Pernah tak anda dengar, ada org2 tua cakap "nama budak ni berat, tak sesuai" lepas tu mereka tukar nama lain. Mungkin mereka tak berapa pandai utk terangkan..so mereka cakap macam tu jelah kan?
Nama penuh anak mama NUR QAIREEN SYAZA = CAHAYA KEBAIKAN HARUM.
Mama memang cari nama yang "ringan" untuk dia, janji maksud nama tu baikkan. Oh ye..lagi satu..mama juga tak pernah panggil Qaireen dengan nama "pendek" atau nama "singkatan". Biarlah orang cakap, panjang sangat Qaireen tu..tapi mama tahu..maksud Qaireen adalah Kebaikan. Harapan mama, Qaireen akan jadi seorang Hamba Allah seperti namanya juga iaitu hamba ya BAIK ^_^
Jom mama nak share bersama info yang mama dapat..
________________________________________________________
Kebanyakan wali, ulama dan orang yang tinggi ilmu agamanya kerap memberikan nama anaknya yang hampir serupa dengan keluarganya, sebagai contohnya Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Zein Al-Abidin bin Ali bin Muhammad. Revolusi berlaku dan sejak pertambahan penduduk dunia, masing-masing ingin memberikan kelainan pada nama anaknya (termasuk nama ana pun lain dari yang lain). Ini termasuklah membuang nama keluarga kerana dianggap ketinggalan zaman seperti Wan, Tuan, Raja, Nik, Syed, Siti, Raden (keturunan abah ana ni), Megat, Putri, Sharifah, Dayang, Long, Che (Keturunan ummi ana), Pangeran, Abang, Awangku, Si, Hang dan lain-lain lagi.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari Abu Darda’ Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda; “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Nama yang baik untuk lelaki ialah Muhammad atau Ahmad. Hasan dan Hussin juga kategori nama baik. Manakala nama yang baik untuk wanita ialah sebagaimana nama yang diberikan oleh rasulullah kepada anak perempuannya. Nama memain peranan dalam kesihatan dan keselamatan. Di akhirat esok, ibu bapa juga akan ditanya tentang nama anaknya.
a. Syafiqah (Penyayang/Belas Kasihan)
b. Balqis (Permaisuri Sheba, Habsyah/Ethiopia)
c. Zaquan (Cerdik/Harum)
d. Qistina (Keadilan)
e. Najwa (bisikan)
f. Balqmah
g. Saisan
h. Jin atau jeans atau Jenni atan Jan
i. Awamir
j. Batrisyia
k. Erisya (Arisya)
l. Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba
dan lain-lain nama jin kerana 12 contoh nama di atas telah menjadi trend zaman sekarang untuk diberikan pada anak. Mengikut konsep perubatan islam dan sihir, pesakit yang mempunyai nama tersebut (melalui pengalaman ana dalam merawat) kerap mendapat gangguan jin. Malah kes terbaru ialah Balqis di Terengganu.
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu, bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu mempunyai seorang anak perempuan namanya “‘Aashiah” (Penderhaka), Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah menukarkan namanya kepada “Jamilah” (Yang Cantik). (Hadith Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Ada ibu kepada pesakit ana mempersoalkan, nama balqis itu nama isteri nabi sulaiman. Tapi kita harus ingat, Balqis (Permaisuri Sheba) itu adalah kacukan jin dan manusia (dan diakui oleh rasulullah melalui riwayat hadis). Rujukan terjemahan buku Pesona Ratu Balqis dalam buku karangan Ibnu Kathir. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti. Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.
Elakkan short-form memberi nama anak seperti 'Mohd', 'Md' dan lain-lain bagi nama Muhammad. Ianya sama sekali tidak memberi apa-apa makna. Begitu juga siti yang berasal dari perkataan sayyidatuna/sayyidati (tuan perempuan kami), syed yang berasal dari perkataan sayyid (Tuan) atau Sidi (Sayyidi/Sayyiduna), Meor (dari perkataan Ameer) dan lain-lain lagi.
Berikan nama mengikut ejaan bangsa. Contohnya di Malaysia, ejaan "Muhammad" ialah "Muhammad". Jika di negara Balkan, mereka mengeja "Mehmet". Janganlah kita meniru mereka, kerana bangsa kita mengeja "Muhammad".
Itu belum lagi nama yang kerap mendapat barah (sila rujuk hospital, kebanyakan pesakit barah hampir-hampir mempunyai nama yang sama).
Selain itu, nama yang mempunyai maksud yang jahat, jahil dan kafir, lucah, ganas. Selain itu nama yang tidak dibenarnya.:
- zin/ziana (Zina)
- wati (setubuh/pelacur)
- nama perempuan kepada anak lelaki
- nama lelaki kepada anak perempuan
- nama vokal yahudi dan nasrani (contohnya Yusuf - Joseph, Musa - Moses, Ibrahim - Abraham, Daud - David, Sulaiman - Solomon, Iskandar - Alexander)
Jika tidak ada idea, letak sahaja nama Muhammad atau Ahmad kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan letak sahaja nama Aisyah atau Fatimah. Ibu bapa dinasihatkan supaya mengutamakan nama yang mempunyai maksud yang baik dan tidak terlalu teruja dengan nama yang menjadi pilihan pada hari ini walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna yang baik malah lebih malang lagi jika ia tidak selari dengan tuntutan Islam.
