MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Monday, February 14, 2011

VITAMIN ASAS UNTUK SEMUA ORANG


Keperluan minima seseorang individu bagi menjamin kesihatan optimum ialah dengan mengambil Protein, Multivitamin, B Complex dan Vitamin C. Mari kenali keempat-empat vitamin ini di Shaklee.

Energizing Soy Protein

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Doktor Shaklee adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kacang soya terasing yang pertama seumpamanya di dunia iaitu sekitar tahun 1970-an.

Bezanya protein Shaklee ialah ianya dicuci dengan air, bukannya dengan bahan kimia. Ini bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Protein Shaklee perlu melalui program pensijilan tersendiri (IPP) di mana kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Penghasilan protein bermutu tinggi dipantau ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Vitalea atau Spirulina

Selain dikenali sebagai Spirulina, Vitalea juga adalah multivitamin. Ini kerana sebiji tablet Vitalea mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Vitalea Shaklee disertakan dengan Iron atau Zat Besi. Iron sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Sel darah merah yang mencukupi berupaya menghantar oksigen ke seluruh badan dan memastikan badan sentiasa bertenaga dan tidak mudah mengantuk.

Vitalea mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik yang amat sukar diserap oleh badan. Vitalea juga melalui 349 ujian kualiti setiap kali dihasilkan untuk menjamin ketulenan dan keberkesanannya.

B Complex

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi lapan kumpulan yang terdiri daripada B1, B2, B3, B6, B12, Biotin dan Asid Folik. Kesemua lapan kumpulan B ini akan memberi kesan yang lebih tepat dan berkesan apabila bertindak bersama. Secara umumnya, B Complex meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga, menstabilkan hormon dan sebagai ajen penenang.

Vitamin C Sustained Release

Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ianya memenuhi keperluan minimum seseorang individu iaitu 500mg sehari. Vitamin C ini dihasilkan dengan rumusan mengikut pelepasan masa. Sepertimana yang kita maklum, vitamin C tidak akan diserap oleh badan sebaliknya akan disingkirkan melalui organ perkumuhan. Dengan rumusan pelepasan masa, Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan selama 5 jam. Ini bagi memastikan badan mendapat manfaat optimum dan menjadikan lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan.

Dapatkan full pack untuk lebih penjimatan, jika mempunyai kekangan, boleh dapatkan Trial pack Set A - Optimum Health.


Siapa yang sesuai dengan Set ini:
Mereka yang mempunyai masalah darah rendah, darah tinggi, mudah demam dan selsema, mereka yang  ingin mengekalkan kesihatan yang optimum dan sesiapa sahaja terutama yang sihat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...