Ibu mana yang tak susah hati jika anak tak mahu makan..betul tak? Mama juga salah seorang yang ‘susah hati’ tu. Jum baca tips-tips di bawah.
Bahagian Pertama
Bahagian Pertama
No. 1: Respect your child’s appetite
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.
No. 2: Stick to the routine
Sediakan makanan pada masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan, dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.
No. 3: Be patient with new foods
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.
No. 4: Make it fun
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.
No. 5: Recruit your child’s help
Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.
Nantikan 5 lagi tips untuk anak-anak picky eaters
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
good tips, dilla
ReplyDeletetq ^_^
ReplyDelete