Persepsi dan salah anggap oleh kebanyakkan ibubapa, keluarga mahupun masyarakat tentang keperluan pengambilan susu untuk membesar amat menyedihkan. Hal ini kerana mereka sering membuat anggapan bahawa pengambilan susu berkenaan adalah suatu kemestian.
Padahal, tanpa pemberian susu untuk membesar pun, bayi mampu membesar dengan sihat. Syaratnya, bayi tersebut diberi makanan pelengkap secukupnya mengikut keperluan di sampaing meneruskan penyusuan ibu seperti biasa.
RASA
Makanan pelengkap yg diperkenalkan tentu sekali mempunyai rasa yg berbeza2. Misalnya pelbagai jenis daging, sayur2an, buah2an dll. Dedahkan bayi dengan nikmat rasa yg pelbagai itu. Jika dia diberi susu utk membesar, sudah pasti rasa susu berkenaan sangat terhad kpd rasa tertentu sahaja seperti vanilla, coklat atau strawberi.
TEKSTUR
Setiap makanan mempunyai pelbagai tekstur berlainan. Ada yg halus, keras, lembut, liat dan sebagainya. Apabila bayi diberi peluang utk menikmati makanan pelengkap sebegini, dia akan belajar mengenali tekstur objek sambil merangsang deria sentuhan dan rasanya.
WARNA
Terdapat pelbagai variasi warna yg terkandung di dlm makann yg boleh dipelajari oleh bayi. Seperti yg ada sedia maklum, warna susu utk membesar amat terhad iaitu putih, coklat dan merah jambu sahaja.
BAU
Setiap kali sesi makan, bayi mendapat pendedahkan tentang pelbagai jenis bau makanan yg berbeza antara satu sama lain.
KEMAHIRAN MOTOR
Menerusi aktiviti makan, bayi dapat merangsang kemahiran motornya seperti mata, tangan, mulut dll. Malah, koordinasi tangan sangat penting utk menggalakkan keupayaan yg pelbagai.
PERKEMBANGAN PERGIGIAN
Melalui aktiviti mengunyah, ia secra tidak langsung membantu pertumbuhan gigi bayi yang sihat.
PERBANDAHARAN KATA
Malah, menerusi aktiviti makan juga, bayi akan belajar pelbagai jenis perbendaharaan kata menerusi jenis makanan yg berbeza yg dihidang setiap hari.
KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Anda dpt mengembangkan kemahiran ini apabila menghabiska masa dgn bayi ketika waktu makan. Ini dapat dilakukan melalui perhatian yg anda berikan kepadanya.
Sekiranya bayi terlalu bergantung kpd susu utk membesar, dia tidak mahu mkn kerana tiada selera kesan drpd perutnya sentiasa penuh. Anda tentu sedia maklum bahawa susu formula sukar dihadam. Ini akan membuat bayi sentiasa kenyang. Malah, factor ini turut dilihat sebagai salah satu punca mengapa kebanyakan bayi sering dikaitkan dengan masalah cerewet makan.
Lain pula halnya, jika bayi berterusan susuibu di samping mengambil makanan pelangkap. Sememangnya susuibu mudah dihadam. Jadi, bayi sentiasa mempunyai keinginan utk makan. Penyusuan ibu tidak sepatutnya dihentikan setakat enam bulan pertama sahaja. Ia perlu berterusan sehingga sekurang – kurangnya bayi berusia 2 tahun.
Dalam usaha memastikan bayi kekal mendapat khasiat makanan yg diperlukan utk pertumbuhan dirinya, anda perlu menyediakan makanan istimewa. Cukup sekadar makanan yg ringkas tetapi berkhasiat.
Tidak perlu anda gusar jika mengambil keputusan utk tidak memperkenalkan bayi dengan susu untuk membesar setelah usianya melebihi enam bulan. Percayalah, ada pelbagai factor lain yg dapat menyokong pertumbuhan bayi agar menjadi insan yg sihat dan pintar.
~ Info : Pa&Ma / Pn. Nor Kamariah Mohamad Alwi (Pakar Laktasi IBCLC) ~
wah bagus ni!! thx ^_^
ReplyDelete