ALAHAN
Mama dulu memang sensitif sangat dengan bau - bauan seperti bau minyak panas, bau masakan yang digoreng, bau perfume (semua jenis perfume mama tak suka), kadang - kadang bau baba pun mama tak suka. Kesian dengan baba, apa sahaja yang dia buat semua tak kena. Nasib lah baba seorang yang penyabar.
Semasa mama alah, ada beberapa makanan yang mama amalkan untuk mengurangkan rasa loya. Salah satunya ialah kismis ligo. Setiap kali mama rasa nak termuntah, mama mesti akan makan kismis. Kadang - kadang tu sehingga 2 kotak mama makan dalam 1 hari. Alhamdulillah, dengan mengamalkannya, mama berasa lebih bertenaga.
No comments:
Post a Comment