MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Sunday, December 4, 2011

HOMEMADE DONUT

Selamat hari ahad semua. Hari ni mama nak kongsikan bersama resepi donut. Ni pun 1st time mama cuba. Alhamdulillah jadi, yang bestnye lembutttttttt sangat2.

Resepi ni boleh buat dalam 20 - 40 biji (ikut saiz). Macam mama, mama tak ada acuan donut. So mama pakai gelas je buat bulat tu..heheee..kreatif tak? ahaks!

Mama buat doh siap2 hari sabtu. Lepas tu mama letak di atas dulang dan masukkan ke dalam fridge. Esoknye pagi ahad mama goreng..opssss silap! bukan mama yang goreng, tapi baba Qaireen yang goreng. heheee..thanks baba.

Taraaaa..ni lah dia Donut Mama 

Rupa mmg tak cantik..tapi sedap dan lembut tau..kalah Big Apple ^_^

Bahan - Bahan:
3 1/2 sudu teh yis kering / ibu roti
1 1/2 cawan susu segar, panaskan sikit supaya menjadi suam (mama guna susu segar ductch lady)
1/2 cawan gula halus (ambil gula biasa dan blend)
6 cawan tepung gandum halus (ayak terlebih dahulu)
2 biji telur (gred A)
1 sudu teh garam
1/3 buttercup saiz kecil
 Minyak untuk goreng
Gula kaster atau apa2 bahan untuk hiasan donut

Cara - cara:
1) Masukkan yis kering ke dalam 1/2 cawan air suam. Biar sehingga naik buih.
2) Masukkan 3 tepung gandum, susu, gula, garam dan butter. Gaul sehingga sebati, lepas tu masukkan pula sedikit demi sedikit tepung sehingga menjadi doh. Uli sehingga permukaan licin dan tidak melekit di tangan.
3) Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastik wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga doh naik 2 kali ganda. Lebih kurang dalam 1jam.
4) Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, dan canai doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong dengan donut cutter. 
5) Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 - 45 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6) Panaskan minyak. Goreng donut dengan api yang kecil sehingga masak perang keemasan. Kalau api besar, nanti doh belah dalam tak masak..kulit hitam berkilat.
7) Akhir sekali salut gula atau apa2 sahaja mengikut kehendak masing - masing semasa donut tersebut masih panas.

Selamat mencuba..


2 comments:

  1. tak payah pakai acuan. pakai mangkuk kecik untuk buat bentuk bulat, lepas tu tebuk pakai gelas..... macam tu jer.

    jadilah donut

    ReplyDelete
  2. betul..betul..
    yg ni tak de lubang kecil..konon2nye nak buat mcm big apple punye donut..kekeke....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...