MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

MITOS PENYUSUAN IBU


Susuibu merupakan makanan semula jadi yg pertama kepada bayi anda kerana ia dapat memberikan tenaga dan nutrien yg bayi perlukan pada beberapa bulan pertama kehidupannya. Susuibu mengandungi antibodi yg boleh melindungi bayi daripada penyakit umum kanak2 seperti cirit birit dan pneumonia yg merupakan punca kepada kematian kanak2 di seluruh dunia. Susuibu adalah tersedia dan mudah didapati dimana ianya boleh memastikan bahawa bayi anda mendapat makanan yg mencukupi pada setiap masa.

MITOS : Kebanyakan para ibu tidak dapat menghasilkan susu yg mencukupi
.
FAKTA : Menurut sumber daripada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 2.5 peratus para ibu sahaja tidak mempunyai susu yg mencukupi. 97.5 peratus para ibu yg lain mampu menyusukan enam orang bayi dlm satu masa dan ini bermakna, sebuah payu dara boleh menampung susuan sekurang2nya satu atau dua bayi. Untuk mengetahui sama ada bayi anda mendapat susu yg mencukupi ialah dgn melihat tanda2 seperti di bawah :
·         Warna air kencing cerah dan kurang bau
·         Kerap membuang air kencing sekurang2nya enam kali sehari.
·         Penambahan berat badan

Di antara faktor yg menyebabkan “sindrom” kekurangan susu ialah apabila terdapat pelbagai jenis susu formula yg boleh didapati di pasaran dan kebanyakan org kurang berkeyakinan dan kurang mendapat dorongan utk menyusukan bayi.

MITOS : Susuibu adalah tidak mencukupi pada tiga atau empat hari yg pertama.

FAKTA : Pada beberapa hari pertama selepas bersalin, payu dara anda akan menghasilkan susu awal yg dikenali sebagai colostrum dan ia merupakan bahagian tebal pada susuibu berbanding susu matang. Akan tetapi anda tidak perlu bimbang kerana pada tiga hingga lima hari yg pertama, bayi dilahirkan dgn berat tambahan dlm bentuk air tambahan, mereka tidak akan nyahhidrat. Apa yg anda perlu lakukan ialah dengan meletakkan bayi anda pada payu dara anda setiap masa. Jangan memaksa mereka untuk menghisap susu dan cuba melakukan “demand feeding” di mana bayi tersebut akan minum jika mereka mahu kerana mereka tahu bilakah masa mereka lapar dan berapa lamakah mereka perlu menyusu.
Untuk mendapatkan susu yg mencukupi pd beberapa hari yg pertama, letakkan bayi pada posisi yg betul supaya mereka dapat melakukan reflex hisapan yg betul. Seorang bayi akan melakukan reflex menghisap yg sangat kuat yg dikenali sebagai “effective sucking” selepas dilahirkan dan ia akan berkurangan selepas sekurang2nya 40jam kemudian. Hisapan ini akan mengeluarkan colostrum dengan pantas dan selepas tiga hari, susu peralihan (transitional milk) akan keluar. Anda harus menyusukan bayi anda dengan susu colostrum kerana ia dapat membina antibodi di dalam badan bayi dan melindungi daripada sebarang jangkitan.

MITOS : Seorang bayi harus disusui pada 20 (10, 15, 7, 6) minit pada setiap bahagian.

FAKTA : Seorang bayi hanya perlu menyusu pada satu bahagian sekurang – kurangnya 15 – 20 minit dan mereka jarang sekali akan menerima untuk disusui pada bahagian yg satu lagi. Ini kerana, susuibu mengandungi foremilk dan hindmilk. Foremilk merupakan jenis susu cair yg kurang lemak manakala hindmilk merupakan bahagian yg lebih pekat dan mengandungi lebih lemak berbanding foremilk. Susu yg cair ini mempunyai kandungan laktosa yg lebih tinggi dan kurang lemak berbanding susu yg disimpan di dalam sel yg menghasilkan susu yg berada di atas payu dara. Oleh itu, jika anda menyusukan bayi anda pada kedua bahagian payu dara dalam masa yg singkat, mereka mungkin akan mendapat dua kali ganda foremilk dan kekurangan hindmilk dimana ianya merupakan sumber tenaga kepada bayi anda.



MITOS : Adalah normal jika penyusuan ibu menyakitkan.

FAKTA : Masalah umum yg menyebabkan kesakitan semasa menyusukan bayi anda ialah kerana anda tidak mengetahui tentang posisi dan teknik menyusu yg betul. Terdapat beberapa tanda untuk menentukan bahawa bayi anda menghisap dengan betul. Berikut adalah empat tanda penyusuan yg baik ;
 Dagu bayi anda bersentuhan dengan payu dara.
2.        Mulut bayi anda terbuka luas seperti sedang menguap.
3.        Apabila bayi anda menghisap, pipinya akan terkeluar.
4.       Lebih daripada bahagian bawah areola masuk ke dalam mulut berbanding areola yang berada di atas. 

    Untuk menyusukan bayi. Mereka haruslah berada pada posisi yg betul kerana ini dapat mengelakkan anda daripada mendapat sakit belakang atau payu dara membengkak. Berikut merupakan posisi bayi yg betul ;
·         Bayi anda sedang menghala payu dara bukan hidung mereka.
·         Kepala, punggung, bahagian belakang dan bahu bayi berada pada satu garisan lurus.
·         Kepala bayi anda berbaring di antara tangan anda dan tulang rusuk anda.
·         Tangan anda menyokong kepala bayi anda. Ia seharusnya berada di tengah – tengah tangan anda.
·       Perut anda menghala perut bayi dan dipegang dengan rapat tanpa sebarang halangan. Anda digalakkan untuk tidak menggunakan bedung bayi kerana ia akan menyukarkan proses penyusuan.

Jika bayi anda mendakap dan menghisap dengan betul, anda tidak akan rasa sebarang kesakitan. Jika anda masih rasa sakit, ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul oleh itu anda harus berhenti dan cuba semula. Anda boleh menghentikan bayi daripada terus menghisap dgn meletakkan satu jari ke bahagian tepi mulut bayi di antara gusi mereka. JANGAN biarkan bayi anda untuk terus menyusu dengan cara yg salah kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan puting dan bayi anda tidak akan mendapat susu yg mencukupi.


~mami & baby~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...