MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Friday, February 11, 2011

PERSEDIAAN PENYUSUKAN ANAK (bahagian ke ll)


Bahagian ke ll sambungan dari bahagian l

4) Kautlah segala ilmu penyusuan semasa mengandung. Pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan, bertemu dgn kumpulan sokongan susu Ibu (kumpulan sokongan susu ibu tidak terhad kepada ibu yang telah melahirkan anak dan menyusukan sahaja, ibu yang mengandungkan anak pertama juga digalakkan menyertainya), buat bacaan buku atau forum atau berkongsi pertanyaan di internet.
Secara peribadi, saya mungkin jenis yang kena belajar berulangkali baru boleh absorb. Namun, apabila saya menghadiri kelas mahupun ceramah penyusuan, pemahamannya lebih jelas kerana ada sesi praktikal, ada sesi soal jawab, ibaratlah seperti subjek susah, kalau kita ponteng kelas dan hanya study nota kawan2 yang dipinjam BERBANDING kita hadiri kelas, tgk muka pensyarah, tgk baju dan kerongsang pensyarah – kita akan ingat hari dia pakai baju biru, topik pengajarannya sekian sekian. – kita akan ingat bila dia buat lawak, ada kaitan dengan topik yang diajarnya. (Kantoi- nmpk sgt saya suka ponteng kelas di kuliah dulu kan – sekali lagi, acik dah insaf, hehehehe)
Kadangkala apa yang kita baca, kita dengar mungkin tidak sama apabila anak kita telah lahir. Kadangkala kes kita berlainan, apa yang kita expect berlainan. Jangan panik, jgn berhenti. Masa inilah nak belajar, masa inilah kesabaran penting untuk meneruskan segalanya. Anda boleh bertanya, boleh berkongsi dgn yang lebih pakar.

5) Persediaan Peribadi -
Persediaan puting (perhatikan jika puting leper, puting tenggelam) – ransangan sekali sehari sebelum bersalin (jika kes diatas) atau gunakan kaedah “Hoffman Exercises” untuk ransangan puting.
Persediaan peralatan -
* Pam Penyusuan (dual phase, single phase) – cari pam yang bergred hospital
* Peralatan lain – nursing bra, nursing clothes, storage bottles, warmer
** Please, membeli mengikut kemampuan dan tidak terikut2 dgn trend2 yang akan menyusahkan hati kita mahupun pasangan. Pam mahal bukanlah menghasilkan susu yang banyak. Apa yang penting, hanya cari pam yang bergred hospital dan mempunyai suction/hisapan seperti bayi menghisap, tidak sakit, selesa dan berpatutan.
Contoh dialog:
Isteri: “Abang, i nak beli jugak pam sekian sekian yang harga 2 ribu tu. Kwn ofis i pakai tu susu dia banyak. I nak jugak.
Suami “mahalnya. tak mampu kita.”
Please, jgn begini. Kasihan suami kita. Jikalau berkehendak juga, mungkin boleh buat simpanan dari awal ataupun main kutu bersama rakan2 lain utk membeli pam yang mahal. bagi saya, kualiti pam yang baik tak semestinya mahal. Ianya mungkin mahal disebabkan jenama. Tetapi awas! Jangan dapatkan pam yang terlalu murah dan tidak bergred hospital yang hanya “serve the purpose” – sedut dan lepas – ramai ibu yang give up – sakit – dan kadangkala produksi susu kurang – bukan akibat pam -tetapi kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami ibu akan effect hormon okstosin – bantutkan pengeluaran susu.

6) Sokongan – yang ini penting. Ada beberapa perkara tentang sokongan:
Suami -
* ada yang jenis tak ambil tahu dan serah segalanya pada isteri – kalau berjaya, dia ok, kalau tak, dia pun tak kisah
* ada yang menentang – especially bila terpaksa keluar duit lebih untuk membeli peralatan penyusuan (yang mana beliau tak tahu lagi penyusuan berjaya atau tidak)
* Ada yang sangat2 menyokong, sanggup ikut isteri ke kelas penyusuan, sanggup mencari info penyusuan untuk isteri dan berbagai usaha demi memastikan isteri dapat menyusuakan anak yang baik.
Apapun perangai suami kita, kita harus buktikan pada mereka yang kita ibu dan isteri yang hebat  Kalau suami pada awalnya tak menyokong, tak mengapa, selepas dia lihat sendiri hasilnya, dia lihat sendiri zuriatnya membesar dgn cerdas dan sihat, dia akan faham. Dia pula yang over, kdg2… hehehehe 
Ibu/Ibu mertua
Yang ini pula, bagi saya, ‘small matter’ – kita maklum, ibu2 kita penuh dgn mitos, penuh dgn kata2 org tua, rawatan tradisional dan lain2. Kdgkala ibu rasa bersalah jika tak ikut – kerana ibu kita mahupun ibu mertua dah lahirkan anak yang ramai dan semuanya membesar dgn baik – apalah nak dibandingkan dengan kita yang baru menimang seorang cahaya mata untuk menidakkan mereka. Jgn bimbang – ada banyak cara untuk menolak segala mitos ini- tolak dgn baik – beri penerangan yang jelas – jika mereka masih tidak faham – suami ambil peranan- biasanya mereka akan hormati kata dua suami yang inginkan anak mereka disusui dgn susu ibu. Kalaupun ibu/ibu mertua kita merajuk – sekejap saja – dengar suara cucu nnti hatinya cair kembali 
Rakan-rakan
Penting juga apabila telah kembali bekerja nnti. Ada yang pro, ada yang tidak pro – tak mengapa 


info : sarakids



InsyaAllah dengan izinMu ya Allah, mama harap mama sendiri dan  ibu - ibu semua dapat menyusukan anak kita tanpa memberi setitik pun denagn susu formula. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...