MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, June 4, 2012

Shaklee Bukan MLM Biasa (& Kenapa Saya Sukakannya!) - PART 1

Sebelum itu saya nak kongsi pengalaman saya, berurusan dengan seseorang ni. Beliau nak membeli produk Shaklee. Bila saya terangkan tentang produk2 yang sesuai, harganya dan sebagainya, akhirnya beliau bertanya "Shaklee ni MLM ke?"


Saya katakan "Ya, Shaklee Malaysia menggunakan sistem MLM"


Tahu apa beliau kata "Tak jadilah macam tu. Produk MLM ni mahal tak padan dengan barang. Lagipun MLM ni mengkayakan ejen dia je"


Terkesima saya dibuatnya. Padahal sebelum itu kami sudah bersetuju dengan harga dan beliau tak kata pula mahal, malah kagum kerana vitamin2 Shaklee boleh digunakan sehingga 6 bulan. Tiba2 keluar pula cerita produk MLM mahal dan meng-kayakan ejen ^__^


Begitulah, MLM mendapat reputasi yang agak buruk di mata sesetengah orang. Biasanya orang nampak MLM sebagai mahal, paksa orang, tarik orang, cari orang, modal besar, dan sebagainya.


Di sini saya nak berkongsi apa MLM tu sebenarnya.


MLM bermula apabila sebuah syarikat makanan kesihatan (yang saya taknak sebut namanya), yang ingin memasarkan produknya ke seluruh negara pada masa tu. Mereka memikirkan teknik2 pemasaran yang berkesan, misalnya TV, akhbar, majalah dan sebagainya.


Namun, mereka memikirkan bahawa tidak semua orang ada TV, tidak semua orang baca akhbar dan sebagainya, dan kebanyakan orang2 yang perlukan produk kesihatan adalah orang2 yang berusia, orang2 yang kurang zat makanan (pada masa tu) dan sebagainya. Jadi, mereka ini tentunya bukan orang2 kaya yang boleh makan oren 7 biji setiap hari. Lalu mereka menolak untuk iklan di media massa yang mahal kerana hendak beri harga murah kepada pembeli.


Lalu timbullan konsep multi-level marketing, atau MLM ni. Syarikat ini melantik ejen2, membayar komisen kepada mereka, menggalakkan ejen2 ni cari ejen baru di bawah mereka dan ejen2 akan diberi insentif berdasarkan prestasi. Jadi, di situ mereka dapat menjimatkan kos iklan, di samping memberi peluang kepada ahli2nya menjana pendapatan.


Ejen yang banyak menjual pastinya menerima lebih banyak insentif dari syarikat, begitu juga dengan ejen yang banyak beriklan, iaitu yang banyak menerima pendaftaran ahli baru.


Kesimpulannya, MLM adalah salah satu method marketing untuk memasarkan produk, bagi menjimatkan kos2 pengiklanan, sewa premis dan sebagainya.


Tapi sayangnya, sistem ini telah di-evolusi dan diubahsuai menjadi 'bisnes instant'. Hingga kini ramai yang 'nampak' MLM sebagai - kau daftar, cari 3 orang bawah, kemudian yg bawah tu cari lagi & lagi & lagi.


Akhirnya timbullah syarikat2 'MLM' yang tak tahu apa benda produk yang dijualnya, tapi ahli2nya kaya raya.


Ini adalah menyeleweng dari tujuan MLM yang sebenar.


MLM juga bertujuan memberi sokongan dan latihan dalam kos terendah kepada ejen2 atau peneraju bisnes MLM ni, kerana mereka tak perlu menghadiri kursus keusahawanan yang mahal2 atau membayar sekian harga untuk menapatkan mentor. Semuanya tersedia dan percuma. Jadi, MLM sebenarnya adalah satu medium terbaik untuk belajar berniaga, kerana kita akan diberi tunjuk ajar tanpa bias atau 'sorok2 ilmu'.


MLM ni seperti lemak dalam badan kita. Lemak itu perlu untuk melindungi organ, menyerap vitamin, mengawal hormon, menjaga badan dari kesejukan dan sebagainya, tapi lemak2 yang tidak baik memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jadi tugas kita ialah mengambil lemak2 yang baik seperti Omega-3 dan Omega-6.


Jadi, dalam perniagaan MLM, ketahuilah ciri2 sistem MLM yang baik agar kita benar2 meneraju bisnes, bukan ala2 skim pelaburan cepat kaya.


[bersambung ke PART 2]





Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...