nak susu sgt, tapi sebab nak bonding..alahai..patutnya, carilah kut ada ibu susuan yg boleh nyusukan si anak..rasa dh rendah sgt moral manusia..
betul tu..dia nak kan bonding..sedih kan!!
ReplyDeletebf mommies mesti nangis bila tgk kisah ni kan. saya tak sanggup nak tengok masa siar kat buletin tv3 haritu. rasanya patut jadi pengajaran buat semua kaum ibu ni.
ReplyDelete