MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Thursday, January 13, 2011

AYAM MASAK HALIA


Resepi baru mama..1st time masak ni. Actually mama mmg suka makan daging masak halia kalau pergi kedai siam. Tapi dkt rumah tak de daginglah pulak. So mama tukar kepada ayam masak halia.


Bahan - bahan :
Ayam 1/2 ekor saiz kecil (potong kecil2 dan goreng terlebih dahulu)
Pelbagai sayur (ikut suka..mama guna carrot, celery,cauliflower & kacang panjang)
1 sudu besar cili kering yg sudah diblend (mama tak pernah beli cili blend dkt kedai)
1 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2cm halia (tumbuk) dan 4cm (hiris)
Sedikit cili benggala (ikut suka warna apa)
3 biji cili padi (diketuk)
3 Batang serai (diketuk)
1 sudu kecil sos ikan
1/2 sudu kecil perencah ayam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada hitam (tumbuk)
Garam secukup rasa.

Cara - cara :
1. Tumis cili blend dan bahan2 yg di tumbuk sampai garing.
2. Masukkan pula serai dan halia, selepas itu masukkan pula bawang besar.
3. Bila bawang besar dah mula lembut, bolehlah masukkan sayur, cili padi & cili benggala. Sekiranya terlalu kering, tambahkan dgn sedikit air. Tapi jgn banyak sgt, nanti cair tak sedap.
4. Akhir sekali masukkan perencah ayam, sos tiram, sos ikan, lada hitam, garam dan ayam. Gaul sehingga sebati.
5. Siap untuk di hidang.

Senang aje kan..selamat mencuba ^_^

4 comments:

  1. sedappp....nak buat jugak..hehe..ayam dia kena goreng mcm biasa dulu yer?

    ReplyDelete
  2. a'a..ayam goreng 3suku masak n goreng mcm biasa..letak garam n serbuk kunyit...td dkt resepi sy lupa nk tulis lada hitam..jgn lupa masukkan lada hitam tau.rasa lada hitam tu yg buat sedap ;)

    ReplyDelete
  3. eh, mmg pun..mana tau ni??kekekeke....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...