1) ADAKAH SAYA MAHU MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU. SEPENUHNYA SUSU IBU
Saya besarkan tulisannya. Ini paling penting. Niat kita. Mahu menyusu atau tidak? Mahu menyusu sekadar ingin cuba jika ada susu? Mahu menyusu jika anak mahu? atau benar2 tekad mahu menyusukan anak walau apapun dugaan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika memilih untuk menyusukan anak anda secara eksklusif, maka anda harus tetap dgn perkara itu. Tetap seperti bila kita nekad untuk memilih bakal pasangan hidup kita dahulu iaitu suami. Yakin bahawa itulah pilihan paling tepat dan kita takkan patah semangat di tengah jalan
2) Selepas memilih untuk menyusukan anak secara eksklusif walau apa pun, sedialah dari segi mental dan fizikal.
Mental: Apa pun dugaan yang bakal ditempuh, perangai anak kecil yang kuat menangis, tidak mendapat sokongan dari org sekeliling atau hilang yakin diri, anda harus tempuhinya.Kita kena kuat!
3) Pilih hospital rakan bayi dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut anak anda – sediakan breastfeeding plan, birth plan. Di hospital lah kunci awal kejayaan dalam penyusuan. The start is important.
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi – InsyaAllah, anda akan dibantu oleh jururawat, anda berpeluang menyusukan bayi seawal kelahirannya, anda berpeluang rooming in dengan bayi 24 jam bersama anda, bayi anda tidak akan diberi mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah) dan banyak bantuan penyusuan walaupun anda tidak minta.
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital bukan rakan bayi – tiada masalah. Anda berhak memilih di mana saja anda selesa untuk melahirkan buah hati anda. Cuma, ada beberapa perkara yang perlu jelaskan pada kakitangan kesihatan di sana. Seperti di atas, maklumkan pada doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan anak secara eksklusif. Atau beritahu doktor tentang “breastfeeding plan” anda seperti:
* Saya mahu FULLY BREASTFEED anak yang bakal lahir – jadi saya harap pihak hospital tidak berikan dia susu formula, air glukos atau air masak tanpa arahan doktor dan kebenaran saya (buat muka yang paling lembut dan glowy – kata org tua, jgn “langsi”/”belagak” .
* Saya mahu mendakap dan susukan bayi right after dia lahir (jika boleh) dan mahu bersama dia 24 jam tanpa berpisah dgn saya kecuali jika diminta oleh doktor, mandi atau tujuan vaksinasi.
* Jika ada breastfeeding educator atau kaunselor laktasi atau mana-mana pihak yang boleh membantu saya menyusukan bayi, saya harap mereka dapat membantu saya yang masih lemah.
* Jika anak saya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa di tahan di NICU, saya masih mahu meneruskan penyusuan dengan berinya susu perahan.
* Saya harap doktor boleh pertimbangkan permintaan saya ini dan saya juga akan berbincang dgn jururawat yang bertugas. (kedip-kedip mata)
Kita juga harus bersedia pada waktu ini. Jika ada jururawat yang insist memberikan susu formula, mintalah bantuan suami menerangkan pada beliau tentang keinginan kita memberikan yang terbaik untuk anak kita. Kita berhak ke atas anak kita. Jangan takut untuk meminta kerana susu ibu adalah hak anak kita dan kita dilindungi oleh undang2 jika menyusukan anak. Yang betulnya, acik bayor ribu2 bersalin…. takkan acik takleh minta… ^_^
Bersambung......
info : sarakids
hospital kat ipoh mna yg ada rakan bayi? kpj ipoh specialist ada tak? tak decide lg nk bersalin katne..tp ramai soh bersalin kat ipoh jek..sb sng nnti pun pantang kat umh mak gak..
ReplyDeleteKPJ & GH hospital rakan bayi.
ReplyDeleterumah mak dkt mana??kalau ada masalah sms/call sy ye.InsyaAllah sy mesti bantu ^_^