MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, October 21, 2010

SEDIH KE AKU??

Malam tadi mama sembang dengan seorang kakak ni. Dia tengah mengandungkan anak ke-3 dan kandungan dia yang kini berusia 6 bulan. Masa mama lepas pantang dia ada cakap yang dia kagum tengok mama berjaya menyusukan Qaireen. Dia ada cakap dengan mama, untuk anak yang ke-3 ni dia nak bagi SI. Coz masa anak pertama dia berjaya bagi 2minggu sahaja, anak kedua pula 4hari je. 

Mama : Macam mana keadaan akak sekarang? sihat ke?
Kakak : Ok..cuma penat sikit, biasalah perut dah besar.
Mama : Lepas baby keluar nanti bolehlah bagi SI sepenuhnyakan.
Kakak : Tengoklah macam mana. Susu akak tak banyak. Masa lahirkan anak pertama akak dapat menyusu 2minggu je..anak kedua lagi teruk, 4hari je dapat. Lagi pun akak operate, susuhlah!
Mama : Akak sebenarnya ada susu. Bukan susu akak kurang. Nanti anak yang ketiga ni dah keluar, akak jangan campurkan SI & SF tau..air masak pun jangan bagi. Akak bagi SI sepenuhnya, kalau akak teruskan bagi baby dengan SI, mesti susu akan keluar dengan lancar.
Kakak : (dia hanya tersenyum)
Mama : Saya dulu pun mula - mula masa dekat dalam hospital pun macam tu juga. Sedih, ingatkan tiada susu. Stress sangat..tapi tengok sekarang, Alhamdulillah Qaireen dah 5bulan, susu saya masih ada. 
Kakak : Tulah banyak susu Dilla ye.
Mama : Alhamdulillah rezeki dari Allah, lagi pun kita sendiri kena set dalam kepala yang kita nak bagi fully BF dekat baby.
Kakak : (dia hanya tersenyum)
Mama :Tak pe..nanti kalau akak dah bersalin. Kalau akak nak minta pertolongan cara - cara fully BF, akak bagi tau je dekat saya. Saya sedia menolong (sambil mama senyum dekat dia)

Sebenarnya dalam hati mama sedih & terkilan dengan jawapan dia. Tapi apakan daya, mama hanya mamapu memberi kata - kata semangat dekat diakan. Tapi mama tak boleh paksa dia untuk memberi fully BF dekat bakal baby dia. Harapan mama kakak tersebut akan menyusukan anak dia lebih lama daripada dulu.

2 comments:

  1. kak dilla! org baru follow akak...keep on writing tau...org pon nk jadi cam kak dilla bg full SI...hehe

    tiha

    ReplyDelete
  2. ok..tq sangat2,sama2 kita berikan yg terbaik utk zuriat kita.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...