Isu Nama Anak Jin (updated: 20 Disember 2011)
Blog ini ditulis pada bulan November 2010. Isu ini timbul apabila Ustaz Sharhan menggunakan entry post dalam blog ana sebagai hujah di dalam TV pada pertengahan Disember 2011 baru-baru ini iaitu setahun selepas artikel ini ditulis. Perkara ini tidak patut dijadikan sebagai publikasi umum kerana orang yang terkena sihir bukannya 30 juta di Malaysia. Ianya sebagai nasihat kepada keluarga yang terkena sihir atau yang mempunyai saka supaya tidak menggunakan nama-nama ini. Perkara ini tidak patut diperbesarkan kerana ia dipandang dari sudut pengubatan Islam dan bukan dipandang melalui masalah akidah.
Nama anak jin: Pendapat Ustaz Zaharuddin dan pandangan Dato' Dr Haron Din " berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN
"Tiada sebarang dalil yang sohih berkenaan nama-nama tertentu adalah nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna dan dipanggil kepada anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dalam mensialkan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Saya (Dr Zaharuddin) baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama-nama tertentu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yang disebut di dalam hadis sahaja yang elok tidak digunakan sepertt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba dan beberapa yang lain disebut dalam hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dengan Al-quran."
Ulasan Hadis Nama Balqis
1. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Uday dalam Kitab Al-Kamil Fi Al-Dhu'afa'
Status Hadis: Dhaif
أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن عدي - المصدر: الكامل في الضعفاء - الصفحة أو الرقم: 4/416
خلاصة حكم المحدث: [فيه] سعد بن بشير لعله يهم في الشيء بعد الشيء ويغلط والغالب على حديثه الاستقامة والغالب عليه الصدق
2. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Al-Qaisrani dalam Kitab Zakhirat Al-Huffaz
Status Hadis: Dhaif
أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن القيسراني - المصدر: ذخيرة الحفاظ - الصفحة أو الرقم: 1/245
خلاصة حكم المحدث: [فيه] سعيد بن بشير ضعيف
3. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Ibnu Katsir di dalam Kitab Bidayat Wa An-Nihayah
Status Hadis: Hadis Gharib dengan Sanad Yang Dhaif
كان أحد أبوي بلقيس جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن كثير - المصدر: البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 2/20
خلاصة حكم المحدث: غريب وفي سنده ضعف
4. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Al-Silsilah Al-Dha'ifah
Status Hadis: Mungkar
كان أحد أبوي بلقيس جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 5778
خلاصة حكم المحدث: منكر
5. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Dha'if Al-Jami'
Status Hadis: Dhaif
أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 185
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
6. Salah satu daripada ibu bapa Balqis adalah jin
Perawi: Abu Hurairah dari Al-Albani di dalam Kitabnya Al-Silsilah Al-Dha'ifah
Status Hadis: Dhaif
أحد أبوي بلقيس كان جنيا
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 1818
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang penting dalam Islam.
Kepentingan ini jelas seperti mana yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah :
"(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang di dekatkan (kepada Allah)" (Ali Imran: 45)
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan nama dia." (Maryam: 7)
"...dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." (as-Saff: 6)
Nama Ditinjau Dari Hadis
Seperti mana al-Quran, Nabi saw juga mengambil penting dalam pemberian nama. Nabi bersabda:
"Pada malam ini aku mendapat anak dan aku namakan dengan nama moyangku iaitu Ibrahim." (Hadis sahih Muslim dan Abu Daud)
Nabi menggalakkan kepada ummatnya agar memberi nama yang terbaik. Baginda bersabda:
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan Namamu dan Nama bapa kamu. Elokkanlah nama-nama kamu." (Hadis daif riwayat Ibnu Hibban).
daripada Abdullah bin Umar RA berkata,Nabi SAW bersabda: "sesungguhnya nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”. (Hadis sahih riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi.)
Ibnu Solah menyebut bahawa terdapat 220 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah. al-'Iraqi pula menyebut bahawa terdapat 300 orang sahabat yang bernama Abdullah.
Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris(pekerja),Hammam(yang mempunyai keazaman).dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)
Nabi sendiri meyuruh umatnya untuk menamakan dengan namanya. Baginda bersabda: "Berilah nama dengan namaku dan jangan beri gelaran kunyah dengan kunyah ku (Abu Qasim)" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi bersabda kepada seorang lelaki " Namakan anakmu dengan nama Abdur Rahman." (Hadis sahih riwayat Muslim)
“Apabila engkau memberi nama hendaklah yang ada perkataan 'Abdu” (Hadis riwayat Thabrani)
Imam Ibnu Hazm berkata: “Para ulama bersepakat bahwa disunatkan nama yang disandarkan kepada nama Allah seperti Abdullah dan Abdurrahman.”
Larangan Memberi Nama Buruk
Nabi saw bersabda: Daripada Umar RA berkata,Nabi saw bersabda,”Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan), dan Yassar (senang)”. (Hadis riwayat Tirmizi dengan sanadnya yang kuat.)
Dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda: “Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah 'kuntungan' ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab "Keuntungan tidak ada.” (Hadis sahih riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)
Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”
err... habis nama aq macam jauh gila dari makna baik ni~... tapi dalam buku bunyi cam okay ja~ awat syafiqah x leh? jangan kata copy paste lak... T^T plus2 zin tuh! seyes ni whaaat??!! arrhh.. konpius~ tolong perjelaskan... mama admin
ReplyDelete