MamaQaireen Shoppe
Search This Blog
Saturday, October 30, 2010
APA ITU BPA-FREE
Senjak akhir - akhir ini kita khawatir dengan botol susu plastik yang mengandung BPA ( Bisphenol_A).
Peneliti dari University of Cincinnati menemukan, eksposur terhadap air mendidih menyebabkan botol plastik polikarbonat melepaskan BPA hingga 55 kali lebih cepat dari air dingin atau air bertemperatur normal.
Penemuan terbaru menunjukkan bahwa ada korelasi antara BPA dengan penurunan produksi sperma, penambahan berat prostat, dan kanker testis pada laki-laki. Sementara pada perempuan, BPA berpotensi mengakibatkan ketidaknormalan perkembangan endometrium yang dapat menyebabkan infertilitas serta meningkatkan risiko terkena kanker payudara. Anak-anak, terutama bayi yang masih dalam kandungan dan bayi yang baru lahir, memiliki risiko yang paling besar terhadap bahan kimia tersebut. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dapat berdampak selama periode emas pertumbuhan anak, meskipun akibatnya tidak langsung tampak.
Untuk menghindari atau meminimalisir dampak BPA pada si kecil, spesialis anak Dr. Steven Parker, memberikan beberapa tips berikut:
* Hindari penggunaan botol polikarbonat yang mengandung BPA. Sebagai gantinya gunakan botol bebas BPA, atau botol yang terbuat dari gelas/kaca.
* Ketika membeli botol plastik, pilihlah botol yang menggunakan polypropylene/polyethylene, yang tidak keras dan tidak mengkilat.
* Carilah tanda "BPA-free" pada kaleng atau botol susu yang anda beli.
* Hindari pemberian teether berbahan plastik/vinyl pada bayi.
* Hindari memanaskan makanan dalam plastik karana ia dapat melepaskan BPA. Sebagai gantinya, gunakanlah bahan gelas/kaca atau keramik.
* Cucilah botol dan wadah plastik dengan spons agar tidak merusak lapisan plastiknya.
* Belajar membaca kandungan dalam plastik. Singkirkan produk plastik yang mengandung bahan-bahan seperti DBP dan DEP, DEHP, DMP. Gunakan polyethylene (#5), dan hindari polikarbonat (#7).
* Jangan gunakan lagi botol plastik yang sudah tergores/rusak atau kusam.
Sebaiknya botol susu digunakan dalam jangka 1 tahun tapi kalau sudah tidak baik lagi dalam 6 bulan botol sudah boleh diganti.
botol susu yang bertulis PC kode 7 itu ternyata mengandung BPA (Bisphenol-A), tapi kalau dibuat dari PP (Poli Propylene) dengan kode 5 itu berarti aman.
Detailnya silakan dibaca ya !!!
#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk
botol plastik yang jernih/transparan/ tembus pandang seperti botol air
mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Boto-botol
dengan bahan #1 dan #2 direkomendasikan hanya untuk sekali pakai.
Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudah
lama atau terlihat baret-baret.
#2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu
yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga direkomendasikan
hanya untuk sekali pemakaian.
#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di
daur ulang. Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling
wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat
pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila
dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan
dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat di daur
ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi
kuat. Barang dengan #4 bisa dibilang tidak dapat di hancurkan tetapi
tetap baik untuk tempat makanan.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik
terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti
tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk
bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih
atau berawan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.
6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam,
tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa membocorkan
bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempat
makanan, styrine juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan
dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyak
negara bagian di Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan
berbahan styrofoam termasuk negara China.
#7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan
dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bisa
mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan
minuman yang berpotensi merusak sistem hormon. Hindari bahan plastik
Polycarbonate.
Labels:
BOTOL SUSU BABY,
KESIHATAN
Monday, October 25, 2010
PETUA BANYAKKAN SUSU
Salah satu cara nak banyakkan susu ialah dengan cara merebus air longan kering.
Cara - caranya ialah :
1) Mula - mula kita basuh longan kering tersebut. Lepas tu masukkan air ke dalam periuk untuk di rebus.
2) Bila air dah mendidih, longan pun dah kembang. Bolehlah ditutup apinya serta masukkan pula gula. Ikut kepada selera masing - masing.
3) Taraaaa dah siap..sedap di minum siang, malam, pagi dan petang ^_^
Labels:
PETUA
Thursday, October 21, 2010
SEDIH KE AKU??
Malam tadi mama sembang dengan seorang kakak ni. Dia tengah mengandungkan anak ke-3 dan kandungan dia yang kini berusia 6 bulan. Masa mama lepas pantang dia ada cakap yang dia kagum tengok mama berjaya menyusukan Qaireen. Dia ada cakap dengan mama, untuk anak yang ke-3 ni dia nak bagi SI. Coz masa anak pertama dia berjaya bagi 2minggu sahaja, anak kedua pula 4hari je.
Mama : Macam mana keadaan akak sekarang? sihat ke?
