MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Saturday, December 24, 2011

KEPENTINGAN OMEGA 3 DHA dan EPA PADA KANDUNGAN DAN KANAK - KANAK


Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan 

Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina(mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
sumber: here



Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Friday, December 23, 2011

Testimoni ~ Masalah kulit kronik, berjerawat menanah akibat resdung.. jom baca kisah Aizat





Buat pengetahuan semua, gambar diatas adalah gambar adik Iffa sendiri, Aizat namanya. Adik iffa mengalami alahan kulit yang sangat teruk sehingga menyebabkan mukanya dan beberapa bahagian kulit di kaki di tumbuhi jerawat yang besar dan menanah.  Masih Iffa ingat, Aizat pernah berselipar ke sekolah kerana tidak boleh menyarungkan kasut sekolah akibat nanah di kaki yang sgt teruk dan berbau. Jika dilihat memang rasa geli tapi Iffa sangat bersimpati dan runsing kerana ia menganggu Aizat yang ketika itu sedang menumpukan perhatian di Sekolah sebagai pelajar Ting 5. 
Pelbagai rawatan modern telah dibuat, ubat dimakan kesannya berkurang tetapi bila habis ubatnya, kembali seperti biasa.. Kata doctor kerana sinus a.k.a resdung. iffa juga pernah membawa Aizat untuk berbekam membuang darah kotor.. kasihan rasanya ditoreh2 dibahagian jerawat itu..bagi yang tidak pernah berbekam pasti ngeri melihatnya. Namun alhamdulillah, Iffa berjaya mencari penawar buat adik Iffa. 
Kerana yakin keberkesanan produk Shaklee Iffa telah susunkan jadual pemakanan untuk adik bagi beberapa produk tertentu. Apakah produk-produknya? Bagi masalah kulit seperti Aizat (Berjerawat, nanah/resdung dan berminyak serta sensitif), Ini adalah Supplement yang Iffa syorkan buat anda:
  • Shaklee Vita - C
  • Shaklee Vita - E
  • Shaklee Alfalfa Complex
  • Shaklee Vanilla Meal Shake
Berapa lama masa diambil utk menampakkan kesan? Bagi Aizat, bulan pertama mengambil Set diatas telah mula memberikan kesan positif dimana, kulit yang bernanah mulai kering. Kini Aizat telah consume Meal Shake untuk bulan ke-3 (3 canister) dan kulit Aizat semakin cerah (tidak lagi kusam), semakin licin, tidak lagi tumbuh jerawat (jika ada sgt terkawal katanya pada Iffa ketika berjumpanya baru-baru ini). Makin ramailah girlfriend yang datang kan adik sayang...Hati - Hati ya =)
________________________________________________



Harga? bagi mereka yang inginkan set EXCLUSIVE ini, message saya di FB atau email di admin@mamaqaireen.com or 017-5657552. 

_____________________________________________________________
Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Thursday, December 22, 2011

BERPANTANG DENGAN SHAKLEE LEBIH MUDAH DAN LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH


Salam mommies...
Tengah mama "jalan2 mama terbaca dekat blog shabat shaklee mama Azlin. Jom mama nak kongsikan bersama anda semua.

Buat bakal ibu-ibu yang masih mencari-cari set berpantang, apa kata ikuti perkongsian mummy Merah & Sofia ni tentang Set Berpantang Euphoria (Shaklee) yang beliau ambil selepas bersalin Sofia. Perkongsian ekslusif setelah 4 bulan melahirkan Sofia. Alhamdulillah, Shaklee do help her confinement journey & her breastfeeding journey... Thanks Nurul for sharing. Jemput terjah blog Nurul for details.
perbezaan yang dapat mummy rasa drp bersalin merah 2 tahun yang lepas:

* lepas melahirkan mummy terus amek tablet zink..n mummy ikut schedule mcm alin beri.mkn ikut masa..n mummy rasa luka dalaman seminggu dah sembuh.kalau masa merah dulu 44 hari masih tak sembuh..siap jait semula lepas 44 ari..azabbb

masa bersalin kedua kali..aitu bersalin sofia,doktor ada cakap kat mummy masa jait tempat baby kuar.."awaknie jenis tak makan herba..tak makan pedas2 ek?"sebb tuh kulit awak sangat2 nipis n halus.kalau jait mmg lambat sembuh..n jaitan mudah terbuka semula kalau banyak bergerak".

