MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, April 10, 2012

Tips Kenali Vitamin E Yang Selamat


Tahukah anda terdapat 8 jenis vitamin E, dan hanya satu jenis alpha-tocopherol yang aktif dan mampu memenuhi keperluan manusia? Vitamn E jenis alpha-tocopherol adalah anti oksidan yang paling bagus.

Kekurangan vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Proses 'pernafasan' sel menghasilkan atom2 oksigen tak stabil dipanggil radikal bebas, tapi mekanisma dalam tubuh kita dapat menanganinya. Cuma bila banyak radikal bebas disebabkan faktor luar seperti pencemaran, penggunaan bahan kimia dan lain2. mekanisma antioksidan dalam tubuh kita dah tak mampu nak atasi semuanya.

Oleh itu tubuh kita perlukan antioksidan, seperti vitamin E dan vitamin C.

Selain dari bertindak memberikan ion negatif kepada atom oksigen yang tak stabil tadi, vitamin E juga memainkan peranan dalam:
  • Fungsi imun tubuh
  • Proses pembentukan gen
  • Metabolisma
  • Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin - mengelakkan pembentukan plak kolesterol
  • Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik
Antara sumber vitamin E yang baik:

  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Minyak dan buah zaitun
  • badam
  • labu
Tips memilih suplement vitamin E:
  •  Pastikan ia vitamin E semulajadi, pastikan tiada hurul l- atau dl- pada labelnya, Misalnya, d-alpha tocopherol adalah vitamin E semulajadi manakala dl-alpha tocopherol adalah vitamin E sintetik.
  • Kajian terbaru menunjukkan tubuh kita memerlukan 400IU vitamin E sehari.
  • Pilihlah yang mengandungi Selenium.
 Bukan itu saja, banyak sebenarnya kelebihan vitamin E ni. Kalau nak tahu ia juga dikenali sebagai vitamin CINTA

sumber : vitaminsemulajadi

~mama cakap apa tau dekat baba..baba tak payah ambil vitamin E lah..nnt baba gatai!..biar mama je yang gatai!!wakakakaka..apa punye isteri daaaa?? :P


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama :


1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe


2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-5657552.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...