MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak



MEMASTIKAN anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!

Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua – ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.

Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.

Sama ada anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk diikuti.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:

* Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.

* Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplemen vitamin D.

* Mula dengan makanan pejal pada umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.

* Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.

* Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

* Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.

* Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.

Dua tahun dan lebih tua:

* Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.

* Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.

* Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.

* Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

Menurut Facts for Life UNICEF, setiap tahun, hampir 11 juta kanak-kanak mati akibat punca-punca yang boleh dicegah sebelum mereka menyambut hari lahir yang kelima. Berjuta-juta kanak-kanak lagi hidup hanya untuk menghadapi masa hadapan yang malap, tidak dapat mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Banyak daripada kematian ini boleh dielakkan jika ibu bapa dan penjaga memahami apa yang perlu dilakukan apabila penyakit menyerang dan bagaimana untuk mengenali tanda-tanda bahaya yang memberi isyarat terhadap keperluan untuk bantuan perubatan.

Beberapa penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.

Tiada kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini.

Oleh DR. ALI AZMAN MINHAJ (Pakar Runding Pediatrik)
________________________________________________________________

Sekiranya anak anda tiada selera untuk makan dan anda inginkan multivitamin yang secukupnya untuk mereka..anda boleh dapatkan MealShake Shaklee dangan harga yang ISTIMEWA!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe 
2. PM saya di fb, Dilla Jalil
3. Emel admin@mamaqaireen.com
4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


1 comment:

  1. terima kasih...info..yang sangat bagus buat anak-anak kita, semoga dapat berkongsi ilmu lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...