masatuh mummy sangat takut kejadian jait 2x masa merah dulu, berulang..mmg ianya sangat sakit tuhan jer yang tahu..sampaikan mummy fobia nak bersalin semula..

bayangkan luka mummy sembuh dalam masa seminggu dengan tablet zink n vitamin C..mummy bleh bergerak dengan selesa. paling takut"sembelit"dah rasa masa merah dulu..mmg sakit sampai bleading. tapi utk kali ni..say no no no to "sembelit"..mummy juga tak tertekan handle sofia..walaupun sofia masa awal2 kelahiran selalu jer selesma n pernah addmit ward sbb ada jangkitan dalam paru2..(peunomenia)

mummy terpaksa duduk ward 3 hari..n rasa mmg penat..so mummy berpantang dengan shaklee set confiment aje dalam ward.dengan tablet B compleks mummy rasa lebih relex.

pada hari ke 3..dalam ward mummy dah start pump susu..n susu pun kuar ngan lancar walaupun masa 1st nak pump kuar cket tak sampai 0.5ozz.mummy keep pumping n malam mummy buat power pumpping.(memang malam mummy tak tido sbb berulang alik dr ward sofia ke ward mummy. kami tak duduk sama ward. sepatutnya mummy kena alik umah tp mummy minta ward sbb nak bg susu bdn pd sofia n selebihnya mummy pump wat stok) mummy ikut betul2 tips bf drp alin selepas beli set shaklee trial pek. semua sbb nak bg sofia minum... hanya ngan susu ibu.
masa mummy beli ada pertambahan 60biji alfafa.tapi mmg mummy tak ambil spjg pantang sbb takut anak kuning..tapi yang jelas sofia tak kena kuning langsung.tak mcm merah.
sekarang mmg mummy keep makan sbb betapa bertuah mummy masa dalam pantang ada adik mummy bagi full set shaklee sebagai hadiah bersalin=) syukur sangat=)

mummy teruskan makan vitamin sampai sekarang sbb untuk bertenaga sepanjang hari.kalau tak breastfeed n buat kerja2 pejabat, kerja2 umah mmg sangat meletihkan..now im keep healty with my shaklee product..



sebahagian stok susu sofia..tak muat peti 2pintu, sbb nak letak lauk mentah jugak so.. beli deep freezer..skang stok ada 400++ dalam both peti. harap2 janganlah takder letrik plak. semoga Allah mempermudahkan urusan penyusuan mummy. Dengan produk shaklee mummy leh pump ngan tenang walaupun menggunakan single pumping (madela swing)..

dulu masa merah mummy hanya dapat rotate yang fresh ajek n ada cketjer stok beku
tak sampai 30 botoln mummy agak tertekan pump sebabnya dok rushing pikir nak kumpul stok..tapi mujurlah merah dapat fully bf sampai 1 tahun 7 bulan..sebelum kumpul 30 botolnie mmg tak amek aper2 vitamin.badan sangat2 letih..alik kerja sik tido jerk.penat.hehe

Million thanks Nurul for sharing & review set breastfeeding n confinement shaklee =) Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik & dipermudahkan ur breastfeeding journey for lil genius Sofia... Pesan mummy Nurul untuk semua semoga dapat dijadikan teladan...

Bestkan? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubuh kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik. Set Percubaan C Euphoria @ set berpantang adalah untuk penggunaan 40 hari terdiri daripada...

  • Vitamin C: untuk menguatkan sistem imun melawan penyakit dan memelihara sel
  • B complex: melancarkan saraf, memberi kesegaran dan kecerdasan
  • Vitalea: menampung kekurangan nutrien dari menu harian, meningkatkan penyerapan zat dari makanan
  • Zink: membantu baik pulih badan, mengurangkan rambut gugur, mempercepatkan proses pemulihan
_______________________________________________________________

Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

Wednesday, December 21, 2011

Testimoni ~ Shaklee Fiber Melawaskan Sistem Penghadaman


Umum tahu fungsi Fiber yang seolah-olah seperti span (sponge) di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout), dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita.

