MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, November 28, 2013

HB Rendah Masa Mengandung Boleh Menyebabkan Anemia

hb rendah masa mengandung, anemia

HB Rendah Masa Mengandung?

1) Apakah itu anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Untuk mengatasi masalah HB rendah, anda boleh dapatkan Vitalea Shaklee. 




Kenapa Vitalea Shaklee? Shaklee BERBEZA sebab…
* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* Memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* menguatkan fungsi otak
* membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
* ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Mama sendiri amalkan vitalea sepanjang mengandung..Alhamdulillah HB mama tak pernah kurang daripada 12.6. Boleh baca DISINI 





Hubungi Saya : 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak.
Dilla Jalil 

NOID : 852451 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...