Kakak : Ok..cuma penat sikit, biasalah perut dah besar.
Mama : Lepas baby keluar nanti bolehlah bagi SI sepenuhnyakan.
Kakak : Tengoklah macam mana. Susu akak tak banyak. Masa lahirkan anak pertama akak dapat menyusu 2minggu je..anak kedua lagi teruk, 4hari je dapat. Lagi pun akak operate, susuhlah!
Mama : Akak sebenarnya ada susu. Bukan susu akak kurang. Nanti anak yang ketiga ni dah keluar, akak jangan campurkan SI & SF tau..air masak pun jangan bagi. Akak bagi SI sepenuhnya, kalau akak teruskan bagi baby dengan SI, mesti susu akan keluar dengan lancar.
Kakak : (dia hanya tersenyum)
Mama : Saya dulu pun mula - mula masa dekat dalam hospital pun macam tu juga. Sedih, ingatkan tiada susu. Stress sangat..tapi tengok sekarang, Alhamdulillah Qaireen dah 5bulan, susu saya masih ada.
Kakak : Tulah banyak susu Dilla ye.
Mama : Alhamdulillah rezeki dari Allah, lagi pun kita sendiri kena set dalam kepala yang kita nak bagi fully BF dekat baby.
Kakak : (dia hanya tersenyum)
Mama :Tak pe..nanti kalau akak dah bersalin. Kalau akak nak minta pertolongan cara - cara fully BF, akak bagi tau je dekat saya. Saya sedia menolong (sambil mama senyum dekat dia)
Sebenarnya dalam hati mama sedih & terkilan dengan jawapan dia. Tapi apakan daya, mama hanya mamapu memberi kata - kata semangat dekat diakan. Tapi mama tak boleh paksa dia untuk memberi fully BF dekat bakal baby dia. Harapan mama kakak tersebut akan menyusukan anak dia lebih lama daripada dulu.
Labels:
BREASTFEEDING
Wednesday, October 20, 2010
KERACUNAN AIR
Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.
MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.
PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.
"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.
Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.
Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.
Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.
ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.
Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.
Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."
Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.
"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.
Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.
Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.
Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.
~ google
Labels:
BREASTFEEDING,
INFO,
KESIHATAN
Friday, October 15, 2010
MENGIDAM
Setiap ibu yang mengandung mesti ada mengidamkan sesuatu makanan. Semasa mama mengandung dahulu, mula - mula mama teringin nak makan buah delima. Nasib baik ada Pakngah Qaireen, dia tolong belikan buah delima utntuk mama. Tapi malangnya mama pulak tak berapa suka, sebabnya delima yang Pakngah beli tak berapa merah. Hai, macam - macam kerenah orang mengandung ni ye.
Bukan sahaja delima, mama juga teringin sangat - sangat kacang pistachio Mekah. Ya Allah, mama pun tak tahu kenapa. Kacang ni memang mama teringin sangat - sangat sampai terbayang - bayang kacang tu sebelum tidur. Disebabkan mama mengidam sangat, baba pun belilah kacang pistachio tong garden. Masalahnya mama tetap tak puas hati, sebab bagi mama rasa kacang tersebut tidak sama dengan Mekah punya.
Ialah bak kata orang, kalau ada rezeki tidak kemana. Alhamdulillah rezeki daripada Allah, kawan baba punya ibu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Selepas dia habis mengerjakan haji, beliau telah memberi kacang pistachio dekat mama. Malah dia juga telah memberi buah delima Mekah dekat mama. Merah betul warna buah delima tu. Ya Allah, punyalah gembira. Syukur Alhamdulillah.
Labels:
MENGIDAM
PETUA ALAHAN KU
ALAHAN
Mama dulu memang sensitif sangat dengan bau - bauan seperti bau minyak panas, bau masakan yang digoreng, bau perfume (semua jenis perfume mama tak suka), kadang - kadang bau baba pun mama tak suka. Kesian dengan baba, apa sahaja yang dia buat semua tak kena. Nasib lah baba seorang yang penyabar.
Semasa mama alah, ada beberapa makanan yang mama amalkan untuk mengurangkan rasa loya. Salah satunya ialah kismis ligo. Setiap kali mama rasa nak termuntah, mama mesti akan makan kismis. Kadang - kadang tu sehingga 2 kotak mama makan dalam 1 hari. Alhamdulillah, dengan mengamalkannya, mama berasa lebih bertenaga.
Wednesday, October 13, 2010
ALAHAN SEMASA MENGANDUNG
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
~ srikandi mama ~
Labels:
ALAHAN,
MENGANDUNG
SURAH -SURAH AL-QURAN UNTUK AMALAN IBU MENGANDUNG
Semenjak mama mengandung, mama memang banyak sangat berubah. Yang paling mama hairan sekali ialah, perangai mama. Daripada seoarng yang cepat marah kepada seorang yang sangat penyabar. Mama pun tak tahu kenapa??perubahan hormon kot! nasib perubahan yang baik ~_^
Sebagaimana yang kita tahu, sewaktu mengandung kita sangat - sangat digalakkan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini terdapat mengkhususan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Labels:
DOA,
MENGANDUNG,
TAZKIRAH
AMALAN KETIKA IBU MENGANDUNG
Setelah mama tahu mama mengandung, mama pun mulalah mencari maklumat tentang kehamilan di internet. Ialah mama kan mengandung anak pertama, jadi manalah ada pengalaman. Ilmu di dada pun agak kurang.