Ikuti testimoni Puan Mai yang sangat gembira dengan kesan pengambilan Shaklee Fiber yang di ambilnya. Boleh baca kisah lanjut secara terus di blog Puan Mai, ya!
"Saya makan fiber 1 sudu teh dicampur dlm fresh milk before saya tidur. Nak tau apa effect nya? Tak sampai 12 jam pon selepas consume fiber, around 6AM pagi mmg perut dah bagi sign suruh saya bangun cari jamban,hhehe utk buang apa yang patut. Elok je nature call di pagi hari mcm Wake-Up Call la pulak."

*Credit to guide4goodhealth!


Inilah Shaklee Fiber Plan Unflavored yang dimaksudkan. Anggaran satu kanister boleh tahan sehingga 4-6 bulan, untuk kegunaan seorang dewasa. Berbaloi-baloi...

7 kebaikan Fiber :

  • Membantu detoks dan juga membantu bowel movement (usus mudah lawas) - Bowel movement ni penting utk kesihatan usus dlm badan. Tahukah anda jika diet harian anda rendah fiber, bahan2 makanan yg melekat didinding rektum tu akan berada disitu average dlm 3hari dan ada juga yg sehingga 14hari, dan kotoran itu lah menyebabkan toxic tinggi dlm badan dan seterusnya menyebabkan byk sebab2 penyakit seperti perut kembung,sembelit, jerawat, bau mulut, naik berat bdn, lesu, bla blabla. Sebab tu pengambilan makanan tinggi fiber penting utk memendekkan masa kotoran itu berada dlm badan.. Bagaimana? Begini.. Fiber akan serap,sedut, (mcm sponge)pelbagai jenis toxic tu dan seterusnya menyingkirkan kotoran itu dgn segera dari dlm badan.
  • Memerangi kanser -Pengambilan diet harian yg tinggi fiber juga membantu dlm menggalakkan bakteria yg 'baik' dlm isi perut, mengurangkan bahan2 yg menyebabkan cancer. Pakar2 bersetuju bahawa badan mudah mendapat cancer jika epidermin bdn kita terdedah terlalu lama dgn bahan menyebabkan kanser . Sebab tu fiber ni membantu secara tak langsung dalm memerangi kanser ( pendek kata berbaloi2 harga yg dilaburkan utk membeli Fiber ni) 
  • Membantu merendahkan kolestrol -
  • Mengawal paras gula - Water soluble fiber menghentikan secara langsung kenaikan paras gula/glukos, mengurakan perlunya insulin dan seterusnya membantu pesakit2 diabetis
  • Mengawal uric acid dlm badan - Sebab tu fiber ni penting bagi pesakit gout dan arthritis dimana penyakit2 tu berpunca daripada uric acid yg berlebihan .
  • Mengurangkan berat - Secara teorinya , fiber ni berfungsi menyerap cecair (mcm sponge) yg banyak dlm badan, Fiber juga memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan selera mkn.
  • Menggalakkan jantung yg sihat.
_____________________________________________________________
Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Tuesday, December 20, 2011

KURANG DARAH KETIKA HAMIL...BOLEH MEMBAWA MAUT


credit to MommaMia


Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
  • Anda mungkin mengalami keguguran
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan akan berkurangan
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
Cara Atasi:
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
________________________________________________
Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah.

Monday, December 19, 2011

RESEPI WANTAN HOR

Malam semalam kami sekeluarga makan Chinese Food..Wantan Hor.
Senang je masak Wantan Hor ni..kuah dia ala2 macam masak sayur campur je..cuma last sekali letak telur.

Gambar tak berapa jelas..mama guna camera hp je.

Bahan - Bahan : (4orang makan)
Kuey Teow
Kuey teow 1 paket
1 Sudu besar kicap pekat
2 Sudu besar kicap manis
1 Sudu besar sos tiram
2 Ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit lada sulah

Kuah 
3 Ulas bawang putih (kisar)
1 Ulas bawang merah (kisar)
1/2 Inci halia (kisar)
Isi ayam (kalau nak letak udang dan sotong pun boleh.)
Carrot, kobis bunga dan lain2 ikut selera masing2.
Fish ball dan fish kek.
1 Sudu besar sos tiram
1 Sudu besar sos ikan
1 Susu besar tepung jagung (bancuh dengan air 1 cawan)
1 Biji telur
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Kuey Teow
1) Panaskan minyak, lepas tu masukkan bawang putih. Bila dah sedikit kuning, masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
2) Bubuh dalam 4 pinggan yang berasingan.

