MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

AMALAN KETIKA IBU MENGANDUNG


Setelah mama tahu mama mengandung, mama pun mulalah mencari maklumat tentang kehamilan di internet. Ialah mama kan mengandung anak pertama, jadi manalah ada pengalaman. Ilmu di dada pun agak kurang.




Pertama sekali yang mama cari ialah buku arwah ibu mama yang bertajuk Amalan - Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata, cetakan 1993..emmm buku lama tau, tapi amat berguna!


Jadi daripada bacaan buku tersebut dan bacaan di internet serta mendengar ceramah di youtube maka mama pun dapatlah serba sedikit ilmu tentang ibu mengandung.


Salah satu yang mama nak kongsikan bersama ialah daripada penceramah terkenal iaitu Ustazah Siti Norbahyah. Banyak sangat - sangat maklumat yang mama dapat. Bagi kaum wanita diluar sana yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung bolehlah kita mengamalkannya. 


1) SENTIASA BERTAUBAT & BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH S.W.T
2) BANYAK BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T
3) RAJIN PUASA SUNAT (SUAMI)
4) RAJIN – RAJIN SOLAT WAJIB & PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
5) BANYAK BERZIKIR
6) BANYAKKAN MEMBACA AL – QURAN
7) BANYAKKAN MEMBACA BUKU – BUKU ILMIAH
8) BERBUAL DENGAN ANAK YANG BERADA DI DALAM KANDUNGAN
9) LAKUKAN KERJA – KERJA RINGAN DI RUMAH SEBAGAI SENAMAN
10) TIDAK TERLALU TERTEKAN & STRESS
11) MENJAGA ADAB & EMOSI
12) MAKAN MAKANAN YANG BAIK & HALAL
13) JAUHI DARIPADA SIFAT DENDAM & DENGKI
14) RAJIN MENGUKIR SENYUMAN
15) RAJIN MENGHADIRI MAJLIS ILMU 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...