Pertama sekali yang mama cari ialah buku arwah ibu mama yang bertajuk Amalan - Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata, cetakan 1993..emmm buku lama tau, tapi amat berguna!
Jadi daripada bacaan buku tersebut dan bacaan di internet serta mendengar ceramah di youtube maka mama pun dapatlah serba sedikit ilmu tentang ibu mengandung.
Salah satu yang mama nak kongsikan bersama ialah daripada penceramah terkenal iaitu Ustazah Siti Norbahyah. Banyak sangat - sangat maklumat yang mama dapat. Bagi kaum wanita diluar sana yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung bolehlah kita mengamalkannya.
2) BANYAK BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T
3) RAJIN PUASA SUNAT (SUAMI)
4) RAJIN – RAJIN SOLAT WAJIB & PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
5) BANYAK BERZIKIR
6) BANYAKKAN MEMBACA AL – QURAN
7) BANYAKKAN MEMBACA BUKU – BUKU ILMIAH
8) BERBUAL DENGAN ANAK YANG BERADA DI DALAM KANDUNGAN
9) LAKUKAN KERJA – KERJA RINGAN DI RUMAH SEBAGAI SENAMAN
10) TIDAK TERLALU TERTEKAN & STRESS
11) MENJAGA ADAB & EMOSI
12) MAKAN MAKANAN YANG BAIK & HALAL
13) JAUHI DARIPADA SIFAT DENDAM & DENGKI
14) RAJIN MENGUKIR SENYUMAN
15) RAJIN MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Labels:
DOA,
INFO,
MENGANDUNG
Tuesday, October 12, 2010
MENGANDUNG
Raya tahun 2009 adalah raya pertama mama sebagai isteri orang. So mama mestilah excited!! Pagi raya tu bukan main lagi mama sibuk siapkan makanan raya bersama adik mama (ibucha = panggilan untuk Qaireen). Lepas tu mama, baba, ibucha dan uncle ayum pun pergilah ke masjid untuk solat raya.
Lepas je balik dari solat, tiba - tiba mama rasa nak termuntah dan pening. Rupa - rupanya mama tak tahan dengan bau perfume di dalam kereta. Semua orang hairan dengan tingkah laku mama. Ialah, perfume tu mama sendiri yang pilih..tup..tup..mama pulak yang tak suka. Bila dah sampai rumah, lain pulak jadinya..mama terus cirit!. Alamak mama food poisoning lah ni..ke mama ngandung?? Dalam hati mama berkata - kata. Lagi pun "Mr. P" dah lewat nak dekat 2 minggu.
Muntah dan pening mama semakin menjadi - jadi dan berterusan sampai keesokan harinya. MDisebabkan klinik banyak tutup pada hari raya, mama pun pergilah farmasi dan baba suruh mama beli pregnancy test. Mana tau kot..kot mengandung. Bila dah sampai rumah, ya Allah punyalah berdebar - debar!. Akhirnya selepas beberapa minit..inilah keputusannya.........
Ape lagi mama pun menjerit dan terlompat - lompatlah dalam bilik air (nasib baik tak jadi apa - apa,hehe) Baba, ibucha dan uncle ayum juga menjerit dan terlompat - lompat sebab happy sangat waktu itu.hehe..kami sekeluarga sangat - sangat gumbira!!gumbira!!gumbira!!
Tapi untuk kepastian, mama ajak baba pergi klinik. Keesokan harinya mama pun pergilah klinik, masa nak masuk bilik doktor..dada mama punyelah berdebar - debar. Setelah doktor melakukan pemeriksaan dan scan dekat perut mama, maka memang sah mama mengandung 5 minggu. Alangkah gembiranya hati mama bila nampak bulatan (gumpalan darah) dan ada denyutan jantung dalam perut mama. Tak dapat digambarkan dan tak terkata mama waktu tu. Sesungguhnya mama amat bersyukur, dari seorng isteri..tidak lama lagi akan menjadi seorng mama ^_^
Labels:
MENGANDUNG
Monday, October 11, 2010
NEW BLOG
Salam semua..
Selalu mama tengok bolg orang je. So hari ni mama nak try buat blog sendiri pulak :)
Banyak benda yang kena buat ni dan memerlukan masa yang banyak. So mama nak start sekarang!!
Selalu mama tengok bolg orang je. So hari ni mama nak try buat blog sendiri pulak :)
Banyak benda yang kena buat ni dan memerlukan masa yang banyak. So mama nak start sekarang!!
Subscribe to:
Posts (Atom)