MamaQaireen Shoppe

Search This Blog

Wednesday, February 16, 2011

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSUIBU DAN KEBURKAN PEMBERIAN BOTOL - sgm tempoh hari

mama tak lepaskan peluang bergambar dgn Pn. Kamariah 


Perbincangan di SGM Ipoh pada 13hb Feb 2011.. Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 bersama Doc Nadrah..Kumpulan 2 bersama Pn. Kamariah. So kalau mama ada salah dan silap tolong betulkan ye. Especially kwn2 mama yg pergi SGM. 

Kebaikan  SusuIbu

Berat badan turun
Dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Cth terdekat mama sendiri. Dulu masa mama belum kawin nak dpt berat badan bawah 60kg pun susah. Kecuali kalau dietlah. Sekarang ni tak payah diet2..makan je apa yg suka..badan mmg susah nak naik. Mana idaknya..setiap sesi penyusuan dlm 20 min ke 30 min, mama berjaya membakar 500kalori. Wah..tak payah nak jogging 4-5km. Bestkan!! 

Kecutkan rahim especially sewaktu dalam pantang
Salah satu cara yg amat bagus utk ibu2 lepas bersalin bagi mempercepatkan proses pengecutan rahim. Secara tidak langsung ia juga boleh mengurangkan pendarahan.

Kurang penat bancuh susu
Bab yg ni mmg mama pun suka. Tak payahlah kita nak berjalan ke sana sini, nak bangun tengah malam pergi dapur lagi..silap2 tangan kita sendiri yg kena air panas. 

Pengurangan risiko kanser payudara
Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factor in Breast Cancer (2002). So, baiklah kita bf ye..mencegah adalah lebih baik drpd mengubatinya.

Bonding 
- Skin to skin - bila kita peluk n bf baby, tubuh badan baby dgn kita saling menyentuh antara satu sama lain..ibu dan baby berasa tenang. Ada tak org yg tgh bf baby boleh marah2 n mengamok??tiada kan??
- Minum dari badan ibu - hasil yg diberi dr darah daging kita sendiri.
- Pelukan kasih sayang - baby rasa happy bila kita belai dia, sambil bf kita usap rambut dia, tepuk paha dia yg gebu tu, bacakan selawat utk dia dll
- Cara pandangan bayi senjak lahir - bila baby tgh bf, mata dia akan ke tepi dan cuba belajar utk menggerakkan mata serta melihat ibunya. Bukan baby juling ye.
- Dengar degupan jantung ibu - baby akan rasa tenang bila dengar degupan jantung, ini kerana mereka sudah biasa mendengar dr dalam perut lagi.

Jimat kos 
BM menjimatkan kos dan masa, FM kebanyakkan mahal2 dan memerlukan anda membancuh. Dengan BM, tiada masalah, tiada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dlm badan, so bila baby merengek..angkat je baju, nah..susu dah tersedia.

Motherly hormone / calming effect
Yang ini pula ialah..salah satu cara supaya baby belajar cara pergerakan kaki, tangan dan badan. Cth : cuba kita baring, dan tinggikan sedikit kepala. Lepas tu letak baby di atas perut kita. Baby dengan sendirinya akan cuba pergi ke arah puting ibu utk menyusu. Hebatkan!!Kalau nak tahu mcmn?jom kita pregnant lagi..ooops!
___________________________________

lagi kebaikan susuibu di sini

Keburukan SusuFormula

Proses lama 
Pernah tak ibu2 semua terfikir..bila FM diproses??bulan lepas??6bln lps??thn lepas??..kalau naik kapal, nak dekat 3 bln..ish2!!lamanya ye..Kilang susu tu bersih ke??Apa pulak yg syarikat susu ni letak dlm FM?? Nama lagi formula!! Kalau dalam iklan mestilah mereka ckp..ada DHA dan bla..bla..bla..propaganda!! Ingat tak kes melamine dekat China. Takutkan!

Allergy 
Kebanyakkan ini terjadi kerana, FM mengandungi kandungan protein haiwan dan sesetengah drpd kita tidak boleh menerimanya. 

Sembelit 
FM sangat sukar untuk dihadam dan tiada bahan pelawas semulajadi di dalamnya. 

Kos tinggi
Ini tidak perlulah dihuraikan..mana pernah harga FM menurun??

Rasa yang sama
Tiap2 hari rasa sama, yg ada hanya perisa susu original, strawberry & coklat. Kalau BM, apa yg ibu makan, anak juga akan rasa yg sama.


Berisiko tinggi untuk penyakit berbahaya
Boleh tgk dekat sini

Ibu kurang kesegaran
Tiap2 malam nak kena jaga?? Ibu yg fully fb pun berjaga. Tapi mama berjaga sekejap je, selak baju terus suap. Tapi kalau yg fully FM, aduhai..nak ke dapur, lepas tu suap dkt mulut baby..akhirnya nak tidur balik pun susah. Bangun pagi mulalah rasa penat dan tak segar.

Susah bila travelling  
Banyak baggage! Bakul, air panas, air masak, apa lagi??macam2 nak kena bawa.

Keburukan Botol

Baby "malas"
Ini kerana mereka berasa senang hisap susu..terus kenyang, tak perlu nak kena isap bnyk kali.

Susah penyediaan 
Perlu di sterile, terutama bahagian puting, suasana banjir dll.

Kurang perhatian semasa menyusu
Ibu2 atau pengasuh mengambil jalan mudah, dgn hanya meletakan kain atau bantal di bawah botol, baby terus isap susu. Sebab tulah banyak kes  tersedak susu.

Akhir kata utk ibu2 semua..TEPUK DADA TANYA SELERA ANAK ^_^


4 comments:

  1. thanks dilla for sharing.. good info

    ReplyDelete
  2. TQ!!godd info kan..sy dpt ilmu,sy perlu hebohkan dkt org lain juga ^_^

    ReplyDelete
  3. dilla, nak share sama ye...menarik info ni..bestnya...^_^

    ReplyDelete
  4. sharelah..mmg best tau ayu..mana idaknye,Pn. Kamariah pun ada..idola ku!!! ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...