MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

MENGANDUNG



Raya tahun 2009 adalah raya pertama mama sebagai isteri orang. So mama mestilah excited!! Pagi raya tu bukan main lagi mama sibuk siapkan makanan raya bersama adik mama (ibucha = panggilan untuk Qaireen). Lepas tu mama, baba, ibucha dan uncle ayum pun pergilah ke masjid untuk solat raya.

Lepas je balik dari solat, tiba - tiba mama rasa nak termuntah dan pening. Rupa - rupanya mama tak tahan dengan bau perfume di dalam kereta. Semua orang hairan dengan tingkah laku mama. Ialah, perfume tu mama sendiri yang pilih..tup..tup..mama pulak yang tak suka. Bila dah sampai rumah, lain pulak jadinya..mama terus cirit!. Alamak mama food poisoning lah ni..ke mama ngandung?? Dalam hati mama berkata - kata. Lagi pun "Mr. P" dah lewat nak dekat 2 minggu.

Muntah dan pening mama semakin menjadi - jadi dan berterusan sampai keesokan harinya. MDisebabkan klinik banyak tutup pada hari raya, mama pun pergilah farmasi dan baba suruh mama beli pregnancy test. Mana tau kot..kot mengandung. Bila dah sampai rumah, ya Allah punyalah berdebar - debar!. Akhirnya selepas beberapa minit..inilah keputusannya.........


Ape lagi mama pun menjerit dan terlompat - lompatlah dalam bilik air (nasib baik tak jadi apa - apa,hehe) Baba, ibucha dan uncle ayum juga menjerit dan terlompat - lompat sebab happy sangat waktu itu.hehe..kami sekeluarga sangat - sangat gumbira!!gumbira!!gumbira!!

Tapi untuk kepastian, mama ajak baba pergi klinik. Keesokan harinya mama pun pergilah klinik, masa nak masuk bilik doktor..dada mama punyelah berdebar - debar. Setelah doktor melakukan pemeriksaan dan scan dekat perut mama, maka memang sah mama mengandung 5 minggu. Alangkah gembiranya hati mama bila nampak bulatan (gumpalan darah) dan ada denyutan jantung dalam perut mama. Tak dapat digambarkan dan tak terkata mama waktu tu. Sesungguhnya mama amat bersyukur, dari seorng isteri..tidak lama lagi akan menjadi seorng mama ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...