MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, November 27, 2013

Resepi Sup Ayam Campur Sayur

Resepi ni khas untuk ibu2 yang nak cepat. Balik kerja terus masak..sangat2..sangat2 senang!

Ibu yang bekerja di rumah pun sesuai (macam mama lah..hehee..mama sekarang dah jadi WAHM). Nak cepatkan? so mama boleh makan, Qaireen pun boleh makan juga. Tak pedas dan berkhasiat. Sebab kita masak sendiri di rumah ^_^

resepi sup ayam


Bahan - bahan :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ayam
Fish ball
Sayur (ikut suka nak letak sayur apa)
Perencah sup
Garam secukup rasa

Cara - cara :
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
2) Masukkan pula fish ball. Gaul sebentar, selepas tu masukkan pula air.
3) Bila air dah nak dekat mendidih, masukkan ayam. Biarkan ayam sehingga betul2 masak. Nak cepat, tutup periuk.
4) Akhir sekali masukkan sayur, garam dan perencah sup.

Siap!! dah boleh makan sup ayam campur sayur ^_^



Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak
Dilla Jalil
NoID : 852451



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...