Kuah
1) Panaskan minyak, tumis bahan2 yang di kisar sehingga naik bau. 
2) Masukkan ayam. Setelah separuh masak, masukkan pula fish ball dan fish kek. Jika terlalu kering tambah sedikit air dalam satu mangkuk.
3) Masukkan pula sayur, bila sayur dah masak separuh atau hampir masak. Bolehlah masukkan pula air.
4) Selepas mendidih bolehlah masukkan tepung jagung, sos tiram, sos ikan dan garam. Biar seketika untuk memekatkan sedikit kuah tersebut.
5) Akhir sekali pecahkan telur dan gaul telur tersebut. Buat bulatan di dalam kuali.
6) Siap untuk di hidang. Ambil kuah dan masukkan ke dalam 4 mangkuk yg mengandungi kuey teow tadi.

Selamat mencuba ^_^


JAUNDIS / DEMAM KUNING




Apakah jaundis?
- Keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi baru lahir
- Kelihatan pada mata, kulit atau muka
- Disebabkan oleh kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam darah

Faktor risiko
- sejarah jaundis pada kelahiran terdahulu.
-sejarah pertukaran darah pada anak lain
- kelahiran secara forsep atau vakum
- susuan ibu tidak mencukupi
-bayi lahir kurang berat badan (kurang dari 2.5kg)
- bayi yang dilahirkan oleh ibu diabetis
-bayi Down Syndrome.

Penyebab jaundis teruk
-masalah kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah
-perbezaan kumpulan darah ibu dan bayi (ABO incompability)
-pendarahan dibawah kulit kepala (cephaloaematoma)
-kurang air dalam badan (dehidrasi)
-kelahiran pra matang
-jangkitan kuman
-pengambilan ubatan tertentu

Adakah jaundis merbahaya?
Jika tidak dirawat, jundis yang teruk boleh mengakibatkan:
-kecacatan pada otak
-kelumpuhan
-kesukaran bertutur
-terencat akal
-terencat pertumbuhan
-hilang pendengaran
-sawan
-masalah pembelajaran
-masalah koordinasi pergerakan
-kematian

Penilaian tahap jaundis
sedikit - kuning pada bahagian mata, muka sehingga paras dada
sederhana - kuning dari muka ke pusat
teruk- kuning dari muka ke kaki

Panduan mengesan jaundis
-bawa bayi ke tempat cerah dan lihat di bawah cahaya biasa
-lihat warna kekuningan di mata. Untuk kesan lebih jelas, tekan kulit di bahagian dahi, tulang pipi atau dada selama 5 saat dan lihat warnanya
- sekiranya jaundis dikesan, bawa bayi segera ke hospital atau klinik kesihatan untuk rawatan lanjut

Rawatan
-fototerapi
-pertukaran darah sekiranya tahap jaundis teruk

Amalan yang mesti dielakkan
1. jemur bayi di bawah cahaya matahari
- cahaya matahari menggelapkan warna kulit dan menyukarkan pengesanan jaundis
-menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak
- merosakkan mata bayi
-menyebabkan dehidrasi

2. Mandian air teh/daun buah keranda cina
- boleh menukarkan warna kulit bayi dan menyukarkan pengesanan jaundis

3. minum susu kambing
-susu kambing tidak sesuai untuk penghadaman bayi

Amalan berikut boleh mengurangkan jaundis
1. Amalkan susuan ibu sebaik sahaja dilahirkan
2. susukan bayi sekerap mungkin
-amalkan penyusuan bayi sepenuhnya
- mengikut kehendak bayi
- susukan 2-3 jam sekali
3. Kesan awal dengan memerhati kekuningan di mata dan kulit bayi
4. Pemerhatian lebih teliti bagi bayi yang berisiko contohnya
- bayi lahir pra matang
- bayi kurang berat lahir

sumber:Unit promosi pendidikan
Jabatan kesihatan negeri, Kedah Darulaman

Kak hana

Sunday, December 18, 2011

PERANAN VITAMIN DALAM PENYUSUAN SUSU IBU


Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”
Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN
Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.
Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.
Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.
Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”
Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.

Set Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan..
Lelaki dan wanita muda juga sesuailagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
_____________________________________________________________
Shopping Time!! 
Untuk mengetahui Promosi YEAR END SALES, anda boleh:

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel mamaqaireen@yahoo.com dengan tajuk "Y.E.S 2011 at MamaQaireen Shoppe"

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...