Hari ni mama tergerak untuk menceritakan serba sedikit pengalaman mama selama 7bln menyusukan Qaireen. Alhamdulillah berkat kesabaran, mama berjaya menyusukan Qaireen sepenuhnya tanpa memberi setitik air masak selama 6bln pertama. Mama juga berharap agar mama dapat meneruskan niat suci mama ini untuk menyusukan Qaireen selama 2thn. Susuibu adalah susu terbaik di dunia!
Ok mcm ni ceritanya..
Semasa Di Kampar :
Selepas mama habis pantang sehingga umur Qaireen 4mnths ++, mama tinggal di Kampar dan berulang setiap hari ke Ipoh dengan menaiki bas (kami tak jumpa pengasuh yg sesuai lagi masa ni). Pagi2 lagi dah bangun pam susu..lepas tu bersiap untuk pergi kerja, sebelum keluar rumah bf Qaireen pulak. Bas pagi pukul 7am..sampai opis pukul 9am. dekat opis pukul 10am mesti pam coz B dah bengkak / baju dah basah. Mama pulak bekerja bahagian akaun. So tiap2 hari tgk number, resit, invois, voucer, dll..mmg nak termuntah tau!
Tapi mcmn bz pun, mama mesti akan pam 3x sehari di opis. Balik pukul 5.30pm, tp nak dekat pukul 7pm atau lebih baru sampai rumah. Sampai rumah, mama main2 dgn Qaireen kejap. Lepas solat maghrib mama pam coz B dah bengkak. Lepas tu baru dpt mandi n bf Qaireen. Bila Qaireen tidur mama gosok baju, cuci botol susu dll kerja lagi yg mama buat. Pukul 10pm dah tidur, tu belum lagi masuk sesi pam waktu tgh mlm.
Macam ni lah jadual harian mama dari Isnin - Jumaat. Bila hari Sabtu mama & baba akan balik ke Ipoh (rumah kami). Sampai je dkt rumah..rumah dah berhabuk, ialah dah nak dkt 1 minggu tak bercuci. So hari Sabtu & Ahad baba akan buat kerja rumah dan mama akan masak. Petang Ahad kami akan balik semula ke Kampar.
Semasa Di Ipoh :
Akhirnya pada bulan November 2010 mama dapat pengasuh untuk Qaireen. So kali ni lain pulak cabarannya. Setiap pagi mama akan bangun pukul 5.30am dan akan hantar baba ke bus stop Medan Gopeng, coz baba kerja dekat Tapah (baba naik bus balik..mama pulak naik kereta..heeee).
Bila dah sampai rumah lepas solat subuh mama akan masak bubur nasi Qaireen. Kadang2 mama akan masak breakfast atau lunch untuk mama bawa bekal di opis..tp kadang2 tu tgh syok2 masak, tiba2 Qaireen menangis sbb nak susu..hehe..so terpaksa stop kejap coz nak bf dia..pukul 8.30am keluar rumah n hantar Qaireen dkt "mak".
Pukul 6.30pm lepas ambil Qaireen dari rumah "mak", mama akan ambil baba di bus stop Medan gopeng pula. So dalam pukul 7pm kami sekeluarga baru sampai rumah. Lepas maghrib mama akan masak untuk mkn malam dll kerja rumah. Paling lambat pukul 10pm mama dah tidur. Taip2 hari macam tu, tu belum hari sabtu & Ahad lagi..perrhhhhh mmg penat sangat2!!
Kini :
Beberapa minggu lepas mama telah berkenalan dengan seorang ibu bernama Azrin. Tapi sebelum berkenalan dgn Azrin, mama selalu baca ttg bf di blog ibu N. Banyak sangat2 maklumat yang mama perolehi. Mereka sering bercerita ttg shaklee. Actually mama mmg dah tahu pasal shaklee ni dari tahun 2002 lagi. Kebetulan pula, Acu mama..Salmiza namanya salah seorang distributer dekat Ipoh ni. Dia mmg super dooper women!! Kehulu..kehilir..tak reti penat!!
So..kebetulan bulan lepas mama rasa susu mama mcm dah "kurang". Mama mesti ambil sesuatu untuk memperbanyakkan lagi susu. Mama mmg tak ambil apa2 vitamin tau..mama hanya ambil kalsium dan fish oil sahaja, itu pun mama beli dkt farmasi.
Untuk kali pertamanya minggu lepas 24hb Disember 2010 mama mula mengambil vitamin shaklee. Alhamdulillah dengan izan dari Allah..shaklee membuat mama sihat dan susu makin bertambah, badan pun tak penat. Baba cakap mama sekarang nampak lain, especially waktu pagi..nampak segar je. Sekali kejut dah bangun (baba yg selalu kejut mama pagi2..heeeee)
Aktiviti harian kini
5.30am - 8.30am :
Ambik Qaireen dkt rumah "mak", ambik baba dkt Medan Gopeng & balik solat.
5.30am - 8.30am :
Bangun pagi, buat air nescafe utk baba, hantar baba dekat bus stop, solat, masak bubur nasi Qaireen, masak makanan mama (bawa opis), sapu lantai, basuh n sidai kain. hantar Qaireen pergi rumah "mak" & mama pergi opis
9.00am - 5.30pm :
Dekat opis, sesi pam seperti biasa..3x
6.30pm - 7.30pm :
8.00pm - 12.00am :
Masak, bf n main dgn Qaireen, lipat kain dll kerja...tidur.
Mama tiada lagi penat malah semakin segar!! Susu pun dah kembali banyak. Kini mama mmg dah jadi betul2 SUPER DOOPER mamaqaireen..Alhamdulillah ^_^
nak copy testimoni ni bleh?
ReplyDeleteboleh..ambil lah,sy pun selalu tgk mcm2 info dkt blog kak cery gak ;)
ReplyDelete